Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Monday, August 24, 2009

Makna sehelai tudung


Dahulu, tudung berwarna putih bersih itu saya sarungkan ke kepala hanya ketika menghadiri sekolah agama. Bila pulang, tudung itu saya lipat sekemas mungkin dan simpan di dalam beg. Esoknya, saya ulangi perkara yang sama.

Di sekolah pagi, tudung putih bersih itu saya sarungkan ke kepala hanya ketika mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Bila tamat masa yang diperuntukan, tudung itu saya lipat. Ianya suatu proses yang berulang-ulang.

Biar bagaimana tajam sekalipun sindiran ustazah, sekelumit pun hati tidak tercuit.

Semasa di institusi pengajian tinggi, saya menghampiri rakan-rakan yang bertudung. Ada sesuatu yang di cari tetapi masih ada sesuatu yang menghantui diri. Tudung..datang dan pergi.

Sesekala belajar lebih kerap untuk memakainya..berbagai fesyen mengikut arus semasa, nipis dan berbagai warna. Yang pasti..ia mesti kelihatan anggun dan bergaya.

Namun, di rumah sekalipun berkumpul dengan ipar duai ia terabai begitu sahaja. Bertahun-tahun ia begitu..tanpa rasa bersalah tanpa rasa berdosa, tanpa perasaan malu.

Ya Allah, kerasnya hati dan jahilnya diri ini.

Sehinggalah apabila Allah membuka pintu hati. Ia seolah-olah Allah melontarkan pertanyaan kepada diri,"Apakah maknanya sehelai tudung ini?"

13 comments:

  1. arwah baba saya seorang yg alim...punya madrasah sendiri, lalu saya dipaksa seawal usia 12 tahun...tapi tudung hanya betul2 lekat di kepala saya masa 15 tahun...itu pun arwah baba memanggil saya dan berkata penuh hikmah...Allah dah beri segala2nya utk saya..apa yg saya nak... kepandaian,kecantikan,kesempurnaan..kenapa tak bagi Allah ape yg Dia nak??..terpaku saya seketika dan alhamdulillah.perintah Allah ini saya akur...alfatihah utk arwah


    -jiha-

    ReplyDelete
  2. saya memakai tudung semasa di tingkatan 3..itu pun semasa di sekolah sahaja. Waktu lain tudung entah ke mana. Parent tak pernah memaksa untuk pakai tudung. Bila di IPT saya bertemu kawan-kawan yang bertudung litup..hati terbuka untuk menyertainya tapi tanpa kesedaran yang jelas...makin usia meningkat baru terasa nilai sehelai tudung untuk seorang yang bergelar muslimah.

    ReplyDelete
  3. oohh... tudung betul2 lekat selepas kena tarbiah masa belajar tingkatan 4 di MRSM. bila masuk U betul2 lekat sehinggakan berada dirumah bila ipar duai datang bertandang. alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk memahami apa maknanya sehelai tudung untuk muslimah.

    ReplyDelete
  4. Salam Semua,

    Masa di IPT dulu seorang mualaf canadian pernah begitu marah pada saya bila mengetahui saya orang islam. Dia mempersoalkan kenapa susah sangat untuk bertudung. Tidak takutkah saya pada ALLAH?

    Bagi sesetengah orang bertudung semudah meminum seteguk air tapi bagi sesetengah orang seperti saya, memakai tudung itu satu proses yang sangat sukar. Terlalu banyak yang difikirkan dan ditakutkan. Alhamdulillah, berjaya jugak saya atasinya hingga sekarang.

    YA ALLAH YA RABB
    Jadikanlah kami ini suka pada apa yang KAU suka dan benci pada apa yang KAU benci

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Akak mula pakai tudung lepas habis orientasi
    Di kampus Dungun dulu. Itupun sebab muka dah berbelang sebab pakai scarf batik ITM.
    Jadi lepas tu teruslah pakai..step by steplah.

    Masa belum masuk ITM ada juga keinginan nak pakai tudung tapi susah nak mulakan....malu.
    Syukur ITM dapat membuka jalan untuk akak bertudung. Alhamdulilah beruntung bebudak sekarang. Persekitaran sekarang memang ramai yang bertudung. Tak macam dulu.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum wbt.
    Sedihnya melihat suasana sekarang ini kerana tudung itu sudah hilang maknanya lantaran si pemakai hanya 'bertudung' tetapi tidak menutup aurat.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    saya faham perasaan Anonymous...mula2 tu mmg rasa pelik & malukan...tp seperti kata yang puan...kenapa laa kerasnya hati ini untuk bertudung di hadapan keluarga yg lain & bila keluar dari rumah walhal hanya untuk mengangkat kain....semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah pada diri ini...

    ReplyDelete
  8. Auntie, saya minta izin, link pd blog auntie boleh tak? Sebab saya tertarik dengan cerita dan cara penulisan auntie. Moga Allah memberkati dan merahmati auntie.. Terima kasih, Auntie Roza...

    ReplyDelete
  9. Saya juga sedih dengan trend tudung sekarang.Kalau dulu tudungnya sering menampakkan tengkok, sekarang tengkok dah tertutup,tapi dada terbuka. tudung semakin pendek,rata-rata menampakkan bentuk sepasang dada.ramai yang masih belum mengerti pengertian aurat.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Kerana tudung saya pernah disindir, kerana tudung saya sering disingkir dan terpinggir...itu cerita 30 tahun lalu, kisah remaja 13 tahun yang ambil keputusan utk menutup aurat setelah memahami kewajipannya utk berbuat demikian. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan saya bertahan dgn ujian biarpun sering berteman air mata. Bila direnung balik, saya amat bersyukur kerana dugaan hidup 30 tahun lalu itulah yang menjadikan saya faham maksud " adakah kamu sangka kamu beriman sedangkan kamu belum diuji"...

    Wassalam
    WanZ

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Tudung dan bertudung perlukan kefahaman oleh si pemakainya. :)

    ReplyDelete
  12. Waktu di sekolah dulu, kami diwajibkan memakai tudung sepanjang Ramadhan. Ramailah yang memberontak. Mengalahkan sekolah agama saja, kata kami. Lama-kelamaan, seorang demi seorang menantikan bulan Ramadhan untuk dijadikan titik permulaan terus bertudung.

    Alfatihah untuk ustazah, ustaz dan guru2 lain yang beriya2 menjayakan inisiatif sebegini. Saya pasti ramai yang berterima kasih.

    ReplyDelete
  13. memakai tudung sememangnya satu kewajiban...usah dipertikaikan...ayuh mnutup AURAT !

    ReplyDelete