Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, March 20, 2009

Manggis

Jika di waktu persekolahan, saya cuma memikirkan apa yang perlu di masak pada hujung minggu sahaja. Namun, jika di musim persekolahan..saya harus memikirnya hampir setiap hari.

Ya, apa yang perlu saya masak adalah satu perkara yang mencemaskan saya.

Saya mulai kenal mana-mana pucuk kayu yang boleh di buat lauk. Mulai tahu bagaimana mengait kelapa, mengupas, memarut, memerah dan menghasilkan masakan lemak dari santannya. Pendek kata, saban hari saya berikhtiar untuk mendapatkan lauk untuk santapan hari ini dan esok.

Kalau ada Mak saudara mengatakan ada pucuk itu dan ini di sana dan di sini, saya akan pergi mendapatkannya. An, Ayu dan Razif saya tumpangkan di rumah Mak Wa. Saya akan sentiasa membawa Tuti dan Ratna sebagai tenaga tambahan yang juga pembantu peribadi. Mereka orang kanan saya.

Suatu hari di musim buah-buahan, saya pergi memetik pucuk cemperai di baruh . Pokok cemperai itu tumbuh subur di tanah Mak Teh. Saya lihat Mak Teh sedang mengait buah manggis dengan sebatang buluh yang di racik enam hujungnya di panggil "Serangkak". Mak Teh menyarankan saya memetik buah manggis di dusun buahan abah. Baru saya tahu, rupa-rupanya abah mempunyai dusun buah-buahan peninggalan nenek monyang.

"Manggis di kebun abah awak, lebat. Hitam-hitam..kalau tak ambil nanti ia akan keras dan tidak boleh di makan. Kalau ambil banyak, awak boleh jual dengan peraih. Tetapi, kalau rajin awak boleh jual di tepi jalan"
Mulai hari itu, awal-awal pagi saya sudah angkut semua adik-adik ke dusun. An, Ayu dan Razif saya tumpangkan di rumah Mak Teh atau di rumah Mak Ngah. Selalunya mereka akan sediakan kami sarapan pagi, kemudian barulah kami memulakan tugasan.

Tugas saya memanjat pokok dan memetik buah manggis manakala Tuti dan Ratna menyambutnya di bawah. Kemudian, buah-buah manggis itu kami kumpulkan di rumah Mak Teh. Mak Teh mengajar saya mengikat buah manggis untuk dijadikan satu gugusan. Lalu, kami menjualnya di tepi jalan.

Bermulalah satu lagi kisah kehidupan.


6 comments:

  1. salam..
    teringat jaman kkliza remaja dulu..nenek ada tanam pokok manggis..
    ada orang kata kalau nak senang jatuhkan buah manggis..hanya goncangkan dahan tu..so buah yg masak akan jatuh..tapi jenuhlah nak kutip..sebab buahnya berlumba-lumba jatuh bertaburan ketanah..
    now anak dara kkliza cukup suka makan manggis..pantang nampak sure dia suruh beli..

    ReplyDelete
  2. salam

    Saya sgt suka membaca entri2 Puan untuk bulan Mac ni. Satu proses transformasi diri yg mengasyikkan dengan berlatar belakangkan zaman kanak2.

    ReplyDelete
  3. ASsalamualaikum

    Dulu-dulu bila musim manggis...akak jadilah orang kaya sekejap. Jadi tokeh manggis. Jual kat sekolah. Sekarang anak-anak sendiri tak kenal buah manggis. Dapat je buah manggis terus nak di gigitnya. Macam epal pulak di buatnya. Sebab pokok mangis dah pupus ..tak di tanam semula.

    Pucuk cemperai sedap dimasak dengan keledek. Tapi sekarang susah nak dapat dah...(sedapppnya)



    Kak Wati

    ReplyDelete
  4. salam Roza,
    kehidupan lalu membuat Roza jadi tabah.

    ReplyDelete
  5. Kak Ngah walaupun 2 tahun tua dari saya, dia memang cekap memasak. Dulu saya paling suka Kak Ngah masak sambal ikan bilis. Tiada orang yang boleh lawan sambal tumis Kak Ngah kecuali sambal emak saya. Saya memang bala tentera Kak Ngah, sentiasa menjadi orang kuat dan pengikut setia. Emak selalu pesan pada saya jaga Kak Ngah ketika kecil menjadikan kami satu team yang kuat, Kak Ngah perancang dan pelindung, saya pembantu setia. Jangan tak percaya umur 12 tahun Kak Ngah pergi kutip hutang kain emak dengan saya naik bas dari Jementah ke Labis. Nak tahu berapa jauh?..tengok lah peta..hehe

    ReplyDelete
  6. salam ziarah,
    seronok membaca kisah akak. Terkenang masa saya dengan abah saya pergi hutan kutip puncuk cemperai. Pucuk cemperai masak lemak memang sedap dan manis sungguh.
    salam kenal ya....

    ReplyDelete