Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, November 5, 2009

Hari-hari terakhir seorang fasilitator

Hari itu merupakan penghujung minggu silaturahim.

Hanya tinggal sehari sahaja lagi. Kami di minta menyarung semula baju batik rasmi semasa majlis penutupan nanti. Oleh itu, ramai di antara kami terutamanya para siswi berkejar-kejar mencuri masa yang terluang untuk mencuci baju itu apabila pulang ke hostel. Walaupun ketika itu telah hampir lewat tengah malam!

Saya masih teringat lagi bagaimana suasana pada hari itu. Sejak awal lagi sebelum subuh kami telah dikejutkan, namun hampir sebilangan besar siswa-siswi tidak dapat berkumpul di dalam jangkamasa yang ditetapkan. Oleh itu, kami terpaksa menunggu dan menunggu sehingga rakan-rakan yang lain terkumpul di dalam kumpulan.

Kami keletihan! Letih gila! Ia tidak dapat dilahirkan dengan kata-kata.
"Ingat siswa-siswi, semasa hari perasmian nanti kita semua akan menyanyikan lagu rasmi ITM Dungun dan juga lagu "Anak kecil main api". Kamu semua sudah hafal liriknya?"

Diam.

Abang fasilitator 3 terus bercakap dan bercakap di keheningan subuh sunyi. Sesekali beliau cuba melawak namun tiada tindak balas positif.
"Baikkkkk..Kamu semua tidak mahu respon ya?. Selepas solat subuh nanti kita jumpa lagi!"
Agak keras bunyi kenyataan abang fasilitator 3 itu yang pada suatu ketika beliau amat menambat hati kami.

Selepas solat subuh, sekali lagi kami terpaksa menunggu. Kali ini kami berhadapan dengan kumpulan "ahli sujud" yang agak ramai. Ketika mereka di dalam posisi bersujud begitu, ramai yang tidak berani mengejutkan mereka. Salah satu faktornya adalah kerana kami tidak tahan dengan renungan tajam yang dilakukan oleh kumpulan "ahli sujud" tersebut. Rasanya bagaikan bila-bila sahaja kami akan di telan!

Pagi itu kakak-kakak fasilitator marah-marah dengan kumpulan siswi. Kami dijemurkan seketika sementara menunggu rakan-rakan kumpulan "ahli sujud" keluar dari tempat pertapaan di Pusat Islam. Lemah longlai sahaja pergerakan mereka. Kami yang telah lama berjemur bagaikan mahu sahaja menjerit ke arah mereka.
"Cepat sikit pergerakan tu boleh tak? Kami sudah tidak tahan berjemur ni! Panas terik..tahu tak?"
Begitulah rasanya perasaan yang ingin diluahkan tetapi di tahan-tahan. Sabar! Sabar..itu sebahagian daripada keimanan.

Hari itu benar-benar mencabar kesabaran kami. Kakak-kakak fasilitator dan abang-abang fasilitator mengherdik serta memarahi kami silih berganti. Suasana amat tegang sekali!
"Sekali lagi saya meminta siswa-siswi semua menyanyi lagu "anak kecil main api". Sedia...1, 2 mula.."

Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat bumi di pijak milik orang
Nenek monyang kaya raya tergadai seluruh harta benda akibat sengketa sesama lah kita maruah peribadi dah hilang!

Indahnya bumi kita ini warisan berkurun lamanya hasil mengalir ke tangan yang lain pribumi merintih sendiri
la..la


Namun kerana keletihan yang amat sangat, abang fasilitator 3 telah hilang personanya! Daripada seorang yang amat digilai oleh siswi, beliau kini telah menjadi seperti sesaorang yang mengkagumi 'suara sendiri'. Tiada siapa yang peduli. Hendak membuka mulut pun kami tidak sudi!

Bagaimana mungkin kami boleh menyanyi dengan senang hati di dalam panas terik sinaran mentari! Apakah beliau tiada memandang dengan mata? Tiada melihat dengan hati?

Begitulah berakhirnya persona hari-hari terakhir seorang fasilitator..

5 comments:

  1. Puan Roza,

    Bolehkah atau sama sahaja dengan "pudar cinta fasilitator"?

    Menarik puan.

    ReplyDelete
  2. puan roza,
    teruskan menulis..saya peminat setia cerita ini

    ReplyDelete
  3. Salam Roza,

    Apabila saya menyanyikan (nota: bukan membaca) lirik lagu 'anak kecil' yg Roza tuliskan di atas, meremang bulu roma saya. Tiba2 rasa sebak dan menagis dlm hati. Budak2 skrg nie tahu tak lagu tu ya?

    ReplyDelete
  4. teringat zaman kat mrsm...bile kena nyanyi lagu ni....penuh semangat..

    ReplyDelete
  5. salam,
    terus menanti cerita2 drpd puan....

    ReplyDelete