Tahun itu, rutin harian saya agak ketat sekali. Meneman mak memunggut durian di awal pagi sebelum ke sekolah. Bersekolah Agama di sebelah petang. Tuisyen di sebelah malam. Hujung minggu ke kebun koko bersama mak dan jiran tetangga yang mengambil upah untuk bekerja.
Saya telah pandai membonceng motor kapcai yang abah tinggalkan.
Pulang dari kebun durian, saya akan bergegas berkemas diri untuk ke sekolah. Selalunya di waktu pagi abang Mail [abang kepada Adib] akan menghantar kami hingga ke pengkarangan sekolah dengan kereta jenama Fiat. Pulang sekolah nanti, kami menaiki bas awam.
Kadang-kadang apabila sudah terlalu lewat, saya terpaksa ditinggalkan. Saya akan berlari-lari ke hujung jalan di pinggir kampung untuk menumpang bas dari Ladang Naggapa. Jika tidak, saya akan menanti di tepi jalan besar untuk menaiki bas awam atau bas Felda Sri Ledang yang datang dari arah Muar.

Sukar. Namun, kesukaran mengajar saya erti sabar. Sedikit sebanyak ia membina semangat kental.
Saya sentiasa berdoa agar abah kembali untuk saya menjalani kehidupan seperti dahulu. Suatu hari saya menerima sekeping surat bersampul perang bercop "Lembah Pantai". Tulisan tangannya amat saya kenal.
Kehadapan Anakanda yang dikasihi,
Tujuan ayahanda menulis lembaran ini adalah untuk bertanyakan khabar tentang keadaan keluarga. Mudah-mudahan mereka di dalam keadaan baik-baik sahaja. Untuk pengetahuan, ayahanda berada di dalam keadaan sihat walafiat.
Anakanda,
Di dalam keluarga, ayahanda menganggap anaknda lah harapan semua.....
...................
...................
Akhir kata, belajarlah dengan tekun. Berusaha tangga kejayaan. Ingat! Kita bukan datangnya dari keluarga yang senang. Hanya ilmu pelajaran yang dapat mengubah corak kehidupan sesaorang. Oleh itu, jangan dihampakan harapan ayahnda dan ibunda.
Ayahanda yang jauh,
....................................
Surat itulah yang telah mengubah prespektif saya terhadap abah.
salam kak roza.
ReplyDeletewalau surat itu cukup ringkas tapi
harapan yg di titipkan padat kan?
saya berjaya membaca surat abah kak roza tu.
terkesan juga dlm hati...
:)
setelah translate surat tersebut....yaa...maksud yang ingin disampaikan sangat mendalam...harapan yang disandarkan juga sangat tinggi...
ReplyDeleteTak dapat baca pun surat tu. Hehe
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKami akan terus menanti puan roza bacakan semula surat tersebut pada kami.....
Puan,
ReplyDeleteHarap puan tak kisah, saya translatekan surat tu utk pembaca lain di sini....
Kehadapan Anakanda yang dikasihi,
Tujuan ayahanda menulis lembaran ini adalah untuk bertanyakan khabar tentang keadaan keluarga. Mudah-mudahan mereka di dalam keadaan baik-baik sahaja. Untuk pengetahuan, ayahanda berada di dalam keadaan sihat walafiat.
Anakanda,
Di dalam keluarga, ayahanda menganggap anaknda lah harapan semua.....
.....
Akhir kata, belajarlah dengan tekun. Berusaha tangga kejayaan. Ingat! Kita bukan datangnya dari keluarga yang senang. Hanya ilmu pelajaran yang dapat mengubah corak kehidupan sesaorang. Oleh itu, jangan dihampakan harapan ayahnda dan ibunda.
Ayahanda yang jauh,
....................................
Ringkas, padat dan menusuk kalbu.
salam..
ReplyDeleteberlenangan air mata....
menyentuh hati...
ReplyDeleteesp part...ayahanda menggangap anakanda lah harapan semua..
ms. legolas
Sekiranya Abah atau Emak menulis 'surat' pada waktu waktu tertentu, itu menandakan isunya amat serius..dari hatinya yang dalam. Pada usia 20an saya mendapat satu 'surat' dari Emak dan pada usia 30an saya mendapat satu 'surat' dari Abah. Keduannya masih saya 'simpan'. Harapan saya di usia 40an ini, tak mahu dapat 'surat' dari Abah atau Emak. Lebih rela bertentang mata dan bercerita, hari-hari adalah untuk membahagiakan meraka..:)
ReplyDelete