Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, March 29, 2009

Buah Mempelam 2


Saya memanjat pokok mempelam di sebelah petang. Selepas pulang dari Sekolah Agama Paya Jakas dan mengaji di rumah Mak Uda Khemah.

Di dalam baju kurung yang di pakai sentiasa ada T-Shirt dan seluar panjang "Track Bottom". Ia amat selesa malah memudahkan segala urusan seperti kerja panjat memanjat tanpa mengotorkan baju sekolah.

Buah-buah mempelam tersebut saya kumpulkan untuk di jual keesokannya (sewaktu pulang di antara persekolahan sekolah pagi dan sebelum persekolahan sekolah agama bermula).

Saya amat berhati-hati agar tidak tertangkap lagi (oleh cikgu sekolah) dengan menjualnya di luar pagar sekolah. Selalunya saya berjualan di antara warung kedai makan Kak Yah dan kedai runcit Pak Usu Daud. Disitulah kami bertukar-tukar membeli barangan jualan. ( Mempelam, ais krim Malaysia, buah jambu air, jambu batu dan lain-lain.)

Suatu hari, semasa sedang sibuk berurusan jual-beli bersama rakan-rakan sekolah, saya terdengar perbualan sekumpulan beberapa budak lelaki. Mereka terkenal dengan lagak "Samseng kampung". Malah seluruh murid di sekolah itu amat mengenali kumpulan tersebut.

"Hah dah sah ! Budak baru tulah yang Axx nampak semalam di atas pokok mempelam di tepi jalan." kata ketua samseng kampung, Bxxx namanya.

"Budak baru anak cikgu Roslan yang menjual buah mempelam tu?" Geng yang lain olok-olok bertanya untuk pengesahan.

"Ha lah! Siapa lagi..Dia tu lah yang hendakkan si Axx."

Saya panas telinga mendengar perbualan mereka yang disertai dengan tertawa -tertawa kecil. Lalu, saya terus menjawab.
" Hei! Siapa kata saya hendakkan si Axx tu?"
"Axx yang kata."
"Macamana pulak dia tahu saya hendakkan dia?"
" Iya lah..dia kata awak menyorok di balik dahan semasa nampak dia lalu di tepi jalan tu! Itulah tandanya awak malu dan hendakkan dia!"
Suasana ketika itu menjadi tegang sekali. Semua rakan-rakan perempuan saya kelihatan ketakutan. Murid-murid yang lebih muda usianya lari bertempiaran masuk ke kawasan sekolah.

"Hei! Awak cakap pada si Axx..katakan saya tidak hendakkan dia!"
"Habis tu..awak hendakkan siapa?"
"Katakan pada dia.. saya hendakkan awak!
Saya lihat muka Bxxx dan geng samseng kampung semuanya pucat lesi. Terlopong mulut masing-masing. Mereka mungkin tidak menyangka bahawa perkataan itu boleh terkeluar dari mulut saya!

Puas. Sambil berjalan masuk ke dalam kelas sekolah agama, kami semua tersipu-sipu geli hati melihat muka-muka samseng kampung yang "terkejut beruk" mendapat tahu ada juga budak perempuan yang suka kan dia.

He..he..belajar bagaimana memanipulasi situasi.

15 comments:

  1. Salam.
    Terer kak roza handle situasi...hehe
    Baru bertemu buku dengan ruas...

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Hahahah..gelak saya baca entry kak Roza kali ni...kagum dengan keberanian kak Roza

    ReplyDelete
  3. salam ziarah roza,

    teringat kenangan di jementah............

    ReplyDelete
  4. ishkk puan roza.....memang suka panjat pokok nih.....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Pn. Roza,

    Teringat kenangan lama masa zaman kanak-kanak. Selalu juga panjat pokok. Suatu hari tu panjat pokok jambu air, lepas tu terjatuh. Pokok taklah tinggi, tapi rasa perit juga kerana di bawah pokok tu ada bekas sampah (daun-daun kering) diperbuat daripada kepingan buluh. Jatuh atas bekas itulah. Balik rumah Mama tambah pula 'perasa' dengan ranting kayu. Tak serik juga ... Tapi anak-anak sekarang tak berkesempatan melalui pengalaman itu.

    Salam, Kak La.

    ReplyDelete
  6. saya pernah buat mcm tu dulu..lawak2..aku tak mau kat dia..aku nak kat hang..dialog 25 thn dulu

    ReplyDelete
  7. Kak Roza.. Bagu nyer cara kak Roza memanipulasi situasi tu.. salute lah kat akak...

    Sayadok imagine camner lah muka2 samseng2 kampung akak lepas tu ye?... mesti poyo aje... he he he..

    Mimi

    ReplyDelete
  8. lepas dari tu kena kacau lagi tak? mesti Bxx plak yang tersipu2 kalau berselisih ek?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikim

    Akak bayangkan cerita tu...Roza kasi "flying kick" kat Bxx.

    Rupa-rupanya Roza beri dia sebuah harapan. Mesti lepas tu dia senyum2 dan rasakan bertuahnya dia dengan pengakuan Roza tu.
    Mesti dia suka sebab tu dia diam je. Tak marah2 pun....he...he..kelakonya..

    ...hamdsome tak si Bxx tu?

    kak wati

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Ehem..sila ikuti apakah yang akan berlaku di episod yang akan datang..Tunggu.

    Chilun@cik pau@bibimie dan kak wati macam dah dapat kesan aje peristiwa yang berikutnya. Ada pengalaman yang sama? He..he

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Roza,

    Saya masih tertanya2 siapakah gerangan Axx dan Bxxx budak "Samseng Kampung" tu?
    Rasa-rasanya saya tidak tergolong dalam kumpulan tu, maklum lah ... budak baik.
    cuba beri 'hint' sikit supaya saya boleh memgingati mereka.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Haffez,

    Sudah tentu bukan saudara. Tidak mungkin wajah yang sentiasa tersenyum dan paling pendiam di dalam kelas tergolong di dalam kumpulan tu.

    Axx dan Bxxx tu budak kampung kita, Paya Jakas. Sekitar kawasan "Rumah Biru" saya.
    Dapat teka?

    Tidak mengapa, itu zaman nakal kanak-kanak.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum

    Sian Haffez, risau dia kalau termasuk dalam golongan Axx & Bxxx tu.

    Alah tu kan zaman bebudak. Sekarang mereka tu tentu dan jadi org baik, dah berkeluarga.
    Diorang pun mesti gelihati kalau baca entry Roza ni.
    (Adalah sikit pengalaman yang sama..he..he..tapi Roza lagi hebat dan berani)

    Kak Wati

    ReplyDelete
  14. Hafiez..awak kan murid kesayangan cikgu Yatiman. Budah paling decent dalam kelas agama.Handsome plak tuh..hehe.

    Baxx tu..tinggi tapi punyalah hero.Lalu semua orang senyap tu.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum

    Akak bayangkan Bxxx tu sekarang macam Rosyam Nor. Ha..ha..ha..(minta maaf En Bxxx, gurau je)


    Kak wati

    ReplyDelete