Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, May 5, 2009

Anekdot

Saya pernah di tanya,"Puan, apakah aktiviti puan pada hari ini?"

Jawapannya.

"Saya tidak pasti. Malah untuk jangkamasa sejam daripada sekarang pun saya tidak tahu apakah yang bakal berlaku.

Apatah lagi esok hari. Apakah masih ada kesempatan untuk saya mengucapkan ucapan sayang dan berlari pulang ke pangkuan mereka apabila ditakdirkan Allah untuk mengambil nyawa.

Mungkin sebentar lagi adalah saat terakhir saya menghela nafas,menghirup udara dan melihat semua yang saya sayangi tersenyum tertawa.

Lalu, bisikan hati lebih kuat malah lebih baik andai diceritakan apa yang saya miliki pada hari semalam. Yang pasti telah berlaku.

Yang terindah.

Agar saya dapat merakamkannya. Agar mereka mengetahuinya bahawa di dalam kejadian itulah mereka merupakan sebahagian daripada warna-warni kehidupan saya.

Itulah aturan Allah yang telah tetapkan. Keizinan ilham yang di minta dari-Nya, agar saya jangan hanya melihat sesuatu kejadian dengan mata.

Lihatlah dengan hati. Lihatlah dengan perasaan. Lontarkan sesuatu cerita mengikut katahati agar ada yang tersentuh lantas tertusuk di hati sanubari..

Kenangan cerita diri.. Ia benar-benar telah termaklub di dalam buku setiap insan, tertulis sejak azali.

Perasaan yang terbuku ketika itu adalah perasaan semasa kejadian. Ia pasti berubah kerana masa berubah.

Blog ini meminta saya menoleh ke belakang, mensyukuri dan menikmati hari ini sambil meniti hari esok..

6 comments:

  1. Salam Roza,
    Catatan entri Roza kali ini benar-benar memberikan kesan kepada saya. Membacanya membuatkan air mata luruh juga; betapa kita, manusia biasa tak mampu meramalkan apa yang berlaku esok lusa, malah sejam dari sekarang. Kalau kita menoleh ke belakang, kejadian-kejadian yang berlaku memang telah pasti; seperti yang Roza sebutkan. Apa-apa pun, saya doakan Roza dipanjangkan umur dan dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik kerana saya masih perlukan tulisan-tulisan Roza dalam blog ini sebagai penyuntik semangat dalam kehidupan saya ketika ini. Hidup tidak selalunya indah; namun begitu, saling berkongsi kenangan masa lalu dapat menyegarkan memori terindah dalam kehidupan sendiri. Terima kasih, Roza.

    ReplyDelete
  2. kadang kala org akan berkata x perlu menoleh keblkg...tp sebenarnya apabila kita menoleh keblkg lah kita akan mendpt yg terbaik utk masa akan dtg kerana dr yg masa lalulah kita akan memperolehi masa akan dtg dgn seadanye...

    ReplyDelete
  3. Kak Ngah,
    terlalu banyak pelajaran dari kisah semalam. Teruskanlah menulis. Ramai kawan-kawan Ayu suka menjenguk ke sini juga.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alikum,

    "Perasaan yang terbuku ketika itu adalah perasaan semasa kejadian. Ia pasti berubah kerana masa berubah."

    Itulah yang sentiasa saya pegang semasa membaca tulisan Puan agar tidak terpengaruh dengan bisikan-bisikan Syaitan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Aiyrie,

    Zaman remaja adalah zaman yang paling kuat sekali bisikan syaitan. Kekuatannya hampir membuatkan kita "Ikut rasa-Binasa, Ikut hati- Mati!"

    Namun, hidup perlu diteruskan.

    Saya cuba merakamkan perasaan hati, pemberontakan rasa dalaman yang saya alami ketika remaja.

    Kini, bila di renung kembali terlalu banyak pekara yang tidak munasabah, tidak sepatutnya berkecil hati. Tetapi, ia terjadi.

    Remaja berkelakuan demikian mengikut keadaan.
    Namun, saya kepada percaya kuasa Allah. Sekali air bah, pantai berubah..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Roza

    Allah memberikan setiap insan 5 pancaindera. Roza amat bertuah kerana dianugerahkan pancaindera ke-6. Semoga Roza terus berkarya dan mengetuk tiap pintu hati yang mengunjungi blog ini.

    Semoga insan seperti saya menghargai kehidupan yang masih bersisa agar tekun beribadat semoga beroleh Firdaus. Amen.

    http://daffodil-aboutlife.blogspot.com

    ReplyDelete