Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, August 27, 2009

Setitis Air Mata

Ketika kecil, berkali-kali di marah mak atau sesekali di libas oleh abah dengan sebatang rotan padu pada betis yang sama..Apabila ia berakhir, saya akan berbisik di dalam hati :


"Sudah? Itu sahaja..?"

Lalu, saya akan berlari ke tempat lain. Kadang-kadang tertahan-tahan geli hati menahan tawa sendirian.


Esoknya, apabila bosan saya dan sepupu-sepupu [rakan sepermainan] akan mencari ikhtiar mencari perkara menghibur lara. Pernah, balingan batu kerikil dijadikan taruhan untuk dilontarkan ke atas bumbung zink rumah Atok Abah ketika orang sedang berdengkur merehatkan diri selepas zohor. Baru tiga kali balingan, sudah ada yang menjenguk ke tingkap. Menjengilkan mata dan memberikan amaran. Lalu, kami bertempiar lari sambil tertanya-tanya di dalam hati :



"Alah, dengan budak-budak pun hendak marah..?"

Zaman kanak-kanak adalah musim yang penuh dengan sebatan. Ketika remaja dihujani dengan sindiran. Apabila menjelang dewasa di asak dengan kritikan..Namun, tiada setitik pun air mata yang tumpah.


"Ya Allah, kerasnya hati. Kematu bagaikan batu!"




Suatu hari, apabila Allah membuka pintu hati dan dengan kasih sayang-Nya memberikan sedikit hidayah, tidak semena-mena air mata tumpah di atas sejadah. Kadang-kadang ia mengalir dengan tidak semena-mena walaupun ketika sedang memandu kereta. Ia akan lebih kerap terjadi apabila bersendiri.

Hati akan jadi lebih tersentuh apabila mula memahami bait-bait makna perkataan di dalam sembahyang. Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.


Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.


Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,


dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.


Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan
sekelian alam.


Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan
bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Setitis air mata yang tumpah, tidak lagi kerana sesiapa. Tetapi ketakutan mengingati kejahilan serta kealpaan semalam dan menunggu esok yang entah bila tibanya.


"Wahai zat yang daku di dalam kekuasaan-Nya, adakah daku diterima disisi-Mu?"



6 comments:

  1. Salam Pn Rosa,

    Tersenyum campur sayu membaca catatan hari ni yang sangat2 dinantikan. Puan lebih kurang sama macam kakak saya. Setiap kali kena rotan mulut dia kan kumat-kamit walaupun suara tak keluar. Kadang-kadang sampai dicili oleh mak.
    Tapi disebalik kekerasan tu, hati dialah yang paling lembut. Selalu membela siapa saja yang dibuli. Senang nak minta tolong jika pandai mengambil hatinya, cara lembut.

    ReplyDelete
  2. salam puan,

    hanis pula terlalu mudah mengalirkan air mata...hati nie terlalu mudah tersentuh...wal hal hanyalah sebuah pembacaan yg terlalu simple pada org lain....puas sudah berkata jgn menangis...tp keluar juga air mata ini....

    ReplyDelete
  3. Betul kata kak Roza tu. Airmata ketika bersamaNya tidak boleh dibuat-buat. Ia usikan kalbu dan bisikan iman. Malam tadi, ketika membaca terjemahan doa solat tarawih sewaktu berjemaah bersama anak-anak, hati memang cukup tersentuh dan merasa sungguh kerdil (padahal sudah malam ke-6 dan airmata tidak turun sebelumnya). Airmata yang mencurah adalah kurniaanNya.

    Semoga kita sentiasa diberi Nur dan hidayah...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Akak seperti Hanis, memang mudah menangis.
    Kuat merajuk dalam diam-diam, sering jauh hati.
    Tapi cuba di sembunyikan.

    Masa kecil kalau bergaduh atau bertengkar dengan kawan2 airmata lebih banyak dari kata2.
    Dah tua2 ni lagi kuat menangis, dengar doa kat TV ke radio pun boleh menangis. Cengeng sangat ke.

    Kak wati

    ReplyDelete
  5. Maaf kak Roza, nak bertanya. Prof apa khabar?

    ReplyDelete
  6. salam,

    Subhanallah ! mahasuci Allah!
    smoga berkekalan hidayah yang diberi Allah kepada kita.

    misi

    ReplyDelete