Hari ini saya terserempak dengan pelajar-pelajar baru UiTM Segamat yang takut-takut, tidak pasti dan masih keliru menuju ke kelas. Baru usai kelas, saya bergerak pantas menuju ke kelas yang lagi satu. Tiba-tiba saya di sapa;
"Assalamulaikum puan, dimanakah bilik U203?"
"Oh, yang hampir dengan kamu itu, bilik U206 bukan? U203 di hadapan sana. Mari saya tunjukkan."
"Terima kasih, puan. Terima kasih puan."
Saya terkenangkan kisah, beberapa tahun lampau semasa kali pertama menjejakkan kaki ke ITM [Institut Teknologi MARA], jangankan bertanya kepada pensyarah..untuk membuka mulut bertanya kepada pelajar senior pun terketar-ketar suara kita dibuatnya.
Pandai-pandailah kami mencari kelas sendiri.

Hari ini, saya teringat kepada rakan lama semasa orentasi, Han dan yati. Kepada merekalah saya banyak bergantung harap. Sedar diri yang saya adalah anak kampung yang tidak pernah keluar dari kampung sendiri. Segala-galanya pertama kali.
Minggu orentasi telahpun berlalu. Namun, kenangannya bagaikan baru semalam terjadi. Ia lekat di hati sanubari.
Minggu orentasi telahpun berlalu. Namun, kenangannya bagaikan baru semalam terjadi. Ia lekat di hati sanubari.
Gambar ihsan: famouschris.com
Assalamualaikum
ReplyDeleteMelihat freshie berduyun-duyun tempohari, terbayang masa kita kehulu kehilir menyandang beg di minggu orientasi.
Tapi kat kampus Segambut lagilah...berbukit-bukit. Kat Dungun tu rata je kawasannya.
Apa apa pun tah niah untuk diorang semua.
Kak wati