Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, April 7, 2009

kutu


Terasa ia merayap-rayap di atas kepala. Gigitannya amat gatal sekali. Sesekali, apabila tiada sesiapa yang melihat, saya akan mengaru kepala semahunya.

Suatu hari pegawai dari klinik kesihatan datang ke sekolah kerana dikatakan wabak kutu sedang berleluasa di sekolah-sekolah. Apabila mereka bertanya samada ada di antara murid-murid yang berkutu, tiada seorangpun yang mengaku. Malu.

Padahal, jauh di sudut hati saya tahu bahawa Allah tahu apa yang berbisik di dalam hati dan apa yang tersembunyi di dalam dada. Cuma ia tidak terlontar dengan kata-kata.

Samada mengaku atau tidak, hampir setiap murid perempuan dibekalkan dengan sebotol ubat kutu.
"Cucilah rambut kamu menggunakan ubat itu. Kemudian, minta ibubapa kamu belikan sikat kutu."
"Misi, betul kah kutu akan bersayap dan boleh bawa kita terbang ke atas pokok kayu?"
"Siapa kata?"
"Nenek saya kata."
Semua sepontan ketawa. Saya merasa menyesal bertanya.

Cuti hujung minggu saya melakukan operasi membentras kutu. Selepas mencuci, saya sikat rambut pula dengan sikat khas untuk menyikat kutu. Ia jatuh bergolek satu persatu. Sikat dan sikat lagi sehingga terasa perit kulit kepala.
"Awak ada kutu? Mari sini mak tengok."
Mak letakkan kepala saya di atas pehanya. Mak urai rambut saya sehelai demi sehelai. Mak raut telur-telur kutu yang ada satu persatu, tanpa jemu. Hari itu, mak batalkan rancangan mengikut abah pergi ke kebun.

Saya sebak. Menghayati setiap inci belaian tangan mak yang lembut serta penuh kasih sayang. Betapa tangan itu telah lama terlupa membelai kepala anaknya. Betapa anak nakal ini telah lama merindui belaian tangan itu.

Saya melihat bagaimana Allah mendatangkan kutu yang memberikan kebaikan yang tersirat disebaliknya.
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh"
(An Naml -ayat 19)

Di dalam diam, perlahan-lahan hati anak yang nakal lagi keras ini mencair. Perlahan-lahan ada air mengenang di kelopak matanya. Cuba menahan, namun ia tumpah secara tidak sengaja di atas peha mak.
"Kenapa? Sakit ke? Kuat sangat ke mak tarik rambut awak?
"Tidak mak. Ada rambut masuk ke dalam mata saya..."

15 comments:

  1. betul la! byk betul masa tu. sampaikan si adik bungsu yang baru nak belajar membaca pun mengeja -> "B" "U" - bu....."K" "U" - ku = KUTU!

    ReplyDelete
  2. Zaman kanak2 saya pun banyak kutu kakRoza.. dah pulak tu rambut saya kerinting... aduhai... nak tahu apa solution mak saya masa nak hapuskan tempat pembiakan kutu kat kepala saya?...

    Potong rambut la jawapannya... Rambut dah pendek senang nak cari kutu... kalu tak tu.. tersangkut2 aje guna sikat kutu tu... bukan aje kutu yg hinggap... nyamuk pun terperangkap kat rambut saya dulu2... =)

    ReplyDelete
  3. nyamuk tersesat dalam rambut? ahahaha... mmg payah kalau rambut kerinting nih. nak2 yang kerinting halus tu... payah nak sikat.

    dulu2 berkutu juga. mak minta sepupu rokok sebantang dan di ambil tembakaunya rendam dalam air. lepas tu lumur di kepala. agaknya kutu pun tau pening kena air tembakau. disikat jatuh tergolek2.

    ReplyDelete
  4. Pada waktu itu, saya pun tidak terkecuali.
    saya nekad menggondolkan kepala.
    yang menariknya, hampir semua kanak-kanak lelaki dan budak bujang mengikuti.
    Terasa bangga la pulak dapat memulakan 'Trend' gondol pada masa tu...

    ReplyDelete
  5. Salam kak

    Tak tahulah kenapa, hati saya cukup tersentuh bila baca coretan kakak. Bukan sbb kutu, tp perenggan bawah tu yg buatkan saya melayan emosi saya. Nasib baik tak ada sesiapa melihat mata saya yang merah dan dada yg sedang menahan sebak.

    ReplyDelete
  6. Seronoknyer picit telur kutu..
    thit..thit..thit bunyinya...

    ReplyDelete
  7. Erm best gak ada kutu ek....saya xberpeluang melalui keadaan begitu....=)

    ReplyDelete
  8. Ha aa larr, mak saya pun pernah kata begitu dulu kala - "kalau banyak sangat kutu, nanti dia bawa kamu terbang jauh dari sini"...
    Tak tidur lena saya dibuatnya, risau kalau-kalau terjaga nanti sedar-sedar dah berada di tempat lain...dah tak tahu jalan pulang pulak...erkk...tatut...:S

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum

    Kat belakang rumah tok saya ada pokok kayu ara.
    Kononnya berhantu....jadinya siapa yang banyak kutu akan di terbangkan ke pokok kayu ara.

    Heran ya..sama pulak ceritanya. Padahal kampung kita jauh-jauh tapi kepercayaannya sama. cara orang dulu nak mengajar kita pnuh dengan momok2nya.

    Sekarang ni nak tengok kutu pun susah..anak-anak sekarang dah tak berkutu. Kutu dah pupus agaknya macam dinosour juga.

    kak wati

    ReplyDelete
  10. gelak sorang2 saya baca entri ini.. adik perempuan memang terkenal dengan pembela kutu yang dasyat.. tiap kali guna sikat kutu,, berterabur mak kutu anak cucu cicit semua terjatuh.. biasanya mak guna botol untuk menggelek kutu2 yang maha banyak.. berdecit-decit bunyinya dan percikan darah kecil tersembur

    ReplyDelete
  11. Pengalaman ni masa zaman kita dulu2 aje, sekarang ni dah x ada. Cerita yang benar2 ihklas ni..

    ReplyDelete
  12. salam puan roza,

    saya ni ketinggalan keretapi, baru hari ni menemui blog puan.

    kisah kutu bagai memanggil2 kenangan silam.

    dulu pun mak saya penah kata kalau banyak kutu nanti malam2 dia bawak ke gunung bubu.(itu versi orang perak)

    salam perkenalan,puan roza

    ReplyDelete
  13. hihihi

    dulu dulu ada kutu.

    dtg uk ni rupanya byk anak mak saleh ada kutu........

    alamak....

    ReplyDelete
  14. anak2 sekarang yg dihantar ke nursery pun kadang ada kutu sbb berjangkit dr kawan2...

    masa saya kecil dulu emak guna pucuk pokok pinang ditumbuk dan diramas dengan sedikit air, kemudian diramas ke rambut...lepas 10 min syampoo dan sikat...berjurai kutu mabuk jatuh....

    boleh juga guna ubat gegat yg ditumbuk halus dan digaul dengan minyak masak, lumur ke rambut biar 10 minit. Lepas syampoo, sikat guna sikat kutu...

    ergh...bila sebut pasal kutu..eh baca jer pun dah terasa ada benda merayap atas kepala.
    ...euww..

    ReplyDelete
  15. Sebak membaca coretan Kak Roza.
    Teruskan menulis kak Roza. Insya Allah ada hati-hati yang akan tersentuh, akan ingat kembali pada Allah.

    -saudara baru-

    ReplyDelete