Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, July 9, 2009

Tuisyen 2

Jxxxxx memang seorang pelajar yang pandai. Rakan-rakan sering meminta dia menunjuk ajar. Kelihatan dia memberitahu mereka satu persatu tanpa jemu.

Saya dapati dia seorang yang agak pendiam. Tidak banyak ayat yang keluar dari mulutnya. Hanya menjawab apabila ada yang bertanya. Jika rakan-rakan lain bergelak ketawa, saya jarang sekali mendengar suara yang mengeletek hatinya.

"Boleh saya duduk di sebelah awak?"

"Boleh. sila..sila. Jika sudi. Tiada sesiapa yang duduk di sebelah saya"

Seorang pelajar comel yang merenggek kepada rakan-rakan kerana tidak mahu memakai uniform pandu puteri semasa hari sukan tempohari, tersenyum meminta izin untuk duduk di sebelah saya. Rakan-rakannya yang lain juga ada berhampiran. Tetapi mereka berminat untuk duduk di meja bahagian belakang.

Barangkali Jxxxxx mengambarkan saya sebagai seorang budak perempuan "Gedik" yang tidak mempunyai adab sopan dan tiada perasaan malu untuk meninggalkan nota serta bertanyakan tentang surat wangi yang sehingga saat itu masih menjadi misteri.

Barangkali juga dia memang tidak berminat untuk mengambil tahu. Atau dia sememangnya tidak tahu bahawa saya adalah pelajar perempuan yang pernah suatu masa dahulu semeja denganya. Cuma berada di lain-lain masa dan ketika.

Sebabnya..sepanjang kami berada di dalam kelas Tuisyen yang sama, langsung tidak pernah bertegur sapa. Peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Kalau pun ada sedikit lintasan hati ingin bertanya tentang surat wangi itu atau perasaan ingin tahu bahawa benarkah dia yang duduk di meja itu.. cepat-cepat saya lupakan.

Memang! Saya cuba sedaya upaya untuk melupakan Trajedi Warkah Pertama yang tidak akan luput dari ingatan. Cukuplah! Allah telah banyak memberi saya pengajaran.

Di dalam diam, saya sudah memaafkan.

Namun, kadang-kadang terlintas di hati saya mungkinkah dia orangnya yang menulis surat wangi itu? Namun, jika di lihat dari personaliti, tidak mungkin sama sekali! Bukan.

Jadi siapa orangnya?


5 comments:

  1. Salam Puan,

    Ya Allah, nape laaa terhenti lagi.....huhuuhuhu

    Puan, sedang dok baca td...saya ingat org yg dok minta izin nak dok sebelah tu JXXXX....rupanya bukan...legaaa

    ReplyDelete
  2. iras keturunan Cina.
    sekolah rendah di SKJ, sekolah menengah di SMJ.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Siapakah gerangan...
    hari-hari penuh suspen menunggu cerita Roza.




    Kak wati

    ReplyDelete
  4. kak roza...ini dah macam novel yg tak dapat saya nak letak selagi tak tahu kesudahan tp..hai macam drama di TV ler plak...episod bersambung huhhu

    ReplyDelete
  5. salam...

    Jxxxxx @ JO... seperti ada yang tak kena... betulkan Puan Oca? sebab mula-mula ia menulis Jxxxxxx, terlebih 1 x. kemudian isytihar JO... Adakah dia Jxxxxx @ Jxxxxxx @ JO yang sebenar? Yang pasti Allah Maha Mengetahui..

    ReplyDelete