Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, March 9, 2009

Lampu Gasoline

Di sini, di kampung Paya Jakas ini lah cahaya kehidupan indah bermula.

Kami berpindah ke kampung kelahiran abah ini ketika mak masih lagi di dalam pantang kerana melahirkan adik bungsu kami, Razif. Kak Long Pidah telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Sains Johor, Keluang. Manakala, Kak Long Sidah (anak saudara sebelah mak - kematian ibu ketika berumur 12 tahun) yang sekian lama tinggal bersama kami telah mendirikan rumah tangga, lalu dia mengikut suaminya.

Maknanya, kini saya lah yang harus menjadi "orang harapan" mak. Segala-galanya bermula dan kelihatan amat sukar sekali..
Alhamdulillah, abah membina rumah kampung kami bersebelahan dengan rumah Mak Wa. Ia terletak di seberang jalan berhampiran anak sungai. Rumah separuh papan kami agak selesa. Dua bilik di bahagian atas dan dua bilik di bahagian bawah.

Kami amat gembira tinggal di sini. Cuma, di kampung ini masih belum mempunyai talian eletrik lagi. Tiada lampu kalimantang, tiada radio dan televisyen. Malah, masih belum mempunyai saluran air paip di bilik air kami.

Setiap senja, kami menunggu abah pulang ke rumah untuk memasang lampu gasoline. Jika abah terlewat pulang, kami adik-beradik akan duduk berhimpit-himpit di sekeliling mak (kerana takut kegelapan malam) dengan diterangi oleh sebuah lampu pelita minyak tanah. Waktu-waktu begitu, Mak Wa akan datang membawa lampu gasoline ke rumah kami.

Namun, sampai bila kami harus menunggu abah pulang dan Mak Wa datang membawa cahaya?

Lalu mulai saat itu, saya mohon di ajar memasang lampu gasoline. Dan..akhirnya ia merupakan permulaan suatu tugas yang berterusan. Rupanya.. jika kita inginkan cahaya, jangan menunggu ia datang. Cahaya itu tidak sentiasa datang sendiri di depan mata. Kita harus mencari cahaya itu. Kita perlu memohon..

"Ya Allah..sinarilah hidup kami dan terangilah hati nurani kami dengan cahayaMu, kasih sayangMu dan rahmatMu."

"Ya Allah..berikanlah nur (cahaya) diwajahku, penglihatanku, pendengaranku, pada lidahku dan hatiku. Berikanlah nur diatasku, dibawahku, didepanku, dibelakangku dan berikanlah nur pada seluruh kehidupanku..

"Sebagaimana nur yang kau berikan kepada hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Wahai tuhan..perkenankan lah.."
Lampu Gasoline : Foto ihsan dari Radzmi.blogspot.com

7 comments:

  1. Salam Mulud Nabi jua...
    -Andeh-

    ReplyDelete
  2. Salam kak Roza...

    Hidup ini bagai lampu dinding
    Yang dinyalakan di malam hari
    Apabila minyak sudah kering
    Ia kan pasti padam sendiri

    Demikian juga hidup manusia
    Selama hidup di dunia ini
    Bila dah cukup umur usia
    Putuslah hubungan di sana sini

    Setelah kita tinggalkan dunia
    Alam yang lain pula menanti
    Apakah kita dapat kurnia
    Itu melihat amal dan bakti

    Di sana insan cemas dan bimbang
    Tak dapat lagi buat alasan
    Buruk dan baik akan ditimbang
    Kedua-duanya dapat balasan

    ***(sori ek kak roza, panjang sikit ambik ruang komen ni..hehe)

    ReplyDelete
  3. bestnye...cerita-ceriti zaman kita kecil dan tak tahu apa-apa ni...:)

    masih ingat rumah separuh papan tu dengan pintu kayu terbahagi dua di paras pinggang.

    tak tahu la samada zaman sekarang, masih ada atau tidak pintu sebegitu?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Akak ada simpan satu lampu gasoline tu. Beli di tempat barang2 2nd hand di Rengit.

    Sesekali bila tak de letrik kami gunakan.
    Akan terkenanglan zaman kecil-kecil dulu.
    Anak-nak punyalah jakunnya...tak pernah jumpa.

    Sibuk dok kerumun ayahnya bila nak pasang lampu tu.

    ReplyDelete
  5. lupa nak letak pengenalan komen di atas.

    kak wati

    ReplyDelete
  6. Semakin menarik penulisan Puan Roza sekarang bila disertakan sekali kaitannya dgn konsep ketuhanan.Rasa diri sebagai hambaNya...

    sakinah,uiam

    ReplyDelete
  7. * Nuur A’la Nuur



    Yaa Rabb
    Cahaya Mu
    Menerangi zulmat alam
    Jernih bersinar
    Memancar
    Cahaya berlapis cahaya
    Lembut menyapa salam
    Matahati insan pilihan
    Berbeza cara serta gaya
    Yang pastinya
    Cahaya Mu itu
    Adalah
    Hidayah
    Yaa rabb


    misi

    ReplyDelete