Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, October 27, 2009

Sekotak rokok


Hari ke 3 di dalam Minggu silaturahim, kami semua mulai keletihan. Kami mengikuti setiap program yang panjang dari subuh hari hingga ke lewat malam. Jumlah jam untuk tidur juga berkurangan.

Jadi, tidak hairanlah jika ada di antara kami yang terus sujud walaupun orang lain telah memberikan salam di Pusat Islam. Ada yang nakal di antara kami berpakat-pakat untuk membiarkan sahaja mereka di dalam keadaan bersujud begitu. Lalu, kami dimarahi oleh kakak fasilitator kerana dengan sengaja tidak mengejutkan golongan "ahli sujud" .

Bukan di Pusat Islam sahaja, malah kebanyakan daripada kami kelihatan mengantuk dan terus terlelap apabila penceramah membuka bicara! Untuk kelihatan tidak ketara dan tidak memalukan keadaan, kadang-kadang kami berpura-pura membaca pamplet yang diedarkan. Namun, hakikat sebenarnya masing-masing mencari posisi yang paling selesa untuk melelapkan mata! Malah pamplet yang pegang sering terlepas dari pegangan.

Tiada ruang langsung untuk kami berehat. Namun, jika ada masa terluang sedikit di waktu tengahari apabila fasilitator membenarkan kami pulang ke hostel, lalu kami mengambil kesempatan untuk melelapkan mata walaupun sekejap. Rakan-rakan sebilikpun tidak sempat untuk bertegur sapa - katil dan bantal melebihi segala-galanya!

Hari itu merupakan hari ke 4 di dalam minggu silaturahim. Entah mengapa dari pagi sehingga petang ada sahaja siswa-siswa dikatakan telah melakukan kesalahan.
"Malam tadi kami telah menangkap sekumpulan pelajar siswa yang membawa rokok ke dalam hostel. Jika anda juga membawa bahan yang sama, sila tampil ke hadapan"

Tidak semena-mena ada beberapa pelajar siswa yang terpinga-pinga tampil ke hadapan dan membuat pengakuan. Kerana isu rokok tersebut kami "dijemurkan" untuk tempoh waktu yang agak panjang sementara abang-abang dan kakak-kakak fasilitator memberikan suatu ceramah yang seakan leteran yang panjang!
"Saudari..minta tolong simpan kotak rokok ini"
Seorang abang fasilitator memberikan arahan ke arah kumpulan kami. Kami saling pandang memandang sesama sendiri. Lalu, saya bertanya :
"Siapa?"

"Saudari"
"Kenapa saya? Saya paling tidak suka bau rokok ni"

Tiba-tiba, abang fasilitator itu membuat muka paling serius dan merenung tajam ke arah mata saya! Lagak beliau tidak ubah seperti abah yang hanya membeliakkan mata sebagai isyarat apabila memberi amaran di hadapan orang.
"Ok..Ok"
Saya menyambut kotak rokok tersebut dengan perasaan geram dan mengata-ngata di dalam hati. Meluat dengan gayanya. Meluat sekali!

Hari itu, kotak rokok tersebut terpaksa saya bawa ke hulu dan ke hilir sepanjang hari!

13 comments:

  1. Apa kaitan rokok dengan jodoh......suspenkan

    ReplyDelete
  2. hik hik hik..abg fasilitator tu mesti prof kamil, kan?
    :)
    best..x sabar tunggu sambungannye..

    ReplyDelete
  3. salam,

    hahaha...kalau saya berada tpt puan, saya pon tanak rokok tu....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Org tua2 kata, tak baik menyampah/meluat kat orang nie...nanti makan tuan. Maksudnye kalau kita benci sanagt pd org yang berlainan jenis nie, org tulah yg jadi pasangan kita nanti.
    Saya sendiri dah terkena.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    Iya ke macam tu inamohamed?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    kakliza seronok membaca ceriteraP uan Roza..
    tapi kkaliza agak bizi kebelakangan ini..
    so baca saja..

    teruskan sehingga akhir..
    apa kata Puan buat buku...
    best ni..sure PTS berminat..

    ReplyDelete
  9. kak roza...mcm 'abang prof' je senior yg jengilkan mata tu..hehehe...tekaan saya pun sama dengan yang di atas... ;)

    ReplyDelete
  10. Cerita Puan Roza wat saya terkenang kembali minggu silaturrahim di ITMarau 1989..aduhaiii..siksanya teramat..bab sujud tu yg paling bestttt hehehe..pastu senior suka nak paksa we all nangisss..bila dh nangis saya x leh nak stop plak...huwaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. puan...saya dok menanti cerita ade siswi pengsan masa minggu MWS niee... ;-)

    ReplyDelete
  12. Masa orientasi dulu saya antara pelajar-pelajar yang selalu jadi ahli sujud. Sedar-sedar orang dah bagi salam. Dalam menonggeng pun boleh tidur ni kan dalam dewan.

    ReplyDelete
  13. Salam Roza, lama tak tinggal jejak...sibuk sahaja memanjang...

    teruskan penulisan....

    ReplyDelete