Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, November 2, 2009

Berdebat

Antara acara yang paling saya minati adalah acara debat. Saringan pertama dilakukan dengan pertandingan debat di antara kumpulan-kumpulan. Kumpulan siswa-siswi yang memasuki pertandingan akhir akan berdebat dengan kumpulan fasilitator.
"Ah! Kacang..berdebat adalah acara kegemaran saya"

Lalu, siri perdebatan bermula. Daripada 10 kumpulan menjadi 5. Dari 5 kumpulan menjadi 3. Dan akhirnya hanya satu kumpulan sahaja yang akan bergelar juara. Kumpulan Jentayu adalah termasuk antara 3 kumpulan yang memasuki peringkat akhir.
"Alhamdulillah, dapat memasuki ke peringkat akhir juga merupakan suatu kejayaan kepada kumpulan Jentayu. Apa kata kita berikan satu tepukan gemuruh kepada pendebat kita!"

Tidak di sangka-sangka kata-kata sedemikian rupa juga rupanya menyuntik semangat dan perasaan ingin memegang gelaran sebagai juara kepada mereka. Apabila keputusan diumumkan, kumpulan Jentayu menduduki tempat ke tiga. Kumpulan kami bersorak gembira walaupun sebenarnya tercalit sedikit kehampaan di wajah pendebatnya . Kerana salah seorang daripada pendebat itu adalah saya!

Malam itu majlis perdebatan di adakan di dewan besar Sura Hujung. Pendebat yang mewakili kumpulan siswa-siswi adalah terdiri daripada kumpulan juara dan pendebat terbaik keseluruhan yang menduduki tempat ke dua. Mereka diberikan topik perbahasan satu jam sebelum perdebatan bermula. Pendebat dari kumpulan fasilitator masih lagi dirahsiakan! Kami tertanya-tanya.

Apabila kumpulan siswa-siwi yang mewakili pelajar freshie keluar menuju ke pentas, suasana menjadi gegak gempita. Kami memberikan sorakan yang bergema-gema dan tidak berbelah bahagi. Kelihatan mereka berjalan menuju ke pentas dengan pantas lagi bergaya. Gaya bakal juara. Penuh keyakinan di dalam hati dan ianya terpancar di muka.

Beberapa minit kemudian, pengacara majlis mengumumkan nama-nama fasilitator sebagai pihak pembangkang untuk naik ke atas pentas. Hanya beberapa kerat sahaja yang bertepuk tangan.

"Laa..ada juga abang fasilitator itu. Ada suara ke dia?"

"Entah! Muka serius dan bersahaja..ada bakat untuk berdebat ke?

"He..he..he.."

"Kenapa lah mereka tidak ambil abang fasilitator 3. Kita suka dengar suara dia.."

Saya mengumpat dan mengata abang fasilitator sesama rakan sekumpulan. Namun ada juga kumpulan yang bertepuk tangan dengan beria-ia terutamanya apabila tampil kemunculan abang fasilitator itu.

"Abang biasiswa..yeaaah! Abang biasiswa! Caya lah!"

Pendebat kumpulan siswa-siswi dan kumpulan fasilitator berdebat dengan hebat sekali. Kemudian tiba giliran pendebat ke dua dan ke tiga. Apabila sampai giliran abang fasilitator itu memberikan hujah sebagai pembangkang ke 3 dan sekaligus mengulung perbahasan. Satu dewan terkedu.

Daripada seorang yang kelihatan bersahaja, abang fasillitator itu berubah rupa menjadi seolah-olah pemimpin negara menyampaikan hujahnya di dewan parlimen. Hampir setiap masa penonton bertepuk tangan, terkadang ketawa dengan usikan sinisnya kepada pihak lawan. Saya boleh memberikan jaminan bahawa hampir seluruh dewan kelihatan menarik nafas panjang.

Kumpulan siswa-siswi freshie mulai menjadi kucar-kacir. Mereka kelihatan hilang punca. Hujah-hujah yang dilontarkan juga seolah-olah tiada bermakna. Mereka kelihatan kehilangan kata-kata, lemah dan tidak berdaya!

"Wow, tu diaaa..abang fasilitator kita.."

2 comments:

  1. Salam Puan Roza,

    Adakah Abg Fasi itu adalah Prof Kamil?

    ReplyDelete
  2. Hai Roza,cereta lalu memang indah...bilalah nak habis ..tak sabar nak tau akhirnya....

    ReplyDelete