Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, October 22, 2009

Di sini segalanya bermula..

Perjalanan yang panjang.

Petang Jumaat itu seharusnya adalah merupakan hari yang mengembirakan. Namun, saya tinggalkan pekan Jementah dan bandar Segamat dengan hati yang pilu sayu. Entah apa yang menyentuh hati, saya tidak pasti.

Saya hayati setiap objek yang ditinggalkan dengan sepenuh hati dan perasaan. Saya renungi setiap bangunan, rumah-rumah papan, pokok-pokok, ceruk jalan dan selekoh. Rasanya hari itu bagaikan hari-hari terakhir saya di dunia.

Saya tahu bahawa hari itu adalah detik permulaan suatu kehidupan yang baru. Entah apa yang ada di hadapan hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi apa yang pasti saya akan tinggalkan zaman anak-anak yang nakal lagi ceria serta zaman remaja kampung yang tidak pernah berenggang dengan keluarga.

Inilah dilema saya. Apakah personaliti yang harus saya bawa? Ia suatu titik permulaan yang seharusnya dimulakan dengan baik dan begitulah seharusnya ia disudahkan. Saya ingin tampil seperti apa yang ingin ditampilkan. Saya mahu orang membuat persepsi seperti persepsi yang saya inginkan. Saya mahu menjadi saya!

Kami sampai di Terengganu agak lewat malam lalu bermalam di rumah kakak jiran sebelah rumah di daerah Jabur. Kuasa Allah, anak jiran sebelah rumah [Nita] juga mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di kampus Dungun.

Sepanjang perjalanan saya mengintai-intai keluar tingkap. Di mana pantai? Kata orang, Terengganu terkenal dengan kecantikan pantainya. Dari Segamat melalui Muadzam terus ke kuantan. Lantas melalui jalan pintas laluan Jabur. Memang tiada kelibat pantai!

Keesokan harinya adalah hari pendaftaran pelajar baru sesi Julai 1985-1988. Dari Jabur menuju ke kampus ITM Dungun, kami melalui laluan pantai. Serta merta hilang segala perasaan sayu dan pilu. Tiba-tiba semangat baru datang menerpa bersama tiupan bayu pantai Dungun yang damai. Dari kejauhan ITM Dungun kelihatan..tersergam indah!

Di sini segala-galanya bermula....

photo ihsan: rgist

12 comments:

  1. Mak wa ikut sekali perjalanan ke Dungun kak roza?

    ReplyDelete
  2. Perjalanan hidup baru bermula...kakju baru komen tulisan prof tadi.ok.

    ReplyDelete
  3. epelhijau...betul laa...saya pon tertanya2 Makwa ikut ke tidak.

    ReplyDelete
  4. teruskan menulis,semakin berminat nak tahu :-)

    ReplyDelete
  5. Epel hijau dan Hanis..

    Saya pun... agak2 mak wa ikut tak ye?...

    ReplyDelete
  6. I student UiTM Dungun 1991-1993.TQ for the picture...rindunya dengan kenangan lama.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    kakliza memang keluar masuk UiTM Dungun tahun 1986-1989..
    tapi sebagai kakak angkat kepada student umah kayu yang dekat pagar tepi laut tu.. [dah lupa no rumah...]

    ReplyDelete
  8. salam,

    mimi...entahlaaa...sukar untuk dikatakan..mak wa ikut ke dak...satu kereta tu mungkin muat tuk 4 atau 5..ayah & ibu puan roza...& mungkin mak wa ikut...tp terdaya ke tuk mak wa perjalanan jauh???

    puan dah main teka teki kami nie...tak sabar menanti sambungan cerita puan nie...

    ReplyDelete
  9. Disini segalanya bermula...emmDr.Kamil...sara,azrai,amirul dan sofea bungsu daun keladi? Maaf ye saja usik Puan Roza.salam
    dari

    ReplyDelete
  10. Saya belajar UiTM Dungun 1985-1988 (DIA)

    ReplyDelete
  11. Saya belajar di ITM Dungun 1985 - 1988 (DSS) Kampus Sura Gate - rumah kayu di tgh tgh pekan Dungun...

    ReplyDelete
  12. Sy pelajar uitm dungun 1992 1995 asrama kayu L4 kursus dcs

    ReplyDelete