Kumpulan kami mengambil keputusan untuk mendapatkan tandatangan daripada wakil bahagian seperti yang diminta terlebih dahulu. Namun, masih memberikan pilihan jika sekiranya ada di antara ahli kumpulan kami ingin mendapatkan tawaran biasiswa terlebih dahulu.
"Kalau boleh, saya tidak mahu mendapatkan biasiswa sekiranya ia perlu di bayar
selepas kita tamat belajar. Saya tidak mahu berhutang. Awal lagi kita telah di
ajar supaya berhutang. Saya takut nanti saya tidak mampu membayarnya kembali. Saya takut tiba-tiba saya mati..""Tetapi kata kakak fasilitator, jika keputusan periksa kita cemerlang..biasiswa itu boleh ditukarkan menjadi dermasiswa"
"Oooo begitu rupanya.."
"Ah! Tidak mahulah..ada abang fasilitator tu..Nanti sahaja lah!"
Sebenarnya saya berada di dalam persimpangan samada untuk membuat permohonan atau memberikan laluan kepada sesiapa yang benar-benar memerlukan. Seorang siswi senyum-senyum gembira selepas mencatatkan data kepada abang fasilitator tersebut. Lalu, saya bertanya :
"Minta maaf, tumpang tanya. Data apa yang diminta?"
"Alah..senang sahaja. Cuma nama penuh dan nama manja, program yang diikuti, alamat dan nombor telefon rumah kita.. Baik abang fasilitator itu rupanya..Best! "
"Hah! Mesti mereka mengenakan kita semua ni! Tak kan lah data itu sahaja? Keputusan SPM, surat beranak, jawatan, aktiviti-aktiviti yang diikuti di sekolah...tidak di minta salinan? Kata cikgu kaunseling..semua itu perlu"
"Tidak. Tidak perlu. Baiiiiikkk sangat abang tu!"
Tiba-tiba, saya terdengar abang fasilitator 2 memanggil nama yang saya tidak begitu peka sangat dengannya.
"Raihan, sila masuk semula di dalam barisan"
Saya berlalu pergi di dalam keadaan yang tergesa-gesa tanpa menoleh ke belakang, walaupun tertanya-tanya di dalam hati. Sekali lagi saya terdengar panggilan nama itu diulangi. Kali ini dengan lebih keras lagi.
"Raihan Haryati!"
salam puan,
ReplyDeleteawat cerita yg sama nie....huhuhu..tersilap nieee...
it was fun..when u think from the present perspective..but when we were there last time..it was actually dead tired..kan roza..rushing here n there...but still..such a sweet memory
ReplyDelete