Beliau baharu sahaja bertugas di Sekolah Menengah Jementah. Seorang yang bersemangat tinggi dan berdedikasi. Beliau memang patut di puji.
"Itulah..kalau hidup asyik berangan-angan. Di lamun perasaan. Muda-muda, sudah pandai nak bercinta!"
Susah untuk saya memilih rakan yang paling saya percayai. Kerana warkah pertama telah banyak mengajar saya agar memilih kawan dengan lebih berhati-hati. Jangan cepat terpengaruh dengan kata-kata manis dan kemesraan mereka. Di dalam mabuk persona kemanisan segelas madu, tidak sedar ada racun didalamnya. Di dalam diam, belati di tusuk dari belakang.
Petang itu, di dalam Bilik Rehat Guru terdapat beberapa orang guru yang sedang bersembang. Kami memberi salam, menunduk hormat menumpang lalu serta melemparkan senyuman ke arah mereka. Mereka menjawab salam, membalas senyuman. Kemudian, acara sembang-sembang mereka teruskan.
Cikgu mempersilakan saya duduk. Penuh tertib. Ada keresahan diwajahnya.
"Saya minta maaf jika apa yang saya katakan ini akan menyinggung perasaan. Tetapi saya perlu berterus-terang kerana tidak mahu awak dibiarkan berperasaan begitu terus-terusan."
Cikgu menyambung lagi.
"Cikgu tahu perasaan dan gelora hati remaja. Ia adalah perkara biasa. Tetapi perlu diingat bahawa awak masih bersekolah lagi. Tumpuan awak sekarang seharusnya kepada pelajaran. Besar harapan ibubapa, mereka ingin melihat awak berjaya."
Diam. Tiada reaksi.
"Saya tahu awak ada potensi untuk berjaya. Saya melihat awak sebagai pelajar yang mampu berdikari dan mempunyai karekter tersendiri. Ada sesuatu di dalam diri awak yang perlu di cari."
Tunduk dan diam. Otak ligat mencari-cari.
"Saya harap awak faham. Awak tidak bertepuk sebelah tangan. Tetapi bukan saya orangnya. Harap awak simpan perasaan itu untuk "Mr Right" yang telah disediakan oleh Allah kepada awak.
Insya Allah! Dia pasti datang pada suatu masa apabila sampai masanya. Jangan membazir tenaga dengan mencurah hati kepada sesiapa tanpa mengenali hati budi mereka. Jangan sewenang-wenangnya memberi dan mencurah perasaan hati."
Saya mulai faham. Ya Allah! Inilah rupanya jawapan kepada "Warkah pertama" yang hilang. Saya yakin ia memang terselit di dalam buku rampaian. Mati saya sekali ini! Terasa darah hangat tersimbah ke muka! Di dalam hati, beristighfar tidak berhenti-henti,
"Astagfirulllah Alazim! Aku manusia lalai dan lemah
sekali!"
"Saya harap awak terima dengan hati terbuka bahawa hubungan ini tidak akan terjadi. Ia tidak perlu diteruskan kerana saya adalah tunangan orang"
Di dalam minda saya memberikan semangat, memulihkan diri. Berulang-ulang kali berbisik di dalam hati,"Cukuplah sekali. Jangan ulangi perbuatan bodoh seperti ini!". Tiba-tiba Allah memberi kekuatan untuk saya berkata-kata.
"Terima kasih cikgu. Saya akan simpan kata-kata itu."
Kak Roza,
ReplyDeleteAlkisah... Rupanya Cikgu yang terima surat tu ye?.. Marbahaya... Kalau Abg Prof yg terima surat tu possible tuk dia terus jatuh chenta kut... =P
salam roza.
ReplyDeletekesian betul!
lain yg nak di tuju, lain pulak yg menerimenye!.
kak jose
Salam Puan Roza,
ReplyDeleteYa Allah.....ngerinyeee kalau saya berada di tempat puan pada masa tu......Maluuuu yang tak terhingga pada cikgu tu....Huhuhuhu....Inilah dugaan Allah...Allah maha kaya & mengetahui segalanya....cinta monyet itu berakhir di tangan emak & cikgu....
Puan...saya nak tergelak pon ade...pernah satu ketika itu....saya tersalah send SMS to papa saya punya h/phone....sms tu sepatutnye untuk si dia.....yg lg best...time tu hp papa ade di tangan ibu.....Ya Allahhhhh malunyeee pada mereka masa tuuuu....Hanya tuhan yg tau masa tu.....habis terbongkar rahsia pada masa tu....nak tergelak sagant bila ingat peristiwa itu......
Assalamualaikum
ReplyDeleteYa Allah, bolehlah pulak Roza tak cakap dgn cikgu tu hal sebenarnya.
Kiranya Roza ni strong betul lah, kalau akak
sure dah bagi tau cerita sebenarnya. Biar di marah sebab bercinta masa sekolah. daripada malu ngan cik gu handsome tu...he..he...
Nasib baik Cik gu dah ada tunang, bayangkan kalau cik gu tu pun respon baik punya....apa lah tindakan Roza seterusnya.....ha...ha... tak mampu nak bayangkan.
Kak wati
Mama membaca bait bait bicara Roza ni dengan penuh debaran di kalbu. Memang berada dalam dilema sungguh kan. Nak berterus terang, takut memalukan cikgu ataupun takut dituduh tak mahu mengaku menghantar surat tersebut kepada cikgu tu. Tapi yang pastinya, kalau buat apa-apa pun, malu tetap berpihak pada Roza kan? Dari itu, diam itu adalah yang terbaik....
ReplyDeleteMa habis baca entry ni, muka mama yang rasa panas... malu... hehehehe.... sabor je la!
adoiiiiiiiii... malunya! Tapi yelah, ia pengajaran yang bagus. :) Thanks for sharing..
ReplyDeleteSalam Puan Roza,
ReplyDelete...tersalah letak surat pada Guru Perdagangan
namun suratan jodoh dengan Prof Perakaunan...
:)
hehehe...cikgu 'J'??
ReplyDelete-Na-
Assalamualaikum Puan,
ReplyDeleteCikgu tu cakap
" ...hubungan ini tidak akan terjadi ... kerana saya adalah tunangan orang"
adakah surat itu di alamatkan kepada beliau?
apa kaitan Cikgu ni dengan Pelajar Jxxxxx, atau apakah nama cikgu itu juga J?? seperti yang -Na- nyatakan?
confius ! cuba perjelaskan sikit
Salam Puan,
ReplyDeleteCikgu tu kat mana sekarang? Agak2 dah berapa umur dia? Dalam era internet nie, tak mustahil dapat berjumpa kembali cikgu tersebut di alam maya utk maklumkan surat tu sebenar bukan utk dia. Boleh sama-sama gelak besar.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya berjumpa kembali dengan salah seorang guru perempuan. Lalu, saya berkata:
"Cikgu amat cantik pada pandangan mata saya suatu ketika dahulu..kini, cikgu masih lagi cantik seperti itu."
Cikgu tertawa besar sambil memeluk erat saya. Ada lelehan air mata dipipinya, setitis tumpah.. tertinggal di bahu saya.