Pernah kah anda melihat kasut getah seperti ini ?
Rata-rata saya melihat rakan sekelas di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas memakainya. Ia terdapat di dalam dua versi - bersarung dan bertali. Bila di tanya kepada rakan sekelas, kata mereka :
"Yang bersarung harganya RM4.50 hingga RM6.00. Manakala kasut bertali harganya di dalam lingkungan RM3.50 sahaja. Awak boleh beli di kedai XXXX.."Satu jawapan yang jujur lagi ikhlas.
"Kaki awak saiz berapa? Kalau ada di kedai Ladang Nagappa nanti saya belikan.."
"Saya cuma tanya sahaja..lagi pun abah dah beli kasut kain ni. Jenis BATA.Satu pandangan yang logik.
"Kasut jenis kain macam tu..kalau hujan, cepat kotor dan cepat basah. Jenis ni, kita basuh sahaja dia cepat kering dan cepat bersih."
Saya pernah melihat rakan sekelas yang tinggal di Kampung Ulu Jementah ( jaraknya 2 Km ke sekolah) meredah hujan dengan berkaki ayam. Kakinya penuh berlumuran tanah merah. Sebelum masuk ke dalam kelas, beliau pergi ke paip yang berhampiran untuk membasuh kaki lalu mengeluarkan kasut getah dari dalam beg.
Di dalam diam, saya sayu melihat mereka. Lalu, sesekala saya tanggalkan kasut sewaktu berjalan pulang dari sekolah petang (Sekolah Agama) meredah hujan bersama-sama mereka. Ya..saya melihat diri saya di dalam diri mereka. Betapa saya perlu bersyukur kerana ditakdirkan mempunyai kehidupan yang lebih baik berbanding mereka.
Lalu, nikmat Allah yang manakah hendak didustakan?
Lalu, nikmat Allah yang manakah hendak didustakan?
Zaman saya kecik-kecik dulu, kasut begini banyak dipakai oleh penoreh getah untuk memotong getah di ladang.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletekakliza x ingat pasal kasut ini..
sekarang ni macam crocodile shoe tu ker...:D
Salam Pn. Roza
ReplyDeleteDulu seorang kawan saya (arwah) mesti pakai kasut getah ni bila nak naik gunung. Katanya "tapak kasut ni mencengkam".
-KMY-
Salam.
ReplyDeletekak roza, skarang ni dah tak dapat cari dah kasut getah yang rega macam tu. Seliper getah fesyen le ni(yang bertutup bulat di depan) mahal gile2 reganya... Tambah yang ada brand, lagi giler mahalnya.. dunia dunia
Assalamualaikum
ReplyDeleteDulu akak pun dibelikan kasut kain BATA.
Tengok kawan-kawan pakai kasut getah suka sangat. Sebab boleh berkerumun kat tepi kolah (paip tak de lagi masa tu) cuci kasut. Berlumba-lumba sapa yang lagi bersih.
so, akak pun minta mak belikan sebab nak joint diorang. Maka kasut BATA tersadai je lah sampai dah tak muat lagi.
Tapi kami pakai yang warnanya putih. Pantangnya dijemur. Nanti colournya jadi kekuningan...tak cantik.
Kak wati
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKasut getah ini kebanyakannya di jual di kedai-kedai runcit kampung. Saya masih ingat, ia dimasukkan ke dalam satu karung plastik dan digantungkan di tengah-tengah kedai.
Jika ada yang ingin membeli, tuan kedai akan mengeluarkan seluruh isi karung plastik itu, dengan mencurahkannya di atas lantai.
Sebabnya, tuan kedai kena belek satu persatu untuk mendapatkan pasangan saiz kasut itu.
Saya tahu, sebab saya juga membelinya secara curi-curi (takut abah tahu) dengan duit simpanan saya..he..he.
Macam kata K.Wati, teringin...
salam puan
ReplyDeletebadek di sini...:)
saya pon slalu pakai kasut ni
untuk naik gnung..sbb kualiti dia
selesa,selamat, muarah (xbergaya..huhu)
...
tapi, lain dengan mereka yang memakainya masa zaman puan
rasa haru dan hormat yg mendalam bg puan dan anak muda zaman puan yg mengerti apa erti susah...
saya rasa jengkel melihat anak muda zaman saya(termasuk diri sendiri) yang tidak tahu erti kenikmatan dan sentiasa lalai...
tapi, saya dah sedar..syukur...
harap silap saya, puan tegur ye...
in persuit of perfection
no problem utk dapatkan kasut getah jenis bowling lagi kt Taman Negara Pahang...Kedai No 2 PPB Kuala Tahan...pemintaan tinggi untuk mereka yang ingin memasuki hutan ,gua dan mendaki gunung....x ketingalan juga kepada mereka yg ingin menjala ikan or memedak...
ReplyDeletekasut getah ley pakai untuk acara river crossing x? sbb ckgu kat skolah suruh beli kasut getah. ni first time dgr pasal kasut getah. pls reply ASAP.
ReplyDeletekasut getah warna putih.. kenangan zaman sekolah.. jeles jugak tengok kawan2 yg lain pakai kasut sekolah yg cantik.. arwah abh pujuk kami kasut getah ni lebih bagus berbanding yg jenis kain tu..
ReplyDelete