Sejak berpindah ke Kampung Paya Jakas, abah begitu jarang sekali kami temui. Dia begitu sibuk berkebun. Mengusahakan tanah yang sekian lama terbiar di kampung halamannya. Bertahun-tahun semasa kami tinggal di Labis, abah menanam pisang dengan menyewa di tanah orang.
Dia ingin mengejar masa yang telah berlalu. Katanya, Masa itu ibarat emas. Apabila kita berniat ingin melakukan sesuatu, lakukan lah segera. Lakukan hari ini kerana esok di tangan Allah. Esok belum tentu nyawa ini masih di jasad. Belum tahu adakah Allah masih pinjamkan lagi nikmat kehidupan kepada kita. Kita tidak akan mungkin bertemu dengan esok!
Jangan bertangguh. Mulakan sesuatu hari ini, seolah-olah hari ini adalah hari terakhir kita di dunia. Kerjakan ia bersungguh-sungguh seolah-olah ia untuk bekalan hidup seribu tahun lagi. Pesan abah :
"Jika kita berusaha pada tanah, hasilnya kita akan perolehi 10 tahun dari sekarang. Sama juga dengan belajar, hasilnya dapat kita lihat di masa akan datang. Apa sahaja yang kita usahakan hari ini, hasilnya ESOK."
Setiap petang selepas pulang dari sekolah, abah akan bergegas ke kebun. Begitu juga di hari minggu. Subuh-subuh lagi dia sudah pergi bersama mak. Saya ditinggalkan bersama adik-adik. Tanggung jawab saya lah memberi makan dan menjaga mereka.
Ketika musim cuti sekolah, mak akan siapkan bekalan nasi dan kami sekeluarga akan pergi berkebun. Kami ditugaskan untuk mengisi tanah ke dalam bag pelastik hitam. Di dalam pelastik hitam itu, abah akan masukkan anak benih. Apabila anak benih membesar, kami alihkan pula ke dalam kebun. Tanam satu persatu. Berbaris-baris. Ia tidak habis di situ sahaja kerana anak -anak pokok itu perlu di siram dan di baja.
Habis musim menanam koko, abah sambung menanam durian. Kemudian cempedak, lepas itu dokong, duku langsat, pisang...tidak ketinggalan kelapa sawit. Ianya berterusan, sehingga kebun kami membuahkan hasilnya. Bila koko berbuah, kami petik, kemudian kami mengeluarkan isi dari buahnya. Lalu di jemur sehingga kering. Pendek kata, zaman kanak-kanak kami banyak di habiskan di dalam kebun.
Selalunya kami pergi ke kebun awal pagi, hampir senja baru sampai di rumah. Penatnya tidak terkata. Selepas mandi, solat dan makan malam ala kadar, kami sekeluarga terus tidur dengan nyenyaknya.
Maafkan saya kawan-kawan, saya tidak berkesempatan untuk beramah mesra apatah lagi bermain bersama. Budak-budak di kampung itu, mungkin jarang sekali melihat saya kecuali di sekolah. Saya ingin sekali bermain batu seremban bersama mereka, bermain skipping, bermain pondok-pondok dan bermain kejar-mengejar.
Saya ingin sekali bermain di sawah bendang bersama sepupu-sepupu seperti dahulu. Main basikal, mandi sungai dan menangkap ikan puyu atau berudu.
Namun, apa kan daya..saya hanya mampu melihat dengan ekor mata. Lalu, dipendamkan segalanya di dalam dada.

"Ya Allah..berikan kami rezeki kekuatan fizikal dan mental..berikan kami kesihatan yang baik. Limpahkan kami kurnia dari rezekiMu. Jadikan kami hamba yang mensyukuri akan nikmat dariMu."
Kak Roza,
ReplyDeleteSesungguhnya Allah akan membalas setiap perbuatan dan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada Kita Insyallah...
Mimi @ FSG (Shah Alam)
http://mimikiut.blogspot.com/
Salam kak roza...
ReplyDeleteMemang tak rugi berbudi pada tanah. Di saat dapat hasil tuaiannya nanti baru dapat dinilai betapa gembiranya hati. Kekadang perasaan itu tidak dapat diluahkan dengan kata2. Hanya yang melaluinya saja dapat menghargai. Contoh macam kami sendiri yang banyak menghabiskan masa dengan berkebun di rumah, rasa happy sangat dengan hasil yang dapat dinikmati. Buah kelapa, longan, mangga dan rambutan antara buah yang tak payah dibeli. Ulam-ulaman seperti pegaga, cekur, bunga kantan, daun kesum dan beberapa lagi boleh dipetik dari laman sendiri. Pendek kata tak rugi berbudi dengan tanah... jom pakat2 berkebun!
***(kak roza, jom ke blog saya. Ada entri yang baru saya postkan.. tajuknya travelog juga(pinjam perkataan dari tajuk buku prof) tapi Travelog ke utara...hehe thanx wassalam
sememangnya Roza seorang yang tabah dan prof amat bertuah mendapat isteri macam Roza dan Roza juga amat bertuah mendapat suami macam Prof.
ReplyDeletesama-sama bertuah lah noo. Alhamdulillah.
yang diatas tu misi.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Roza,
ReplyDeleteSeronok baca blog akak...mengingatkan kenangan diwaktu kecil...Budak2 zaman sekarang, jangan kan masuk kebun koko...buah koko pun saya rasa mereka tak kenal. Kadang-kadang terasa beruntung anak-anak kita kerna dilahirkan dalam kemewahan...tetapi rugi pengalaman dalam merasai kepahitan hidup. Yang mana membuatkan mereka rasa kurang bersyukur.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAnak sendiri bila disuruh kopek durian pun terkial-kial. Apa tah lagi jika diminta kupas kelapa..