Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, January 22, 2009

Basikal Tua



Selain daripada bermain di sawah, saya amat suka bermain basikal. Ketika kecil setahu saya, ada basikal lelaki dan ada basikal untuk perempuan. Ia dapat dikenalpasti dari modelnya. Kami paling suka basikal perempuan. Ia ringan, tempat duduk depan dan belakangnya agak kecil serta tidak berpalang.

Saya mula belajar basikal ketika berumur 7 tahun. Di kampung, sepupu-sepupu tidak lokek untuk member tunjuk ajar. Masalahnya : kami sukar untuk mendapatkan basikal apatah lagi jenis basikal perempuan tersebut, jadi ia terpaksa dilakukan secara curi-curi.

Basikal yang senang untuk di curi pakai adalah basikal Atok Abah (bapa kepada abah) kerana ia pasti tersandar di bawah rumah tanpa di mangga. Waktunya adalah di antara pukul 9.00 hingga 10.00 pagi – ketika Atok Abah sedang solat Duha.

Kami sepupu-sepupu akan mengheretnya secara perlahan-lahan. Menolaknya beramai-ramai terus ke kampung Ulu Jementah menuju ke arah anak bukit berhampiran jeram. Dari atas bukit, kami akan sandarkan basikal di sebelah pokok. Lalu, bertenggek beramai-ramai.

Tuti dan Azah ditempatkan dikarier belakang. Ratna dan Aki di atas palang. Saya akan memijak kedua-dua kaki di atas pedal, sebelah tangan memegang handle dan sebelah lagi memegang palang basikal. Manakala Adib di tempat duduk dengan kedua-dua tangannya memegang handle.
Dapat bayangkan? Keadaan kami seolah-olah seperti beberapa ekor anak kera yang bergayut!

Basikal perlahan-lahan bergerak turun dari anak bukit dan burrrrrrrrrr…ia meluncur dengan lajunya. Kami akan lakukan secara berulang-ulang sehingga merasa puas.

Suatu hari, basikal tidak dapat di curi pada waktu Duha. Kami sabar menunggu sehingga waktu zohor. Ia juga tidak berjaya, sehinggalah waktu Asar. Lalu, pasukan kami mengheret beramai-ramai ke destinasi biasa. Tiba-tiba ada cadangan untuk pergi ke atas bukit yang lebih tinggi lagi.
Setuju !!

Dari atas bukit itu, basikal kami meluru laju dan mulai tidak terkawal. Saya dan Adib (sebagai teraju utama) cuba mengawal keadaan, namun gagal. Basikal itu menjunam menuju ke arah sawah, lalu kami semuanya terhumban ke dalam lumpur yang berlopak!
“He..hee..he…best! best!..he..he”

Tanpa disedari, sebelah pedal itu telah tercabut dari basikal. Puas kami mengharung lumpur, namun hingga ke senja kami tidak menjumpainya. Hampir maghrib baru kami sampai di bawah rumah Atok Abah. Tiba-tiba,” Astagfirullah..Ini dia rupanya budak-budak tu!”
Di tangan Tok Abah ada tongkat semambu!

Lalu, kami bertempiaran lari menyelamatkan diri. Basikal Atok Abah yang penuh dengan lumpur, jatuh bergelimpangan begitu sahaja. Ia tidak berakhir begitu sahaja. Pasti di rumah nanti, ada habuan lain yang sedang menunggu!

Indahnya mengingati zaman itu.

12 comments:

  1. :-)
    mmg akan tersenyum ler kalau ingat2 blk zaman2 tu kan kak roza...
    saya sendiri bila baca coretan kak roza teringat zaman2 saya dulu yg agak lucu.
    hihi...

    ReplyDelete
  2. saya pernah jatuh motor ke dalam sungai. sakinah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Nasib baik jatuh kat sawah. Cuma berlumpur.
    Kalau ada batu ke bahaya tu. Bayang kalau anak2
    kita sekarang buat macam tu. Mesti mak2 nya dah menjerit....

    Akak masa baru belajar naik basikal, leher pernah tersangkut pada ampaian (tempat sidai baju) dawai yang di rentang antara 2 batang pokok. Malunya. Tapi Alhamdulilah lepas tu teruslah pandai menunggang basikal.

    Nakal juga Roza ni masa kecik....he...he..
    Tapi kalau tak nakal tak de lah kenangan yang best kan.

    Kak wati

    ReplyDelete
  4. come laaaa wei anok kero tu deh.pakat dok gateh bsikal. hahaha.
    salam Roza.


    misi

    ReplyDelete
  5. salam...basikal tua mengingatkan zaman kanak2 saya.tu lah kenderaan rasmi kami sekaluarga..yg pastinya anak & generasi akan dtg tak mungkin kenal dgn basikal tua yg byk jasa nye

    ReplyDelete
  6. dapat bayangkan betapa comelnya cucu2 Tok Abah ni main basikal curik2..:)

    ReplyDelete
  7. Kenangan yang melucukan. Dulu keluarga saya susah, nak ada basikal kat rumah merupakan satu kemewahan, kesannya sampai sekarang saya tak boleh bawa apa2 kenderaan yg beroda dua, hanya boleh pandu kereta. Dah tua2 ni malu dan susah pulaklah nak belajar naik basikal ;)

    ReplyDelete
  8. Naik basikal Tok Bah paling best sekali kalau dapat lepas palang. Kaki tak sampai pun tak pa, itu kira dah dahsyat sangat. Merata jalan bawa basikal Tok Bah sampai Kulu dan Permatang Panjang. Balik dah senja, Tok Bah ketap bibir sambil acu tongkat kayu..takutnya..garang sangat Tok Bah. Tapi Tok Bah cuma gertak, tak pernah jentik jari pun..rindu pada Tok Bah bila tengok basikal tua. Rindu juga pada rumah lama Tok Bah tempat lepak lepas balik dari sekolah agama.AlFatihah

    ReplyDelete
  9. Salam kak Roza sayang....
    Zaman kanak-kanak su dulu pun, sempat belajar basikal tua kepunyaan ayah aji (bapa saudara). Susaahhhh agt sbb ada palang tu. Tapi su berjaya jugak akhirnya.

    Indah kan, mengingati zaman lalu...

    ReplyDelete
  10. Alamak, bestnya bila terkenang zaman kecik. syok bermain ngan 2 orang kakak (kak Ngah & kak Adib)yang tak pernah lupa nak heret adik adik untuk enjoy bersama...hehe..

    -Rbr4-

    ReplyDelete
  11. alamak!... basikal lama... erm.. mengingatkan saya pada kenangan dengan basikal tua arwah atuk yang seat belakangnya cukup untuk memuatkan kami cucu-cucunya seramai 3 orang sekaligus satu trip....

    ReplyDelete
  12. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete