Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, October 6, 2009

Fasa 3 : Medical check-up

Malam yang panjang.

Surat tawaran ke universiti di negeri ulek mayang mengusarkan saya. Ia suatu perasaan yang bercampur aduk. Gembira dengan tawaran melanjutkan pelajaran tetapi sedih untuk meninggalkan kampung halaman.

Masih terkenang bagaimana saya mengisi beberapa borang permohonan di universiti-universiti tempatan berdasarkan kelayakan keputusan SPM beberapa minggu sebelum itu. Buntu. Sambil melihat program yang ditawarkan, kepala ligat memikirkan apakah kerjaya yang paling layak untuk saya.

Seluruh keluarga sebelah abah kebanyakannya bekerja sebagai guru. [cerita hari guru dan guru.] Abang dan kakak sepupu juga memilih kerjaya mereka sebagai seorang guru. Jika saya meminta nasihat serta pandangan, mungkin itulah saranan mereka.

"Guru? Mungkin tidak!"
Semasa kecil, kerjaya itulah yang memikat hati saya. Saya akan berusaha mengumpulkan anak-anak jiran tetangga dan mengajak mereka bermain cikgu-cikgu. Saya mengajar mereka membaca dan mengeja. Kadang-kadang saya mencipta lirik lagu dan memaksa mereka menghafalnya.


Saya berperang di dalam hati. Sebenarnya saya menyukai kerjaya yang membolehkan saya memakai Blazer dan memegang brief case hitam. Atau memakai pakaian berjenama yang sedondon warna [ pakaian, kasut serta tas tangan] seperti yang disarankan di dalam majalah hiburan. Terpengaruh dengan gaya dari cerita-cerita televisyen yang dipaparkan.
"Saya ingin keluar dari kepompong itu! Saya ingin bekerja di syarikat korporat atau menjadi seorang banker. Diploma Perbankan adalah pilihan saya!"
Beberapa minggu sebelum itu, kawan-kawan di sekolah memaklumkan tawaran tempat pengajian. Jai, Raha dan Wati mengikuti kursus persediaan ke luar negara. Masing-masing tidak putus-putus bercerita mengenai pilihan negara yang ingin menawarkan tempat pengajian untuk mereka.

Adib ditawarkan ke universiti tempatan di ibu negara. Dia memilih matrikulasi dan bercadang untuk menjadi seorang doktor gigi. Dilla memilih bidang pengajian tentang pertanian atau penternakan di universiti daerah Serdang. Saya dan Cik Ani memilih bidang perbankan. Cik Ani di Shah Alam, manakala saya di negeri ulek mayang [Dungun,Terengganu]

Kami sama-sama pergi ke hospital Segamat membuat Medical check-up dan membeli peralatan kelengkapan asrama di bandar. Masing-masing berwajah ria. Terasa menjadi orang dewasa.

Tiba-tiba sikap mak dan abah berubah terhadap saya. Mereka juga kelihatan ceria. Tidak membantah apabila saya meminta izin untuk menyertai rakan-rakan membeli kelengkapan malah memberikan saya sejumlah wang untuk digunakan.

Bersama rakan-rakan, terkenang banyak peristiwa yang di kongsi bersama...

(Flash back - Kenangan 1)

8 comments:

  1. Assalamualaikum

    Dah masuk bab kat Dungun. Tak sabar nak tunngu.
    Ceritera cinta akan bermula...he..he..he



    Kak wati

    ReplyDelete
  2. Sekali-sekala saya terkenangkan Dungun. Pernah belajar 1 Sem di sana sekitar tahun 1983,sama kursus macam Roza (DIB). Masa tu tengah tunggu tawaran ke U selepas habis STPM. Batch saya pioneer kat kampus Sura Hujung, ingat lagi hostelnya rumah kayu (no rumah B6). Nak masuk Sem 2, saya dpt tawaran buat degree di UPM.

    Sampai skrg masih dpt rasakan kesedapan ikannya yg fresh. Bila bulan mengambang memang indah sekali. Pertama kali saya lihant bulan begitu besar di tepi laut. W/pun cima 1 sem, byk kenangan indah di sana.

    ReplyDelete
  3. oh di dungunlah cinta berputik yer?mula2 tertanya2 jugak camner johorian buleh jumpa org negeri penyu..

    ReplyDelete
  4. Salam roza...campus sura hujung,dungun menemukan kita setelah sekian lama lost contact...I tak sangka kita bole berjumpa kat sana..kuat betul persahabatan kita.!!!!


    ~mas abrizah~

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Nota :

    Mas Abrizah adalah rakan karib saya semasa di dalam darjah 1- 4 Sekolah Rendah Inggeris Labis, Johor.

    Semasa berpindah ke Sekolah Kebangsaan Paya Jakas Jementah, nama Mas tidak lekang dari mulut saya. Perasaan rindu yang mendalam terhadap seorang rakan.Terasa kehilangan.

    Kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia menemukan semula kami berdua.

    Subhanallah!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    kakliza pun keluar masuk UiTM Dungun [Sura Hujung] pada tahun 1987-1990..
    tetpi hanya sebagai kakak angkat pada pelajar di situ..
    mereka tinggal kat rumah kayu tapi kakliza dah tak ingat no berapa..

    ReplyDelete
  7. salam ,
    saya baru aje pulang dr buat medical check-up semalam..tersenyum membaca n3 puan....

    p/s: puan, melihat gambar pizza yg amirul ingin menjual tu...sedapnyee...bg laa recepinya....

    ReplyDelete
  8. salam roza..i'm not sure if u cud still remember me..teti..we were in A10..before that B(NOT SURE)..anyway it's gud to see u...we (my hub n me) have read dr kamil's travelog (both)..n we enjoyed the books so much..cant wait for the new one..keep on ur gud work..we also cant wait to read ur story in dungun..pls send our regards to our former OC..

    ReplyDelete