Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, October 14, 2009

Kenangan 3 : Bermalam di Biara 3

Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan bermalam di biara [convent] dan melihat apa yang terdapat di dalamnya.
Sebenarnya sepanjang saya bersekolah di situ, memang hati saya sentiasa berkata-kata dan berbisik-bisik kepada Allah,"Apakah yang dilakukan oleh penghuni di dalamnya?"

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud :

"Sesungguhnya kami mencipta manusia dan kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan sesungguhnya kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya sendiri." Qaf, ayat 16
Ia suatu perasaan yang membuak-buak. Pernah suatu masa ketika waktu rehat, saya merayau-rayau di segenap penjuru kawasan. Saya ingin sekali melihat apa yang dikatakan bekas "Holy water". Saya ingin sekali melihat bagaimana dikatakan sister-sister beribadat, meratap membaca kitab yang bunyinya mendayu-dayu seumpama mentera.

Sebenarnya semenjak dari sekolah rendah [Sekolah Rendah Inggeris Labis] lagi saya telah menerima dakyah dan propaganda dari rakan penganut kristian. Rakan saya [Sue Tzen] seringkali membawa buku-buku cerita yang dipinjamnya dari gereja. Saya membacanya tetapi seringkali hati saya bercelaru dan keliru dengan penerangan yang saya terima dari ustaz/ustazah di sekolah agama.

Pernah suatu masa saya bercerita kepada Tuti tentang apa yang saya tahu tentang fahaman itu. Tuti secara tidak sengaja bercerita kepada mak dan abah. Saya menerima padah!

Benar! Allah lah yang mengerakkan dan membawa kami bermalam di situ. Hampir setiap setengah jam kami dikejutkan oleh ketukan di pintu oleh sister-sister yang ramah mesra perawakannya. Mereka beria-ia benar untuk menyediakan keperluan terutamanya minuman.

Apabila keadaan malam semakin larut, senyap sunyi dan sepi, kami merancang untuk menyelinap keluar melihat keadaan sekitar. Barangkali kami banyak sekali terpengaruh dengan cerita-cerita penyiasatan seperti Nancy Drew atau Famous Five tulisan Enid Blyton.

Subhanallah! Kami melihat apa yang ingin kami lihat. Kami mendengar apa yang ingin kami dengar. Mungkin Allah sedang meminta kami mempelajari sesuatu tentang ketuhanan, tentang kepercayaan dan aqidah.

Kami melihat bagaimana mereka beribadat dengan khusyuk dan penuh pengabdian di sepanjang malam. Tetapi pada fikiran kami alangkah ruginya...kalaulah mereka tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah perkara yang sia-sia dan akan membawa mereka ke neraka..

Apabila pulang semula ke bilik, kami mula muasabah diri.


Syukur Alhamdulillah ya Allah kerana saya dilahirkan sebagai Islam! Dan jadikan akhir hayat saya juga sebagai Islam dengan ucapan yang terlafaz di hujung nyawa nanti dapat mengucapkan "Laillah ha illah Muhamad da rasulullah".

Dan ketika itu saya sudah redha dengan segala ketetapan-Mu. Saya hanya menerima dan tidak lagi meminta-minta. Ketika itu saya sedang tunduk sujud rebah kepada-Mu.

Ya Allah, hidupkan lah kami dengan iman dan matikan lah kami dengan iman.

10 comments:

  1. Salam,

    Ya Allah...beraninya puan & Kak Dila tu..
    Jd puan dapat laa melihat bekas 'holy water' mereka?

    ReplyDelete
  2. Salam Roza,
    Masa remaja memang masa yang melonjak-lonjak perasaan ingin tahu...kalau prinsip yang dipegang sudah kuat, dilepas ke dalam gereja pun semakin menguatkan iman...tapi sebagai ibubapa, susah juga meletak kepercayaan ke tahap itu...kalau parents Roza tahu masa tu...boleh saya bayangkan...bagaimana mereka mengurut dada...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Macam George (Georgina) dalam famous 5
    he..he..




    kak wati

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Hanis, Asnija & kak wati,

    Sebab itulah mak dan abah berkelakuan sedemikian rupa terhadap saya..he..he

    Mereka kelihatan tegas tetapi sebenarnya jauh di sudut hati mereka prihatin. Takut anak-anak tergelincir aqidah,tersalah laku dan terlanjur perbuatan..

    "Ya Allah. Ampunkan lah dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ketika diriku di dalam pemeliharaan mereka"

    ReplyDelete
  5. Salam Roza...
    Kalau mas kat tempat roza..pun., I sure nak tau apa ade kat dlm convent tu...teringat kat kawan lama kita.."sue tzen" dimana dia ye????



    ~mas abrizah~

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mas,

    Hanya Allah sahaja yang tahu. Di SM canossian convent, saya berjumpa semula Maizatulazuan, Vanita Devi dan Haslinda.

    ReplyDelete
  7. salam roza..very exciting reading your blog..remember when we used to go to pusat islam (next to our A10) to solat magrb n isyak..but unfortunately hangat-hangat ... ayam masa tu..k wati n all...i really love our time in dungun..by the way are u teachin or lecturin now

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Teti,

    Surprise! Surprise!

    If I'm not mistaken,seen your face in the big screen during convo few years ago. I'm now lecturing in UiTM Johor.

    Ya Allah, Teti Rozi..I've a sweet memories to share with you..zaman budak berhingus di ITM Dungun! Tunggu..

    Don't take it serious..he..he

    ReplyDelete
  9. yes roza..such sweet n 'sweatin' memories..i cant wait 2 read ur revelation...dont forget yg jatuh katil ye..hehe...by d way..in 2003 convo b.ed tesl...then last year nov..convo m.ed tesl...i'm very much away from business studies that i took in dungun..but insy in d future will do smthin abt it..roza..one more thing..i really need to buy ur hub's book..'phd kecil tapi signifikan'...insy nxt year i plan to start doin phd..is it possible if i deposit the amount plus postal charge into ur account then u courier to me..i surely trouble u but i'm quite desperate..let me know ye roza..thx..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Teti,

    You may buy from UPENA (Unit penerbitan universiti) UiTM Shah Alam as we haven't keep any stock in UiTM Segamat.

    ReplyDelete