Tahun itu, seluruh penduduk kampung Paya Jakas bercahaya! Setiap rumah telah dimasukkan pendawaian eletrik. Masing-masing bercerita tentang Lembaga Letrik Negara [LLN]
Orang yang paling gembira adalah tawkey kedai yang menjual barangan eletrik di pekan Jementah. Entah berapa buah televisyen, peti ais dan mesin basuh yang terjual agaknya!
Hampir keseluruhan penduduk kampung Paya Jakas berkelakuan seperti orang "kaya raya". Apa tidaknya, hari ini lori menghantar televisyen ke rumah A. Esok, masuk pula lori menghantar peti ais ke rumah B. Lusa, ada pula rumah membeli mesin basuh. Sabah hari, ada-ada sahaja barangan yang di hantar ke rumah jiran tetangga.
Kalau dahulu, hanya rumah-rumah tertentu sahaja yang mempunyai televisyen. Itupun menggunakan bateri atau generator. Televisyen hanya akan ditonton pada malam-malam yang mempunyai cerita istemewa contohnya seperti Tayangan Wayang Gambar pada malam Jumaat. Dewi Puspa pada malam sabtu. Pertandingan Bola sepak pada musim perlawanan.
Masa-masa seperti itu, ada diantaranya mengambil sedikit kesempatan dengan mengenakan bayaran masuk. Bukannya mahal - hanya 10 sen untuk satu tayangan. Kami adik-beradik berusaha memperuntukkan duit bayaran masuk untuk menonton Tayangan Wayang gambar.
Sambil menonton, tuan rumah membuat promosi :

"Kerepek ubi pedas, rempeyek, kacang botak...semuanya 10 sen sahaja"
Rumah mereka akan di tutup rapat apabila tayangan bermula. Sesiapa yang ingin menonton tayangan gambar separuh harga, mereka hanya dibenarkan masuk selepas separuh cerita ditayangkan!
Lalu, dengan kedatangan LLN ke rumah penduduk kampung maka berakhirlah era kenaan bayaran untuk menonton TV di rumah orang!
Pada masa cuti semester, abah pulang ke kampung halaman dengan membawa berbagai barangan eletrik keperluan di rumah. Wah! Bertambah lagi cabaran saya untuk menghadapi peperiksaan [SRP] kerana terlalu banyak cerita-cerita yang menarik di TV [RTM1 dan RTM2]
"Malam ini ada cerita Charlie's Angle. Esok, Six Million Dollars Man. Lusa,Bionic women.Wahhhh..best! Best! "
"Habis tu tuisyen macamana..?"
"Tu laaa..apa ikhtiar kita ni.."
Saya paling suka menonton cerita Little House On the Prairie, The Sullivants dan menonton filem dokumentari mengenai tempat-tempat menarik di luar negeri. Saya sering berdoa, berangan-angan dan berbisik-bisik di dalam hati semasa menonton TV.
"Ya Allah, Mudah-mudahan saya diberikan peluang untuk ke luar negeri. Diberikan izin untuk melihat kebesaran dan kehebatan ciptaan-Mu.
Wahai tuhan, jika saya tidak mampu untuk pergi dengan kudrat sendiri..temukanlah jodoh dengan suami yang boleh membawa saya ke sana.
Ya Allah, perkenankanlah.."
Assalamualaikum
ReplyDeleteLittle house on the Prairie & Sullivant to pun
program kegemaran akak. Cerita keluarga.
Tunggu juga kalau2 ditayangkan semula. Sebab cerita combat yang lama2 tu ada di tayangkan semula. Masa tu belum ada bekalan eletric, kena pakai 'Bateri' macam bateri kereta tu.
So kena lah jimat, bila ada cerita bagus je baru on TV. (Bagus juga...kalau tak langsung tak belajar nanti)
Teringat Laura dengan maxi kembangnya....he..he..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteCuba double click pada perkataan Little House On the Prairie yang berwarna biru tu..
Insya Allah, ia link ke sedutan cerita itu.
Salam,
ReplyDeleteSaya teringat masa kecil2 dulu dok umah nenek...rumah peneroka...masa tu diorg pun org susah...g tumpang tengok tv umah jiran depan...dok tengok ramai2...