Hidup kami sehari-hari adalah berlari, berlari dan terus berlari!
Dari pagi hingga ke petang. Dari petang hingga ke malam. Lewat tengah malam pun kami masih lagi di tegur, di kerah dan di arah sebelum dibenarkan berehat melelapkan mata barang sebentar. Esok, pagi-pagi lagi kami akan di kerah melakukan Qiamulai di Pusat Islam. Rasanya ia suatu perjalanan hidup yang panjang dan tidak berkesudahan!
"Kami akan mengagihkan kamu semua di dalam beberapa kumpulan. Setiap kumpulan di minta memilih ketua, nama kumpulan dan temanya"
Namun, hairannya saya merasa sangat teruja! Seronok dengan pengalaman baru. Dunia baru!
Entah bagaimana di dalam kumpulan kami yang kecil itu, mereka memilih saya sebagai ketua
"Assalamualaikum. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan dan memilih saya sebagai ketua. Sememangnya kita tidak pernah kenal antara satu sama lain. Namun, mulai saat ini kita ibarat sebuah keluarga. Saya percaya setiap seorang daripada kita dijadikan oleh Allah sangat istemewa. Unik dan berbeza. Jadi, mari kita jadikan keunikan dan perbezaan kita itu sebagai suatu rahmat dan kelebihan untuk kita kongsikan bersama"
Namun, telah menjadi lumrah manusia ada yang berperangai keras kepala. Untuk mereka saya melakukan pendekatan yan berbeza. Saya hampiri mereka dan bertanyakan apakah kelebihan yang mereka ada."Okkkkk!"
"Sebagai permulaan..ada sesiapa di antara kita yang mahu mencadangkan nama kumpulan? Kemudian kita bina konsep kumpulan dan lagu temanya. Boleh?""Bolehhhhh..."
"Ok. Kita agihkan kepada kumpulan kecil. Mulakan dengan bilangan 1 hingga 5. Kumpulan 1 kena fikirkan nama kumpulan. Kumpulan 2 fikirkan konsepnya. Kumpulan 3 perlu sediakan lirik lagu tema serta tempo..."
"I tidak mahu masuk kumpulan 1. I nak cipta lagu. Let me create the tempo. I can play music you know..."
"Ok, do the best whatever you want to do..I know you can do it!
"Emmm..wow! modern. I likeeeee"
Jeng...jeng...jeng...mungkinkah di sini bermulanya pertemuan dengan Ikan Besar? Tunggu....
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletecerita puan nie mengingatkan saya pada MWS saya di UITM segamat...mmg berlari2 sana sini...yg paling ngeri...dok terkejar2 & naik tangga...dulu saya di tempatkan di kolej Nilam...saya paling tak suka tangga dr kolej mutiara ke kolej nilam & tangga dr bilik2 pensyarah ke LT....Ya Allahhhh..... tegakkk...dahtu suruh lari2 & cepat2...kalau dak kene denda berdiri satu kaki & angkat tangan ke atas....letih rasanya cam nak pengsan pada MWS nie....yg peliknya tak ye kurus2 time tuuu...hahahha
Assalamualaikum
ReplyDeleteAkak tak ingat langsung dah nama kumpulan akak.
Tapi ketuanya Ray (Norehan).
tapi yang akak ingat ada kumpulan pelajar lelaki nama kumpulannya 'Teruna Manja'.
ketua kumpulan nya akak pernah jumpa di Pasir Gudang. Terpandang je dia tiba2 teringat teruna manja....boleh senyum sendiri ingat nama tu.
Kak wati
emm ciri2 kepimpinan mmg dah ada dr awal lagi.
ReplyDeleteAssalamualaikum Hanis,
ReplyDeleteMinggu silaturahim tu bukannya minggu menguruskan badan..sebab tu tak kurus.