Saban hari saya melihat keuzuran pada diri Mak Wa. Mak Wa semakin tua. Beliaulah yang menemani saya mengemas barangan keperluan ke asrama. Dengan bantal kekabu dan lemet kegemarannya, Mak Wa berbaring-baring di dalam bilik saya.
"Mak Wa tidak dapat menolong awak mengemas baju. Mak Wa sudah tidak berguna lagi"
"Tidak apa. Mak Wa baring-baring sahaja"
Barangkali itulah yang terbuku di dalam hatinya kerana selama ini Mak Wa adalah seorang yang kuat bekerja dan melakukannya dengan sepenuh hati. [cerita sawah padi di sini]
"Pukul berapa esok awak akan pergi?"
Diam."Abah kata selepas solat Jumaat"
"Awak belajarlah pandai-pandai. Kalau hendak tangkap ikan besar, umpan dan kapal pun kena besar"Saya tergelak. Terasa geli hati. Lucu sekali.
Diam."Apa Mak Wa cakap ni?"
"Ya lah, awak dah besar sekarang. Kalau hendak dapat pasangan yang bijak pandai, kita pun kena pandai"
"Saya belum fikir hendak kawinlah Mak Wa.."
"Eh, jodoh pertemuan di tangan tuhan"
"Muda lagi lah Mak Wa..saya hendak belajar tinggi hingga ke luar negeri"
"Jodoh tiba tidak tercepat dan tidak terlambat"
"Mak Wa...kalau mak tahu, mati saya nanti!
"Mak Wa, masih awal pagi lagi. Abah kata kita pergi selepas solatItulah perubahan di dalam diri Mak Wa. Perangai yang paling ketara adalah beliau sering sahaja hendak mengikut anak-anaknya pergi berjalan dengan bekereta. Namun, kadang kala Mak Wa terpaksa ditinggalkan jika sesuatu urusan itu [urusan rasmi] perlu dilakukan dengan cepat dan pantas.
Jumaat. Pukul tiga petang nanti"
Mak Wa masih berkeras. Beliau masih tidak berganjak. Lagaknya seperti budak-budak.
"Mak Wa..mari kita masuk dahulu. Kita mandi dan pakai baju baru"Diam. Di dalam kesukaran saya teruskan pujukan. Jika dahulu Mak Wa lah yang memujuk kini tiba pula giliran saya."Mak Wa sejuk, rasa macam hendak demam"
"Oo..tidak apa. Mari kita mandi dengan air panas. Lepas mandi nanti kita
makan tengahari""Awak jangan tinggalkan Mak Wa ya"
"Tidak.."
"Betul? "
"Ya..Mak Wa tahukan, saya sayang kan Mak Wa...?
"Mak Wa mesti ikut saya. Kita pergi ke Dungun bersama-sama.."
Saya mengenggam erat tangan Mak Wa, memberikan keyakinan kepadanya. Saya merenung sayu ke wajahnya. Tanpa disedari ada air mata basah di pipi. Wajah Mak Wa yang redup dan pelipis matanya yang berkeriput kelihatan merenung jauh mengenangkan masa yang silam. Mak Wa berjaya saya bawa keluar dari kereta perlahan-lahan.
Rupa-rupanya usia telah mengubah segalanya.
assalamualaikum puan Roza. saya setiap hari membaca tulisan dari suami puan dan juga cerita kenangan diri puan, tapi kali ini yang paling membuatkan saya sayu.Teringat saya pada aruah opah saya.Saya sangat sangat merinduinya.saya rasa saya dapat memahami perasaan yang puan Roza rasakan terhadap Mak Wa puan.Semuga aruah opah dan mak wa berada dikalangan orang yang solehah dan terpilih disisiNya. Terimakasih diatas cerita kenangan . Semuga Allah merahmati dan melindungi puan sekeluarga.Hanya terdapat segelintir sahaja orang seperti puan dan suami puan di zaman moden sekarang.
ReplyDeletesalam puan,
ReplyDeletehati saya selalu tersentuh membaca kisah mak wa...tetapi kisah pada kali lebih tersentuh..air mata mengalir...saya dapat merasakan mak wa semakin uzur & berusia pada ketika itu...
Alfatihah & semoga roh makwa dicucuri rahmat.
Salam buat Kak Roza,
ReplyDeleteperangai org yg berumur mmg beransur berubah..
namun saya percaya byk yg kak Roza pelajari drp Mak Wa, yang begitu dlm butir2 kata2nya..
Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh2 mereka yang telah banyak berjasa & memberi teladan yang baik kepada anak2 cucu2 sekalian..
Roza...anda dan suami memang pandai menulis.Prof agak to the point,tulisan roza macam baca novel,menarik.Teruskan....tk.Drp Kak ju.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBetullah mama ju ...Prof dan puan Roza memang berbakat menulis. sentiasa ternanti citer dari mereka dan tidak jemu membacanya. Setiap hari wajib singgah dilaman mereka sebelum ke laman2 lain. Terima kasih dan teruslah menulis. Kalau buku ada nanti pastinya kak akan membelinya.
kak noor
Salam'alaik Puan... cerita ini sangat mengingatkan saya pada pengasuh 15 tahun lalu... beginilah laku dan perangainya... oh.. rindu saat itu...
ReplyDelete