Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, August 5, 2009

Canossian Convent 2


Pagi-pagi lagi saya terpaksa bangun. Jerang air untuk mandian dan sarapan. Sambil bersiap untuk ke sekolah saya menanak nasi. Sambal tumis ikan bilis sudah saya sediakan disebelah malam.

Kadang-kadang saya hanya mengoreng telur mata kerbau atau telur dadar. Paling tidak hanya ikan bilis campur gorengan bawang. Saya tidak begitu berkira sangat asalkan ada membawa bekalan ke sekolah. Selebihnya ditinggalkan untuk Tuti dan Ratna bagi mengalas perut sebelum mereka ke sekolah.

Balik dari sekolah sebelah tengahari nanti, pasti ada masakan yang mak bekalkan atau di masak oleh Tuti dan Ratna.

Pada mulanya saya tidaklah begitu cerewet untuk membeli makanan di kantin sekolah. Tetapi apabila saya dapati tawkey kantin bukannya seorang muslim, tekak saya tiba-tiba sahaja tidak mahu menerima makanan yang disediakan oleh mereka. Saya fikir hanya saya seorang sahaja yang berperasaan begitu, rupa-rupanya ada beberapa rakan sekelas yang mengalami perasaan serupa.

Seperti saya, rupa-rupanya mereka juga makan bekalan secara sembunyi-sembunyi. Malu! Takut dikatakan sebagai seorang yang daif dan tidak mampu! Atau budak kampung yang kolot. Semuanya hanya diketahui apabila kami terserempak sesama sendiri semasa sedang mencari tempat untuk makan bekalan di celah-celah rimbunan pokok bunga-bungaan.
"Ya Allah! Awak pun bawa bekal! He..he cuba menyorok ye?"

"Lauk apa hari ini?"

"Sambal goreng tempe. Awak?"
"Telur dadar.."
Lalu, kami duduk bersama menghabiskan bekalan yang di bawa dengan perasaan yang hina dina. Tiada kata-kata. Kadang-kadang kami berbincang bagaimana hendak menarik perhatian sekolah itu kerana kami benar-benar terasa seperti pelajar kelas ke dua. Kumpulan kami sering diasingkan dengan penggunaan perkataan "We all" dan "You all" atau "sekolah ini" dan "sekolah kamu."

Seboleh mungkin, seluruh kelas kami cuba menunjukkan bahawa kami adalah sebahagian daripada pelajar Canossian Convent. Kadang-kadang kami tertanya kenapa tidak digunakan perkataan yang sama. Kampung sangatkah kami pada hemat mereka? Hampir setengah tahun kehadiran kami seolah-olah masih belum di terima.

Mungkin mereka tidak berniat begitu tetapi perasaan kami terasa seperti itu.

Namun, kami amat berterima kasih kepada guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar di kelas kami. Kepada merekalah tempat kami mencurahkan perasaan dan masalah. Mereka melayan kami seperti kawan.

Di dalam keterasingan, rupanya masih ada yang sayang.

5 comments:

  1. salam puan,

    rindunye zaman2 sekolah dulu...saya dulu pon selalu bawa belak ke sekolah...masa di sekolah rendah, kadang2 rasa teringin membeli nasi lemak berbungkus daun pisang seperti kawan2 yg lain...bila ibu tau...ibu cakap, alah bukan susah sgt...haa g ambik daun pisang kat belakang umah tu...meh ibu bungkuskan...huhuuh...bila di sekolah, makan ramai2...ramai laa yg menempek pastu...sebabnye nasi bungkus saya lagi best & menarik lauk2nya....sehingga ke hari ini saya masih membawa bekal ke office...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum

    Bawa bekal ke sekolah memang best. Biasanya kalau bawa bekal segan nak makan kat kantin sebab tak beli makanan di kantin. Jadi terperasan tak layak nak duduk di bangku kantin..he...he....

    Form 1 - 3, sekolah kat tepi ladang getah,
    jadi kami makan ramai-ramai kat bawah pokok
    getah, sejuk dan nyaman suasananya.

    Indahnya kenangan itu.

    Kak wati

    ReplyDelete
  3. fuyooo
    nampak sedap nasik lemak tu kak
    masa duduk seberang jalan pun tak terkejar nak pi majlis makan akak sampai ke terlangkau negeri ni lagi impossible la ...
    all the best

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Selamat datang norhisham from US!

    ReplyDelete
  5. salam puan roza,

    lebih kurang 10 hari saya mengkhatam catatan puan hingga ke catatan hari ini.

    semua kisah puan menyentuh sanubari, mengimbau kenangan lalu yang tak akan kembali.

    sekarang saya sudah lega kerana hanya menunggu catatan terbaru sahaja :)

    ReplyDelete