Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, July 10, 2010

Diri saya dalam diri mereka..


Hari ini [sabtu], amanah tugasan akademik meminta saya mengajar siswa pengajian luar kampus [PLK]. Saya teruja.

Lima belas minit sebelum kelas bermula, saya menuju ke dalam kelas. Apabila menguak daun pintu.. Subhanallah! Mereka telahpun menunggu saya! Memberi salam, dengan pantas saya masuk ke dalam. Di atas meja mereka, bertaburan fail, nota, buku teks dan segala jenis makanan! Melihat saya, cepat-cepat mereka menyimpannya.

Seperti biasa, saya mulakan kelas dengan mengajak mereka sedekahkan fatihah kepada kedua ibubapa, guru-guru, semua yang mendoakan kejayaan dan kaum muslimin-musliman.

Saya mulakan;

"Saya melihat diri saya, di dalam diri kamu semua. Suatu masa dahulu, saya pernah berada di bangku itu. Mengorbankan hari minggu bersama keluarga demi sekeping cita-cita. Cita-cita untuk memperbaiki diri. Muga hari esok lebih baik dari hari ini, muga hari ini lebih baik dari semalam."

Diam. Saya teruskan..

"Ucapkan syukur kepada Allah kerana mengerakkan hati kita untuk berada di sini. Ucapkan terima kasih kepada suami kerana mengizinkan kita belajar lagi. Suami itu anugerah illahi."

Mereka mengangguk-anggukan kepala. Mata mereka berkaca. Ada api yang membara di dalam dada mereka.

"Bersabarlah. Dekatkan diri kepada Allah. Hanya Dia yang kita sembah, tempat kita memohon pertolongan. Tinggal beberapa semester sahaja. Ianya tidak lama. Jika kita tidak melangkah setapak, selamanya kita tidak akan ke mana-mana..."

Benar. Mata mereka berkaca.

8 comments:

  1. Entry yang amat menyentuh jiwa. Saya merupakan lulusan PJJ USM. Pengorbanan suami dan anak2 telah melatakkan saya di tahap sekarang. Syukur padaMU, Ya Allah.

    ReplyDelete
  2. Membaca entri ini mengingatkan kepada sebahagian daripada warna-warni kehidupan yang baru saja saya berjaya mengharunginya. Kini saya adalah lulusan PJJ OUM. Alhamdulillah, semuanya adalah berkat doa serta pengorbanan suami dan anak-anak.

    ReplyDelete
  3. dan kerana Allah sya masih meneruskan usaha...kepada arwah ibu dan abang sya janji kan bahagia buat adik & ayahanda yg masih ada...

    ReplyDelete
  4. Terharu dengan entry ni... saya pun UTM-SPACE diploma..walau saya mash single tp kerana nak tolong mak saya dan nk teruskan cita2 saya tk putus asa nk sambng belajar part time..

    InsyAllah tgh tunggu keputusan UKM utk smbng degree luar kampus pulak ... Moga-moga saya berjaya mendapat tempat di UKM amin...

    Moga-moga kita akan sentiasa bercita-cita tinggi dan bersabar dlm mengejar cita-cita ke peringkat lebih tinggi utk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.. Amin

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum elantra,

    Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Dia mendekati kita. Sesungguhnya hanya Dia yang kita sembah, hanya Dia tempat kita meminta pertolongan.

    Mohonlah dari tuhan pencipta alam semesta, yang mengetahui isi hati hamba-Nya..

    Bangunlah dan meminta dari-Nya di satu pertiga malam masih tersisa [solat malam].Dia maha pengasih, lagi maha penyayang.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...
    Muhasabah yang menyentuh hati saya...salam perkenalan buat puan roza...saya mmg mencari2 blog puan stlh membaca travelog haji..Allah gerakkan hati saya membaca buku tulisan prof dan secara tak langsung saya ingin berkenalan dengan puan...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Rusni,

    Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  8. waalaikummussala,. terima kasih pn kerana sudi berkenalan dengan insan yang kerdil di sisiNya..Pn. sekiranya tidak keberatan boleh tak sy nak e-mel pn.Untuk menjalinkan ukhhuwah dengan pn. Pn ada ke n9 ke nanti?

    ReplyDelete