Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, March 26, 2009

Buah Mempelam


Pokok itu terletak berhampiran dengan jalan utama : Segamat - Muar. Besarnya empat pemeluk budak-budak. Tinggi namun berdahan rendang. Buahnya yang lebat bergugus-gugus dan berjuntai-juntai pasti mengamit perhatian sesiapa sahaja yang melalui laluan itu. Cuma satu perkara, terdapat banyak semut hitam di pangkal pokoknya.

"Lebat betul mempelam di dalam kebun abah awak." Mak Uda Khemah, guru mengaji saya memberitahu.

"Iye ke Mak Uda..kebun abah yang mana pulak..?
Kadang-kadang saya hairan dengan abah. Dia tidak pernah memberitahu anak-anak tentang kebun-kebun yang dimilikinya. Kebun peninggalan nenek moyang. Semuanya saya dapat tahu daripada mak-mak saudara.

Mereka jugalah yang mengalakkan saya untuk mengambil hasil dusun untuk di bawa pulang ke rumah. Saya lihat juga, selalunya apabila sesiapa sahaja saudara mara yang pulang ke kampung halaman ( dari serata pelusuk negeri) untuk menikmati musim buah, mereka akan menuju ke kebun abah.

Mereka bawa pulang durian, manggis, duku, langsat, rambutan, buah cepu, buah tampoi dan rambai. Penuh satu bonet kereta.

Setahu saya, abah sering berkata bahawa kebun abah adalah kebun yang diusahakan dengan hasil usaha tangannya sendiri. Kata abah lagi, sebab itulah dia membawa isteri dan anak-anak sama-sama mengusahakan kebun kerana hasilnya bukan untuk dia. Untuk anak cucu!

Hati saya sering tertanya,"Abah tidak sukakah dengan kebun peninggalan datok nenek dia? Bukankah datok dan nenek dia telah mengusahakan kebun untuk di makan oleh anak-anak cucu mereka?"
Apabila musim buah-buahan berlalu. Musim mempelam pula tiba. Alhamdulillah! Allah mudahkan rezeki untuk saya. Tapi persoalannnya...

"Besarnya..empat pemeluk. Tinggi dan bersemut bukan halangan. Masalahnya..kepada siapa saya nak jual, di mana dan berapa harganya akan saya kenakan untuk setiap biji..?

"Kalau saya panjat, nanti ada budak lelaki nampak macamana? Tentu mereka tak jadi dan batalkan niat untuk "main hendak-hendak" dengan saya."


3 comments:

  1. buah mempelam sedap kalau buat rojak buah...

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Roza...
    Beberapa tahun lalu kakliza beli buah pelam..besar gedebak..so teringin nak tanam..
    bila dah tanam..pokoknya pun besar gedebak juga..heehehe..
    tapi buahnya punyalah banyak..menjadi-jadi sungguh..
    kkaliza mmg puas makan..buat kerabu..makan colek..segalanyala..dan juga beri kat jiran2 merasa sama..
    tapi demi keselamatan kawasan keliling..kakliza terpaksa korban dia kerana pokok tu ada anai-anak..bimbang tumbang ke arah rumah orang..

    Berbalik pada kisah Puan Roza dan pokok mempelam masa zaman kanak-kanak tu..
    kakliza pun teringat..maza umur kakliza 13 thn..tinggal ngan datuk/nenek kat Bagan Serai..ada pokok mempelam depan rumah tapi tepi parit..so kalau buah tu jatuh..sure masuk parit..kami ni terkulat-kulat la teringin nak makan..padahal buah pelam jenis kecik..dipanggil pelam telur tu...taklah glamor sangat buah tu..
    tapi yg seronoknya ada yang sangup masuk parit nak kutip buah tu...kini tinggal kenangan..
    bila balik rumah datuk..tersenyum kakliza kenangkan kisah tu..sambil cerita pada anak-anak kakliza pulak..
    eeehhh..panjang pulak celoteh kakliza..

    ReplyDelete
  3. alahai... sedap nyer kalau makan dengan colek. selera mak buyung makin masam makin sedap... uhukkss... :)

    ReplyDelete