Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, October 30, 2009

Terpesona

Hampir setiap hari kami di minta menyanyikan lagu wajib bagi kampus ITM Dungun. Itulah satu-satunya acara yang paling kami sukai dan di nanti-nanti. Apatah lagi ianya dinyanyikan oleh abang fasilitator 3 yang menyampaikan nanyian dengan sepenuh perasaan.

Ah! Mendengar suaranya sahaja kami sudah tergila-gila. Di tambah dengan gaya dan perawakan kelakiannya yang menawan! Bertuahlah nanti sesiapa yang dapat menambat hatinya. Kami berbincang-bincang sesama sendiri.

Antara fasilitator lelaki, beliaulah yang paling ranggi dan popular. Tambahan pula apabila di satu-satu ketika beliau menyarungkan uniform komando. Bertambah-tambahlah melonjak naik sahamnya dan semakin 'glamour'.

"Siswa-siswi, mari kita mulakan.. 1, 2.."

Kami siswa berilmu
kami penuh beramal
kan kami buktikan segala cita jaya
harapan ayah bonda
ugama bangsa dan negara

Dari kampung halaman
ke Dungun kami tiba
luas pandangannya
bersih udaranya
oh sungguh indahnya
kami jatuh CINTA !!

la..la..la...

Kami akan membunyikan perkataan CINTA sepenuh hati kami. Seolah-olah kami menyuarakan suara hati. Abang fasilitator 3 akan melemparkan senyuman menawan ke arah para siswi.

Ahhh..hilang penat. Hilang segalanya. kami terpesona.

Gambar hiasan : Teluk Bidara, Dungun
Sources : amirulfadhli.blogspot.com

10 comments:

  1. salam puan,

    laaa awat pendek sgt cerita puan arini...tak sempat nak membayangkan senyuman abg fasilitator 3 lg...puan, kami nak tau ape cerita abg fasilitator 2 pas panggil siswi yg cuba menyorok tu...hahaha...

    emmm...cerita yg semakin mendebarkan...kalau dok baca novel nie, sanggup tak tido sampai ke pagi dok baca...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Hanis,

    Sabar..sabar

    ReplyDelete
  3. wah..suka cite ni..
    berlatarkan uitm kampus dungun
    my old campus~~

    ReplyDelete
  4. U still can remember the song....?
    Part yang "ke Dungun kami tiba" yang best tu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Akak pun suka part 'dari kg halaman ke Dungun kami tiba'...... Kekadang kalau rindu kat kenangan lama akak akan nyanyikan lagu tu sorang2.
    Anak2 akan tanya 'Lagu apa tu ma, macam best je'

    Memang best pun

    Teruskan bercerita Roza. sabar menanti.

    Kak wati

    ReplyDelete
  6. Salam..biar pn roza habiskan travelog cinta dlm blog dulu sebelum diterbitkan. kalau tidak nanti jadi macam travelog haji.saya lupa makan bila pertama kali membacanya.

    oked

    ReplyDelete
  7. salam..pn roza kalau terbitkn cerita ini..tolong bgtahu awal ye..sayank jd ant yg terawal beli.. kisah yg dekat dihati..

    ReplyDelete
  8. hehehe..wah! cinta sudah berputik ya?
    :)

    ReplyDelete
  9. hehe, best betoi baca kisah ni
    -najah-

    ReplyDelete