Entah mengapa, hati saya digerakkan oleh Allah untuk menyertai pertandingan gubahan mewakili Hostel A2. Ketua hostel merasa sangat gembira apabila saya menyatakan persetujuan. Beliau berusaha sepenuh tenaga untuk mengumpulkan sedikit dana untuk perbelanjaan membeli bahan untuk gubahan.
"Awak hendak mengubah apa?"
"Sayur-sayuran"
"Sayur? Kenapa sayur.. "
"Kosnya rendah. Murah. Lagipun bahannya senang di cari.."
Saya menyatakan dengan penuh keyakinan. Sebenarnya saya kasihan melihat ketua hostel [Kak Razi] yang telah berminggu-minggu pening kepala untuk mengajak penghuni hostel mewakili pertandingan yang diwajibkan kepada semua.
"Gubahan sayur pun syukur Alhamdulillah. Tidak menang tidak mengapa. JanjiKak Razi melahirkan kata-kata seolah-olah tidak percaya bahawa setiap penyertaan ada potensi untuk menang. Namun, sebagai tanda bersungguh-sungguh memberikan sokongan, beliau membuat kutipan kewangan untuk dijadikan modal membeli bahan. Modal tersebut diserahkan pula kepada saya.
kita turut serta"
Tiba-tiba saya menjadi bingung.
"Ya Allah. Dimanakah pasar Dungun tempat untuk membeli sayur ya?Puas saya mengajak rakan-rakan sehostel, namun mereka semua mempunyai agenda tersendiri yang perlu dihadiri. Puas juga saya berikhtiar mencari rakan-rakan. Han dan Yat juga mempunyai komitmen dengan projek hostelnya.
Lalu, saya nekad untuk mencari abang Ind yang selama ini sedia menghulurkan tangan memberikan pertolongan. Di mana untuk mencari dirinya? Library..ya library.
"Pergi pasar esok pagi? Abang Ind tidak dapat pergi. Ada make up
testlah"
"Make up test? Bukankah hujung minggu tiada
kuliah?"
"Test 1 dulu abang Ind terlepas. Tidak datang sebab tertidur. Tidur mati!"
"Habis tu..ada sesiapa yang boleh tolong saya?"
"Pukul berapa gubahan hendak kena hantar ke Dewan Besar?
"Esok 2.30 petang""Ok..nanti abang Ind cari orang. Hari ini pukul 5 petang boleh tunggu di kafe makcik keropok lekor?"
Lalu, petang itu saya menunggu dengan penuh debaran dan harapan. Siapalah gerangannya yang abang Ind minta untuk membantu saya. Tepat masanya abang Ind muncul dengan rakan-rakan sekelasnya. Mereka mengerumuni kami bertiga.
"Esok pagi kami semua kena ambil make up test.."
"La..tidak selesai juga masalah"
" Ind, buat apa demo tok suruh Lu'E? Dio tak dok kelas..Dia bangsa tidak lokek tulung orang" [kenapa awak tidak meminta pertolongan Lu'E? Beliau tiada
kelas. Beliau tidak lokek untuk memberikan pertolongan]
Seorang abang yang pekat loghat kelantannya membuat cadangan. Yang lain setuju. Tiba-tiba kami ternampak abang Lu'E sedang menuju ke arah kedai koperasi. Lalu, salah seorang memanggilnya.
"Wie..ni hah, nok mintok mu tulung. Buleh dok?" [Ada sesaorang hendak
meminta pertolong awak. Bolek ke tidak?]
Mereka menerangkan kepadanya tentang kemuskilan yang dihadapi oleh saya. Saya pandang wajah bersahajanya. Abang Lu'E menundukkan kepala dan menadahkan telinga. Kemudian, beliau mengangkat tangan. Tapak tangannya di genggam longgar, jari telunjuknya bengkuk sambil menutup mulutnya.
Dari bibirnya keluar sepatah perkataan yang tidak begitu jelas kedengaran.
semakin mendebarkan....
ReplyDeleteapa ye yang di cakap...
ReplyDeletememang mendebarkan...
terror lah kak roza buat kami berdebar debatr..
huhuhuhu
Wah! hebatlah kesudahan cerita ni...mendebarkan...Pn. Roza oleh tulis skrip drama ni...
ReplyDeleteSalam Pn. Roza, terimbau kenangan saya di ITM dungun tu...tempat pertama mengajar saya erti kehidupan...jauh dari keluarga...
ReplyDeleteBoleh sy tau pn di ITM tahun brp? sbb masa ssya di sana, hostel A2 adlh kediaman siswa manakala kami tggal di B
Assalamualaikum
ReplyDeleteHebat memang "citer Hindustan" ni.
Kak wati
Salam Kak Roza,
ReplyDeleteSakit perut saya bertambah2 apa bila baca cita suspen akak ni... aduhai... takper... saya tungggguuuuuu....