Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, April 13, 2009

Harimau

Tahun yang singkat.

Tiba-tiba sahaja hati saya menjadi hiba apabila cikgu berkata," Tahun ini adalah tahun terakhir kamu semua berada di sekolah rendah. Zaman kanak-kanak akan berlalu. Fasa kehidupan yang baru akan bermula iaitu zaman remaja. Sesekali, tolehlah ke belakang. Renung dan kenangi apa yang telah kamu lalui. Lihat kembali, apakah yang telah kamu tinggalkan? "

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.” Kata cikgu lagi.

Lalu, saya melihat apa yang ada di dalam diri. Apakah yang akan saya tinggalkan untuk sekolah ini? Apakah jasa yang telah saya lakukan? Apakah cerita kejayaan yang boleh dicatatkan di dalam lipatan sejarah? Apakah berita kecemerlangan yang boleh membanggakan sekolah?

Tiada apa-apa. Malah, merasai terlalu banyak kekurangan diri.

Saya menyedari selama ini saya tidak menggunakan sepenuhnya potensi diri. Melayani perasaan malas belajar, tidak mahu membaca buku apatah lagi menyertai sebarang aktiviti sekolah. Lalu, di bulan-bulan terakhir bersama sekolah itu apabila cikgu bertanya;

“Mahu kah kamu menyertai pertandingan syarahan, menyertai pameran antara sekolah-sekolah, mewakili sekolah untuk bola jaring, memasuki pertandingan nasyid dan qariah Al-Quraan?

Jawapan saya,”Boleh cikgu. Saya mahu.”

Saya melihat cikgu menarik nafas lega.

Kata cikgu," Apa yang paling penting adalah penyertaan. Biarpun kita sekolah kampung, kecil lagi kerdil tetapi kita perlu tunjukkan semangat juang. Tidak menang , tidak mengapa. Penyertaan ini juga merupakan suatu kemenangan sebagai tanda kita bersedia menyahut cabaran."

“Ayuh! Kita perlu bangkit, jangan lagi bermimpi di siang hari.”

Pernah suatu ketika, sekolah itu menyertai pameran sains peringkat daerah Segamat. Ia dirasmikan oleh Menteri Pendidikan. Dengan serba kekurangan tetapi penuh kreativiti, sekolah kampung itu terpilih sehingga memasuki ke peringkat akhir. Apa yang kami pamerkan?

Tin-tin kosong yang dililit dengan kawat - dikatakan menjadi pagar di sekitar kampung untuk menghalang babi hutan masuk ke dalam kebun.

Tin-tin kosong yang di ikat secara bergugus untuk menghalau pipit di sawah. Kelapa komeng yang menjadi orang-orang di tengah sawah..

Menteri itu beria-ia bertanyakan soalan dan mendengar penerangan yang saya berikan. Saya lakukan dengan bersungguh-sungguh. Jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah rendah di bandar, sekolah kampung itu seharusnya menerima hakikat bahawa ia amat jauh ketinggalan. Saya kira, sekolah itu telah mencuri perhatian kerana berani ke depan walaupun di dalam serba kedaifan.

Saya menjadi begitu simpati dengan semangat kental cikgu-cikgu di sekolah itu. Di dalam diam, saya berbisik:

“Ya Allah ya tuhanku, ampunkan lah dosa-dosaku, ibubapa dan guru-guruku. Berikan kasih sayang, cahaya dan rahmatmu kepada mereka. Berikanlah mereka ilham dan tunjuk-ajarMu.

Wahai tuhan, limpahkan lah mereka pahala ilmu yang telah mereka curahkan kepada kami. Keikhlasan mereka untuk memandaikan kami. Tempatkan lah mereka di makam yang terpuji bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.”

6 comments:

  1. Sekolah Paya Jakas telah menjadi sebahagian dari hidup. Abah, Pak Ngah, Pok Teh mengajar di situ. Teringat jasa Arwah Guru Besar Cikgu Taib, Arwah Cikgu Md Amin yang bersemangat dan pandai mengarah teater, Cikgu Salehuddin yang handome dan berbudi bahasa, Cikgu Saharuddin yang jatuh cinta pada Kak Ngah dan ramai lagi. Terlalu ramai guru-guru yang disayangi datang dan pergi. Saya paling suka library sekolah kampung ini kerana ada buku cerita Noddy. Saya paling bersyukur memang aktif dalam sukan mewakili sekolah ini ketika dulu. Lamanya masa telah berlalu.

    ReplyDelete
  2. Sungguh terkesan di hati...teringat kenakalan diri masa hari pertama di sekolah rendah....kecoh bilik darjah saya berlari ke sana ke sini, hingga dimarahi guru sampai menangis.....hehehehe tapi kenangan tersebut tetap indah....moga semua guru2 yg pernah mengajar mendapat tempat yg istimewa di sana kelak insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Salam...
    say suka sangat baca kisah2 dalam blog puan rauzah ni...
    rasa terkesan sangat di hati...
    kadang-kadang tanpa dipinta, ada air mata bergenang di pelupuk kelopak mata...
    sementelah bila baca kisah zaman sekolah rendah...
    saya sentiasa teruja untuk pergi ke semua sekolah semasa sekolah rendah dan juga sekolah menengah...
    saya cukup berbangga kerana di setiap sekolah itu saya akan menjadi pelajar yang paling aktif dan berjaya serta berjasa (macam perasan plak)...
    tapi itulah hakikatnya...saya puas dengan apa yang telah saya berikan kepada sekolah...
    pernah satu ketika, saya diserang sakit sendi yang teramat sangat, sehinggakan setiap sejam sekali saya akan telan PONSTAN untuk mengurangkan kesakitan...tapi saya masih cekal menyertai pertandingan pidato Piala Diraja peringkat Daerah Kuala Langat...cikgu berkali-kali bertanya sama ada saya benar-benar serius dan mampu?
    namun saya nekad, saya tidak mahu mengecewakan sekolah dan juga keluarga...
    jika tahun sebelumnya saya mendpat Naib Juara, namun untuk tahun tersebut, saya hanya boleh berpuas hati di tempat keempat...
    walau apa pun, saya PUAS...yes...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Masa sekolah seperti tiada apa yang dapat di sumbangkan pada sekolah. Kini setelah hampir tua terasa ingin menyumbang sedikit yang termampu pada sekolah, kebetulan masih menetap
    di kampung sendiri dan anak2 bersekolah di sekolah yang sama. Dapatlah menyumbangkan sedikit tenaga dan idea melalui PIBG sekolah.
    Alhamdulilah masih diberi kesempatan.

    Kak wati

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Roza,
    Setiap hari saya buka blog K.Roza,
    ternanti2 cerita baru.. hari ni tersenyum
    lebar saya.. yes ada cite baru..
    ceritanya tetap mantap dan menimbulkan nostalgia, air mata saya turut tergenang..
    teringat guru2 yg banyak menabur bakti dgn penuh dedikasi...Semoga tuhan murahkan rezeki mereka dan seluruh keturunannya..AMIN

    ReplyDelete
  6. Salam Puan Roza,
    Siapa Menteri Pendidikan pada zaman itu ek? :)

    ReplyDelete