Awal tingkatan 3, abah memberitahu kami bahawa beliau akan berkursus selama dua belas bulan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Barulah saya tahu, di dalam diam rupa-rupanya abah belajar secara sambilan.
Katanya, dia menerima tawaran sebagai guru dengan menggunakan sijil darjah enam. Mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran [SRP] dan seterusnya Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] beberapa tahun kemudian.
Sebelum berpergian, abah membawa saya dan mak ke kebunnya pada hujung minggu. Kami melihat bagaimana rutin abah bekerja di kebun koko.
Bermula dengan memetik buah koko dan mengumpulkannya di sebuah pondok kayu di tengah-tengah kebun. Apabila buah telah banyak terkumpul, proses seterusnya adalah mengeluarkan isi. Memasukkan isi koko yang basah ke dalam guni.

Sementara itu, koko yang separuh kering di jemur di pelantar simen bersebelahan pondok. Biji koko yang telah kering di masukkan ke dalam guni yang berasingan. Di angkut ke dalam bonet kereta untuk di jual kepada peraih koko yang berhampiran.
Biji-bijik koko yang basah dicurahkan ke dalam bakul rotan untuk proses penapisan. Dibiarkan ia semalaman. Esok, barulah biji koko tersebut akan dikeluarkan untuk di bawa ke jemuran.
Biji-bijik koko yang basah dicurahkan ke dalam bakul rotan untuk proses penapisan. Dibiarkan ia semalaman. Esok, barulah biji koko tersebut akan dikeluarkan untuk di bawa ke jemuran.
Senyap sunyi. Tiada perbualan. Masing-masing tekun melakukan pekerjaan.
Kami hanya berhenti untuk menjamah nasi bekalan juadah makan tengahari dan solat zohor. Kemudian, kerja diteruskan lagi. Berhenti untuk solat Asar dan berehat untuk minum teh sebentar. Sebelum pulang, abah mencantas beberapa tandan pisang. Hampir senja baru kami beredar pulang.
Jika musim buah, abah akan bekejar pula ke kebun duriannya. Memunggut durian seawal selepas subuh. Rutin kerja kebunnya seperti biasa.
Jika musim buah, abah akan bekejar pula ke kebun duriannya. Memunggut durian seawal selepas subuh. Rutin kerja kebunnya seperti biasa.
Baru saya faham betapa kuatnya abah bekerja. Saya hanya melihat abah menjalankan rutin pekerjaannya di hujung minggu sahaja. Bagaimana dengan hari-hari biasa? Patutlah saya dapati hampir setiap hari selepas Isyak, abah terlantar kepenatan. Dengkurnya bergemuruh memecah kesunyian malam.
Kadang-kadang saya ternampak kesan-kesan calar , lebam dan bengkak di kaki serta hampir ke seluruh badan abah. Tidak pernah pula dia mengeluh kesakitan. Sesekali sahaja abah meminta saya menyapukan minyak panas di labu betisnya.

"Esok-esok, kalau abah tiada..awak jangan lupa menjenguk kebun. Kebun durian di sini, kebun sawit di sana, kebun cempedak di situ..."Diam.
"Walaupun abah tiada, adik-adik jangan dilupakan. Jaga kebajikan mereka..."Diam.
"Belajar. Ilmu Suluh Hidup. Membaca kunci pengetahuan"Saya hampir pengsan mendengar pesanan!
Sangat besar pengorbanan Abah Kak Roza. Alhamdulillah, jasanya dapat dibalas jua...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBegitulah tanggungjawab seorang ketua keluarga bernama suami & ayah...ayahda jasa & pengorbananmu terlalu besar untuk kami adik beradik....terima kasih yang terucap ayahda....
salam...suka baca blog akak....saya pun anak kelahiran segamat.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua yang melayari blog ini.
betul tu..kadang2 kita ingat bila mak bapak marah seolah tak sayangkan kita..tapi bila dah besar panjang ni..tahula kan
ReplyDeleteAbah memang rajin, sehingga orang cina pun segan dengannya. Sehingga kini biarpun menghidap kanser abah masih 'curi-curi' menjenguk kebunnya dan kebun anak-anak. Abahlah 'tiang' kami, serasanya sekiranya Abah pergi, separuh dari hidup kami pergi bersamanya..(teringat Abah meredah hujan ribut berjalan kaki dari Kebun Sengkang ke Tmn Rakyat)..biarpun saya baru masuk Tingkatan satu ketika itu, saya terasa pengorbanan Abah sangat besar dan ia mengubah persepsi saya terhadap hidup..hidup perlu lebih serius, itu yang saya rasakan ketika itu..
ReplyDelete