Pagi-pagi lagi Makcik A, B dan C telah berkumpul di situ. Terasa malu kepada mereka kerana tetetapan janji dan masa. Jauh di dalam hati saya berjanji untuk datang tepat pada masa atau sampai lebih awal daripada mereka.
Kalau dahulu, mereka akan menumpang kereta 'Morris Marina' abah untuk ke kebun koko di kawasan berhampiran Kampung Sengkang. Kini, mereka pergi dengan berbasikal. Sedangkan saya menunggang motor kapcai. Bagaimana mungkin, mereka boleh mendahului saya!
Sikap! Hendak seribu daya, Tidak hendak seribu dalih! Itulah..abah pernah menyebut kata pepatah Arab,"Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotong ia tetap akan memotong kita!"
Saya malu dengan diri sendiri.
Sebaik sahaja mak dan saya sampai di kebun, mereka menunggu-nunggu arahan kami. Mak pula memandang saya. Wah! Saya rupanya yang perlu mengambil alih tugas sebagai memangku jawatan pengurus di kebun abah! Mereka mengiktiraf saya sebagai ketua untuk menerima arahan kerja.
"Baiklah! Makcik A petik koko di lorong sini, Makcik B di lorong sana, Makcik C di lorong situ, Mak di lorong timur, saya di lorong barat....Pukul 12 tengahari nanti kita berkumpul di pondok. Boleh?"
Mereka tidak membantah. Mungkin mereka menerima tugasan dan mematuhi arahan tugas daripada saya kerana menghormati arahan sebagai seorang ketua, bukannya kerana usia. Terkedu dan terharu. Saya tahu, jawatan yang di pangku bukannya untuk menunjukkan kuasa tetapi ia lebih besar maknanya. Ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah. Amanah abah!
Saya tahu, mereka pula bukannya datang dari keluarga yang senang. Untuk upah sekecil itupun mereka sanggup datang. Lagipun, mengambil upah memetik koko dan mengeluarkan isinya bukanlah suatu pilihan kerjaya yang menarik bagi sesetengah orang. Ia hanya cukup untuk keperluan orang-orang kampung seperti saya dan mereka. Namun, kami bersyukur di atas nikmat rezeki yang dikeluarkan oleh Allah.
Sambil saya memetik buah-buah koko, hati teringat-ingat kerja-kerja sekolah dan mata pelajaran yang memerlukan latihan. Lalu, saya melakukan kerja memetik dengan cepat-cepat. Mencuri masa sebelum sampai waktu untuk berkumpul di pondok seperti yang dijanjikan.
Sepanjang masa, perasaan takut dan berdebar-debar sentiasa menghantui. Terasa-rasa ada sesaorang mengekori dan memerhati dari celah-celah rimbunan pepohon di kebun itu. Apabila ia terjadi, saya cepat-cepat memanjat sebatang pokok yang paling tinggi. Mencari-cari kalau-kalau ternampak mak atau makcik-makcik yang sedang bekerja. Sesekali melaung ke udara. Lega sekali apabila ternampak kelibat mereka.
Di atas pokok itulah, saya mengulangkaji pelajaran. Membaca dan menghafal nota-nota kecil atau melakukan latihan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Kadang-kadang, terasa ada air mengalir perlahan di pipi. Ia keluar tanpa sedar...
Sepanjang masa, perasaan takut dan berdebar-debar sentiasa menghantui. Terasa-rasa ada sesaorang mengekori dan memerhati dari celah-celah rimbunan pepohon di kebun itu. Apabila ia terjadi, saya cepat-cepat memanjat sebatang pokok yang paling tinggi. Mencari-cari kalau-kalau ternampak mak atau makcik-makcik yang sedang bekerja. Sesekali melaung ke udara. Lega sekali apabila ternampak kelibat mereka.
Di atas pokok itulah, saya mengulangkaji pelajaran. Membaca dan menghafal nota-nota kecil atau melakukan latihan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Kadang-kadang, terasa ada air mengalir perlahan di pipi. Ia keluar tanpa sedar...
"Mahasuci Allah! Yang mengajar ilmu dari sudut yang pelbagai. Jadikanlah pokok ini sebagai saksi bahawa saya ingin pergi jauh dari tempat ini. Menuntut ilmu, memanjat gedung tinggi. Saya tidak mahu terus-terusan seperti ini, Ya Allah.
Jadikanlah esok lebih baik daripada hari ini. Hari ini lebih baik daripada semalam.
Namun, setelah mencapai cita-cita murni..kembalikan saya semula ke kampung yang daif ini. Di dalam keadaan saya masih bertenaga dan berupaya untuk menabur bakti kepada pribumi"
Wahai tuhan, perkenankanlah."
Salam puan,
ReplyDeleteSesungguhnya doamu telah dimakbulkan oleh Yang Maha Esa...Kini dirimu sedang berusaha menabur bakti pada pribumi mu itu...semoga usaha murnimu terus diberkati Allah & menjadi contoh pada semua..
Kak Roza...
ReplyDeleteSyahdunya... Semoga usaha setiap kita dipermudahkan oleh Allah dalam mnegajar sesuatu kepada anak bangsa yang semakin lalai dan leka...
wow! I like your writing!
ReplyDeleteYou are good at riding motor cycle, leading the Makcik-Makcik to work, find your time to study and taking over your father's place! you are a super hero!
Cheers!
Great post!
Assalamualaikum
ReplyDeletehmmmm....kagum.
puan ada ketokohan seorang pemimpin.
ReplyDeleteSalam, Kak Roza
ReplyDeleteNak minta tolong sikit blh? Harap tak menganggu. Sejak kebelakangan ini agak susah untuk masuk ke blog Prof. Selalunya saya gunakan entry dari blog kak Roza. Nampaknya sekarang tak boleh. Kemudian cuba his own add blog. Juga tak dapat. Prof ada dah tukar add ke?
Terima kasih.
Hajarul Aswad
Assalamualaikum Hajarul Aswad,
ReplyDeleteBiasanya mudah sahaja sekiranya click via My Blog list.
Cuba via google pula.
Muhd Kamil Ibrahim Kehidupan ringkas tapi signifikan.
Iya..biarpun Netster agak sinikal tetapi itulah kebenarannya.. Biarpun Kak Ngah cuma 2 tahun tua dari saya, hanya beberapa tahun kebelakangan ini saya terfikir tentangnya. Selama ini saya ingat Kak Ngah tu "besar" sangat, kerana dia seperti orang dewasa dengan segala sikapnya terhadap kami adik-adik. Sehingga kini, saya tidak melihat satu 'character' yang sekuat Kak Ngah ketika kecil dulu di antara anak-anak kami. Baca testimoni saya dalam halaman "comment" pada catatan terdahulu... Saya harap Nester bersangka baik, insyaallah.
ReplyDelete