Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, July 2, 2009

Kawan


Lama saya bertafakur, muasabah diri.


Merenung setiap kejadian, menilai hikmah pemberian tuhan. Tidak mungkin saya diuji sebegini, jika ketahanan tidak sekental ini. Allah maha mengetahui. Dia hanya memberi sedikit dugaan sekadar kemampuan hamba-Nya.
Jadi kenapa perlu saya mengeluh?
Kawan ketawa ramai sekali, kawan menangis hampir tiada! Saya mulai bersendirian, meninggalkan kawan-kawan. Saya bebas tanpa mereka. Hati mulai bertanya,"Mengapa saya perlukan mereka, sedangkan saya ada Dia?" Dia yang di sembah, tempat saya memohon pertolongan.


Saya bebas untuk bergaul dengan sesiapa sahaja tidak terikat dengan kumpulan mereka. Cukup! Cukup sekali!

Serik!

Saban hari kelihatan cikgu perdagangan itu memerhatikan dan mengambil berat terhadap saya. Mungkin dia simpati, merasa belas kasihan dan takut terjejas pelajaran. Sedangkan saya tiada perasaan apa-apa. Selamba.


Saya menjadi lebih matang. Tidak lagi mudah terpesona dengan kata-kata berbunga. Apa tah lagi jika sekadarkan baris perkataan ini :


Pecah kaca, pecah gelas

Sudah baca, harap balas.

Atau, jika ada yang berani meninggalkan nota "Berani mati" dengan mengakhiri ungkapan seperti ini ...


P/s I love you (jangan beritau orang lain tau)

Apa tidaknya, "Kata-kata romantis" yang disalin dari Majalah URTV, menyebabkan saya mulai terasa kata-kata di atas .. "Tiada langsung tahap loya."

7 comments:

  1. Aisehmen, cerita cikgu ni enterprem la pulak. Mama nak tahu, saper yang tulis surat nak berkenalan tu, surat wangi tu? Aduhai, telenovela Roza ni sampai episod berapa agaknya ye? Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Hihi..tadi pun saya baca macam keliru. Rupanya ada sambungan.

    ReplyDelete
  3. "'Mengapa saya perlukan mereka, sedangkan saya ada Dia?' Dia yang di sembah, tempat saya memohon pertolongan."

    Tepat sekali!! Inilah yang saya sering ulangi dan cuba ingatkan selalu... mencari kawan bukan mudah tapi 'kawan' sejati sebenarnya dengan kita sentiasa dan selama-lamaNya!

    ReplyDelete
  4. Salam Puan....

    Saya sama ngan MamaFami....tertanya2 sape laaa gaknye gerangan yg menulis surat cinta tu?

    Akan terus menanti & mengikuti telenovela nie....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum


    Roza benar-benar membuat pembaca gelisah.
    Siapakah gerangan si penulis surat wangi itu.

    jeng..jeng...jeng




    kak wati

    ReplyDelete
  6. Salam Roza,

    Seronok membaca kisah Roza, mengimbau pengalaman sendiri masa lalu. Zaman berubah, mod komunikasi juga berubah, kan. Dulu, kita menulis dan menerima surat; sekarang anak-anak kita menerima dan menghantar sms.

    ReplyDelete
  7. lamer lg nak abis eh cite ni.

    ReplyDelete