Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, July 5, 2009

Pandu puteri


Tingkatan 2.

Sekali air bah, pantai berubah. Saya terbaca kata-kata ," Sesuatu bangsa itu tidak akan berubah, jika mereka sendiri tidak mengubahnya.

Perkara pertama yang dikenalpasti adalah penampilan diri. Saya tidak mahu menjadi "Feminine" seperti dahulu lagi. Lalu, rambut panjang yang dulunya sering diikat tinggi, kini di potong ala-ala 'Lady D'. Senang dan ringkas.

Jika ada rakan-rakan ingin bertanyakan sesuatu perkara atau ingin mendengar pendapat, saya akan menjawab sejujurnya. Tiada berlapik-lapik.

"Perkara sebenarnya adalah begini.. Ya, tulisan ini memang buruk!"

Suatu hari semasa Hari Sukan di sekolah, suatu peristiwa berlaku. Ketika saya di dalam tandas perempuan, terdapat sekumpulan pelajar perkumpulan pandu puteri sedang menenangkan seorang rakan mereka.

"Eeii..Tak hendak pakai lah! Ketat! Nampak.."

Pelajar perempuan tersebut kelihatan bertubuh sedikit gempal tetapi comel, merenggek-rengek untuk tidak memakai uniform itu. Mencari keyakinan diri. Namun, rakan-rakan lain yang telah sedia memakai uniform beria-ia mengatakan ia OK malah tidak mengapa.

"Tidak lah. Nampak Ok. Orang tidak perasan..pakai sahaja. Ok kan? kan..?"

Dia berkata sambil mengenyit-genyit mata. Rakan-rakan yang lain mengangguk mengiakanya. Lalu, pelajar comel tersebut mencapai uniform dan menyalinnya. Bila keluar, dia terjerit-jerit lagi. Merenggek-renggek. Manja.

"Eeeeeeeiiii...ketat! Nampak! Nampak laa.."

Saya lemas dengan kerenah rakan-rakannya yang jelas sekali berpura-pura. Pelajar comel kelihatan hampir-hampir menangis. Tetapi rakan-rakan tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka. Tiba-tiba, pelajar comel itu bertanya kepada saya,

"Awak rasa uniform ini nampak ketat atau tidak di tubuh saya?"

"Awak hendakkan jawapan yang jujur atau tipu?"

"Jujur."

"Ya. Baju itu ketat sekali terutama di bahagian dada. Nampak menonjol yang ketara. Jika tidak selesa, awak tidak perlu memakainya"

Rakan-rakannya terlopong mulut dan membulatkan mata ke arah saya. Nampak jelas mereka terkejut dengan jawapan yang diberikan. Saya memandang mereka. Sambil berjalan keluar dari tandas, dengan selamba saya berkata;

"Bila berkawan biar jujur. Bercakap perkara yang benar. Jangan menipu kawan sendiri!"

11 comments:

  1. Berkatalah benar walaupun pahit :)

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Roza..
    Kakliza amat bersetuju benar..

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,

    Cayalah puan...jujur dalam berkata-kata....

    ReplyDelete
  4. Betul betul betul.... kita kalau berkawan, kenalah jujur walaupun kadang kadang kebenaran itu menyakitkan hati.

    Eh, dah tukar citer baru ke? Citer surat wangi tu cemana?

    ReplyDelete
  5. Kadangkala, keberanian bercakap sejujurnya akan mengundang salah faham; kenalah kita bersabar. Harap Roza sambunglah cerita yang terhenti (surat...)suspens je...

    ReplyDelete
  6. Erm kadang2 kalau terlalu jujur takut memakan diri sendiri pula....pengalaman mengajar diri untuk berfikir sebelum berkata dan melakukan seseuatu yang sedari dari awal sudah tau keperitan yang akan ditanggung...

    ReplyDelete
  7. sememangnye jika ingin persahabatan yang tulus ikhas, kite perlu bertindak sejujurnya.

    sambungan cite surat tu ade lagi tak ?

    kak jose

    ReplyDelete
  8. rasa2nya cite surat tu dah habis, sebab memang tak dapat kesan penulisnya...betul tak?

    ReplyDelete
  9. lupa letak nama, Aya

    ReplyDelete
  10. Salam puan,

    lamanyee siaran tertunda nie...

    ReplyDelete
  11. jujurnya... si comel tu tak pengsan ker? orang lain cakap okeh kak roza jerk yang cakap tak okeh...

    ReplyDelete