Mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian secara luar kampus [PLK] bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh. Apatah lagi sekiranya kita telahpun mempunyai pekerjaan, malah telah berkeluarga. Banyak faktor yang perlu di ambilkira :
Masa bersama keluarga.
Kerja tambahan dari majikan atau majlis keraian di jabatan/organisasi
masa untuk bersukaria
dan ketahanan diri.
Banyak pengajaran yang boleh dilihat di kalangan rakan-rakan seangkatan. Ada antara rakan sekelas yang hanya kelihatan di awal pengajian. Semasa konvokesyen hanya segelintir sahaja yang berjaya naik ke pentas menerima skrol.
Bukan mudah. Tetapi tidak juga mustahil.
Barangkali ramai di antara kita yang kini memegang jawatan lebih baik dari dahulu bermula dengan pengajian secara luar kampus. Barangkali suasana lampau tidak mengizinkan kita untuk menyambung pelajaran secara sepenuh masa. Jadi, jika peluang ada di depan mata..rebutlah ia!
Belajar tidak mengira usia..hingga ke liang lahat sekalipun kita harus terus belajar.
Beberapa sahabat bercerita kepada saya; kata mereka..
"Setiap hari fikiran saya terisi.. walau dalam sibuk bekerja, hati sentiasa berkata-kata dan berbisik-bisik kepada Allah agar memudahkan saya menyudahkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah."
"Setiap hari saya memohon agar ada ruang dan kesempatan. Benar, Allah memberikan kekuatan. Selepas selesai kerja-kerja rumah dan anak-anak lena dalam peraduan..barulah saya dapat mentelaah."
"Suami banyak membantu dalam menyudahkan pengajian ini.. Pernah suatu ketika, dia menemani saya dan rakan-rakan sekumpulan menyudahkan thesis akhir sehingga lewat malam. Ada kalanya, suami dan anak-anak menunggu saya sehingga pukul 2 pagi di dalam kereta, sementara saya menyudahkan kerja-kerja akhir untuk persediaan ViVa."
Benar. Mereka tiada masa untuk membuang masa. Mereka tiada masa untuk bersembang kosong tanpa tujuan.
Mereka mengejar masa. Itulah sahaja peluang yang mereka ada. Bukankah Allah telah bersumpah demi masa? Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh....
gambar ihsan :
http://musafirsrikandi.blogspot.com/2008/06/demi-masa.html
mengajar PJJ lebih seronok sebenarnya.. mereka lebih matang dan banyak input yg bakal kita dapat.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteYa. mereka lebih memahami dan menghargai "harga" ilmu yang sedang dituntut.
Semuga Allah memudahkan urusan mereka dan menyudahkannya dengan segala kebaikan.
Amin.
Salam.. baru sekarang saya merasai keperitan dan kejerihan belajar serta menjadi seorang ibu, surirumah dan isteri dalam masa yang sama. Kalau perlu lakukan semua itu dan dalam masa yang sama, masih bekerja, tak tercapai akal untuk memikirkannya. Tahniah untuk mereka yang dapat menghabiskan pengajian secara PLK atau PJJ. Mereka, orang-orang yang hebat.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBelajar secara sendirian, PLK atau PJJ..sebenarnya boleh mendekatkan diri kepada tuhan.
Tiada siapa dapat membantu ketika dilanda fikiran buntu. Hanya Allah.
Bukankah setiap kali membaca surah Al-Fatehah, kita sering menyebut..Dia yang kita sembah, tempat kita memohon pertolongan?
Hampiri Dia.
Salam,
ReplyDeleteKeadaan saya sama seperti yang di ceritakan oleh kak Roza, sebagai pelajar PJJ memang tiada masa untuk untuk di persiakan.Kadang-kadang terasa mahu menangis kerana tiada rehat untuk diri sendiri. Namum pada Allah ku bermohon moga di permudahkan segalanya. Amin
Salam Puan yang dihormati.
ReplyDeleteSedikit ulasan menarik saya tentang TCA karya puan. Ohhh...amat saya suka sekali.
Menarik!.
Bahkan membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak walau
saya tidak pernah mengenali apa itu lampu gasolin. Walau saya tidak pernah tahu
bahawa satu waktu dahulu amat indah apabila dikenangkan dan dibukukan. Kisah epal hijau,
kutu yang memberi makna, erti hati, rindu, kulit rambai, mengkudu dan segalanya diadun dengan begitu baik.
Syabas dan tahniah untuk PTS Islamika. Juga kulit bukunya iaitu bunga ros berkembang mekar
dengan warna merah yang memberikan kesegaran ketika saya menyentuhnya untuk pertama kali.
Maka, inilah hasilnya. 90 bab yang menawarkan keindahan dan kisah-kisah kenangan.
Ini mungkin kenangan yang apabila dibukukan akhirnya berbalik kepada diri kita. Perkembangan
dari proses menjadi anak kecil sehingga meningkat dewasa. Puan Roza Roslan memberikan
saya sendu beberapa kali. Mujur juga saya tidak menangis di dalam LRT.
Salam Puan Roza,
ReplyDeleteDengan membaca blog Puan ni memberi kekuatan dan semangat utk saya menempuhi master saya pada January ini...harap saya boleh habiskan pengajian saya...
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny