Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Saturday, October 17, 2009

Kenangan 4 : Di pinggir kuburan

Hanya tinggal sehari lagi saya akan berangkat ke kampus UiTM Dungun (ketika itu ITM). Mak meminta saya menyemak barang keperluan. Berkali-kali check list di belek dan barangan di kumpulkan dari satu sudut ke satu sudut.

Sementara menunggu hari berangkat pergi, ramai rakan-rakan yang menelefon mengiringi permergian sambil mendoakan kejayaan. Ada di antara rakan-rakan yang sebak, sedih dan sayu apabila mengenangkan entah bilakah lagi kami akan bertemu.
"Janganlah bersedih. InsyaAllah, jika panjang umur kita akan bertemu kembali dengan izin Allah.."
Saya bercakap dengan penuh keyakinan dengan kuasa Allah. Tetapi jauh di sudut hati sebenarnya saya akui, entahkan selepas ini kami dapat bertemu lagi. Jika berjumpa sekalipun barangkali kami tidak lagi seperti dahulu. Masa, keadaan dan tempat pasti merubah segalanya.

"Tentu kami tidak akan berjumpa dengan kawan yang gila-gila sekepala!

"He..he..he gila macam mana?"

"Gila! Hantu kubur pun takut kepadanya!"

Lalu, kami ketawa sehingga keluar air mata.

Rakan-rakan [ Cik Ani, Jai, Roy dan Adib] mendapat berita bahawa saya dan Dilla berjaya bermalam di biara selepas majlis malam perpisahan. Mereka kesal yang amat sangat kerana tidak turut serta. Lalu, saya mencabar mereka agar menerima tawaran yang lebih lumayan. Iaitu bermalam di pinggir kuburan! Mereka teruja.
"Yessss! kami ikut! Kami ikut...!!"
Memang rakan-rakan saya jenis kepala gila-gila dan kaki adventure. Di depan orang, kami tahu untuk menjaga tingkah laku. Tetapi di belakang khalayak ramai, rasa-rasa lasaknya kami lebih daripada budak lelaki! Kami memanjat, kami berlari dan bergelak ketawa sesama sendiri.

Masih teringat lagi ketika itu musim durian. Saya perkenalkan mak dan abah kepada kawan-kawan. Saya tahu mak dan abah tidak suka saya bertandang ke rumah orang. Lebih mudah jika rakan-rakan saya datang ke rumah. Kami mendapat keizinan dari abah untuk membawa rakan-rakan berkhemah dan bermalam di pondok durian.

Petang itu, kami ke kebun durian dengan membonceng basikal dari Jementah melalui Kampung Permatang panjang menuju ke Baruh di Kampung Paya Jakas. Kami terus ke pondok durian melalui kebun Mak Uteh dan Mak Ngah.

Bermalam di pondok semasa musim durian bukanlah suatu perkara yang menghairankan. Ia adalah perkara biasa dilakukan oleh mak-mak dan bapa saudara saya. Malah kami akan menunggu di pondok durian berminggu-minggu lamanya. Seronok seperti main pondok-pondok.

Apabila Mak Uteh mendapat tahu kami akan bermalam di situ, dia menghantar makan malam dan lampu gasoline. Kami fikir ingin menghidupkan unggun api sahaja.

Kebun durian abah paling hampir dengan kuburan. Namun, apabila malam menjelang kami langsung tidak perasaan. Malam itu berbagai aktiviti yang kami lakukan. Di antaranya adalah siapa paling banyak memunggut durian dan siapa paling cepat mengupas durian.

Dilla, Jai dan Cik Ani sejak petang lagi berlumba-lumba mengutip durian luruh lalu terkial-kial berusaha mengopek, mengeluarkan isi durian segar dari pangsanya. Sedaya upaya! Suasana ceria dan diselangi dengan gelak ketawa.

Keesokan harinya kami dikhabarkan dengan berita bahawa orang-orang kampung dan pemilik kebun durian yang berdekatan merasa seram serta ketakutan kerana mereka terdengar hilai ketawa yang datangnya dari kuburan lama!

12 comments:

  1. adoiii..kak roza.. kelakar..kelakar sungguh saya membacanya!

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum,

    Haha! Banyak betul kisah hidup Puan. Amat menarik. Apa kata jika dibukukan. Mesti Pun Sifu PTS amat mengalu-alukan.

    Hebatlah Puan, pergi ke Mekah disangkakan Malaikat (TH:MSI), pergi ke dusun durian yang berhampiran kubur pula, disangkakan hantu. Persepsi manusia. Yang pasti, baik hantu mahupun malaikat, kesemuanya adalah makhluk Allah.

    Aiyrie Rizalman

    ReplyDelete
  3. salam puan,

    tergelak besar saya petang nie....hahaha...mmg lucu....

    ReplyDelete
  4. Wah... tak sangka bila baca kisah dolu2 kak Roza ni, kelakar dan amat mengujakan!!!

    ReplyDelete
  5. salam kak.. suka baca cerita akak nie.. banyak kisah menarik, apa kata akak bukukan, baru seronok baca, boleh jadikan koleksi.

    Harap penerbit buku boleh take note (^,^)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Hidup itu indah. Ada waktu suka dan ada kalanya berduka - ia berselang seli.

    Itulah kebesaran Allah SWT. Muga kita menjadi hambanya yang bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkannya.

    P/s
    InsyaAllah. Kak Roza sedang menulis kisah-kisah seperti ini untuk dibukukan...

    ReplyDelete
  7. thx..roza...i will try to go to sh alam..since we r in kedah now...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    teti.....?
    Teti Rozi kah itu.



    Kak wati

    ReplyDelete
  9. yes..teti rozi...ni mesti someone i know..cepat reveal yourself

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Emmm..dah macam program jejak kasih pulak ya.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum

    Roza, minta maaf. Nak tumpang berjejak kasih.

    Teti,
    kak wa....email wati5862@yahoo.com

    TQ Roza




    Kak Wati

    ReplyDelete
  12. thx roza..temukan i n kak wa

    ReplyDelete