Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, July 10, 2009

Misteri Surat Wangi


Sudah beberapa minggu saya melihat dia tersenggeh-senggeh di hentian bas itu. Menyeringai. Kelihatan jelas seluruh giginya, menonjolkan tulang pipinya. Susuk tubuhnya sasa, berkulit gelap dan mempunyai potongan rambut ala komando.

Saya dan Adib tidak senang dengan kehadirannya.

Entah mengapa, setiap kali kami pulang dari sekolah, walaupun selewat mana.. dia tetap ada. Menunggu dan tersenggeh-senggeh di hentian bas itu. Saya kira ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Kami selalunya akan buat-buat tidak melihatnya namun memerhati melalui ekor mata.

Suatu hari, pelajar tersebut datang mendekati.

"Halo.. Saya sudah lama memerhati saudari. Tidak ingat pada saya?"
"Siapa ya?"
"Saya yang letak surat di bawah meja semasa saudari tingkatan satu"
"Surat yang mana satu?"
"Yang ada tulis "Pecah kaca, pecah gelas tu.."
"Ooooo.."
"Masa itu saya di dalam tingkatan lima."
"Sekarang?"
"Saya mengulang..ambil SPM semula "
"Oooo.."
Selama ini hati saya kuat menuduh Jxxxxx yang menulis surat wangi itu. Semakin banyak cabaran dan dugaan yang saya terima, semakin sakit hati saya terhadapnya. Namun, ternyata ia adalah tuduhan melulu. Saya bersalah kerana mempunyai perasaan syak wasangka tanpa usul periksa.

Saya sudah melupakannya. Merasa amat lega kerana mulai saat itu terungkailah misteri surat wangi. Di dalam hati saya berjanji untuk meleraikan diri dari Jxxxxx. Jauh di sudut hati saya bertekad kepada diri,"

"Ya Allah, Jika saya diberi pilihan untuk memilih calon suami, jangan jodohkan diri ini dengan seorang yang pendiam seperti itu. Temukan saya dengan sesaorang yang boleh berkomunikasi, berdiskusi dan saling faham memahami. Saya tidak akan boleh hidup dengan sesaorang yang berkarakter seperti ini"

Mulai hari itu, saya dan Adib berusaha mencari basikal untuk berulang alik ke sekolah. Ataupun kami menyeludup dan menumpang bas sekolah dari Ladang Naggappa. Kami akan menyelinap masuk secara sembunyi-sembunyi sehingga pemandu bas pun tidak menyedari !

8 comments:

  1. Alhamdulillah... doa Kak Roza dimakbulkan! dapat Prof yang memang bijak dan berhemah dalam berkata-kata!

    ps: susah sangatlah nak tinggalkan komen kat blog Kak Roza ni. Kekadang bila tak keluar juga, saya memang give-up!;)

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Roza

    Akhirnya..terungkai sudah siapa pengirim surat wangi..

    ReplyDelete
  3. salam roza,

    setelah membaca kesemua N3 tentang cinta tak berbalas tu. LEGA ......

    kik,kik, kik.... sian prof.

    ReplyDelete
  4. rumah di hujung desa?
    macamana pelajar tingkatan 5 boleh letak surat, bukankah pelajar pagi tingkatan 2?
    cerita masih misteri.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Entahlah..Bagaimana pelajar tingkatan 5 itu boleh meletakkan surat di bawah meja kelas tingkatan 2? Tidak saya ketahui.

    Siapa yang bertanggungjawab memberikan alamat rumah juga tidak pernah saya peduli untuk mencari jawapannya. Biarlah ia menjadi misteri dan menjadi koleksi peribadi.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Lega...dah tau siapa.

    Mungkin Jxxxx yang meletakkan surat tu bagi pihak Abang Komando tu. Walaupun dia tak suka nak buat kerja tu. Sebab tu lah dia tak mau Roza layan surat dari org yang tak di kenali.

    (Buat conclusion sendiri...he..he..he..)


    Kak wati

    ReplyDelete
  7. sebelum ni, pergi sekolah naik apa?
    abah hantar ke?

    ReplyDelete
  8. Jxxxxx berkarismatik dan pendiam.Saya kenal dengan adik perempuannya, itupun setelah tahu Jxxxxx 'kawan' dengan kakak saya.

    ReplyDelete