Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Thursday, November 19, 2009

Hidung Tak Mancung

Dua bulan pertama berada di ITM kampus Sura Hujung, perasaan saya masih tidak seimbang. Banyak perkara baru yang saya ingin dan perlu tahu. Ada masanya saya akan bertanya. Namun, selalunya saya hanya berdiam diri, berfikir dan cuba membuat analisa sendiri.

Pernah suatu petang ketika kami bertiga berada di kafe, sekumpulan rakan sekelas abang Lu'E datang menghampiri meja kami. Mereka bercerita;

"Betulkah kata abang Ind awak tidak suka kepada Lu'E?"
Seorang abang menujukan soalan kepada saya. Saya terpinga-pinga kerana jawapannya tidak pernah ada di dalam diri. Saya sendiri tidak tahu bahawa saya pernah berkata begitu. Pada ketika itu - pada hemat saya - mendiamkan diri lebih baik dari berkata tanpa tahu hujung pangkal.


"Lu'E baik hati orangnya. Kami yang bodoh-bodoh ini semuanya di bantu. Dia selalu bagi peluang kami meniru jawapan kertas ujiannya"
Namun setiap kali rakan-rakan abang Lu'E menyatakan sesuatu tentang dirinya, seboleh mungkin saya menguatkan hati dengan berkata:

"Jangan percaya.. jangan percaya dengan cerita yang belum tentu benarnya"
Pada suatu masa yang lain, saya di tegur oleh beberapa orang pelajar senior ketika sedang melintasi hostel siswi. Saya tidak pula ingin mengetahui entah program apa yang diikutinya. Tetapi lagaknya tegas dan berani sekali;

"Saya dengar orang kata awak sedang mengurat abang Lu'E?"
Ya Allah! Siapakah sebenarnya yang membuat plot cerita sehingga saya sendiri keliru. Tidak tahu apakah yang sebenarnya sedang berlaku.


"Dengar sini baik-baik.. abang tu kepunyaan seseorang. Jangan sampai nanti ada orang berkata, hidung tidak mancung, pipi pula tersorong-sorong.."

Bukan itu sahaja - malah di mana-mana - ada sahaja amaran demi amaran yang di sampaikan samada secara terang atau tersembunyi kepada saya. Saya pernah menerima nota yang di kirim oleh sesaorang yang tidak dikenali ketika berada di library. Saya pernah menerima amaran yang terpapar di papan hijau di bilik kuliah. Ia tertulis dengan huruf besar.


PINGGAN TIDAK RETAK
NASI TAK DINGIN
ORANG TIDAK HENDAK
JANGAN PULA KITA TERINGIN-INGIN..

Entah siapalah abang Lu'E itu agaknya. Kalaulah saya boleh menerima pakai data-data yang dikumpulkan.. pasti abang Lu'E itu kalau tidak seorang Cassanova pasti dia adalah seorang Don Juan yang kerjanya asyik mempermainkan perasaan perempuan.

Tetapi amaran yang di terima amat menguris hati dan perasaan. Walaupun nampak pada zahirnya saya seperti tidak peduli, namun sedikit sebanyak ianya memberikan kesan di dalam hati. Untuk mengurangkan sedikit tekanan perasaan, lalu saya kongsikan bersama teman yang agak rapat. Beliau adalah jiran sebelah bilik di hostel.

"Ah! Kalau akak.. kau mengurat betul-betul abang Lu'E tu. Biar padan muka mereka!

12 comments:

  1. Assalamualaikum

    ha..ha..ha...


    Kak wati

    ReplyDelete
  2. Assalamaulaikum


    Batu api betul kan jiran Roza tu


    Kak wati

    ReplyDelete
  3. Kak Wati,

    Batu api kena pada tmpatnya. hehe

    ReplyDelete
  4. hehehe...ayat yang terakhir itu menusik kalbu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak wati,

    Memang betul-betul batu api jiran sebelah bilik saya tu. Entah dimana lah dia sekarang..

    Dulu dia tinggal di Masai,Johor. Kata orang sekarangnya ni dia tinggal di Tanjung Langsat dekat dengan Pasir Gudang.

    ReplyDelete
  6. Rasanya mcm happy ending, kalau tak ada batu api tak ummph... cite ni

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum

    Agaknya sebab batu apai sangat tu yang kena buang daerah tu...ha kau jauh nun kat ujung negeri. Padan muka dia....


    kak wati

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak wati,

    Tak apa..di hujung negeri dengan 'buah hati' dia...he..he

    ReplyDelete
  9. salam.puan roza, saya ingin berjmpe ngn puan.saya betul2 berharap dpt conc puan.

    ikhlas,
    husna 0136169358
    saya yg memerlukan bimbingan puan roza, harap puan roza dapat membimbing saya

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum BlackroSes,

    e-mail raudz147@johor.uitm.edu.my atau raudzah_roslan@yahoo.com

    Saya bukannya kaunselor tetapi mungkin boleh menjadi pendengar yang baik.

    InsyaAllah Taala!

    ReplyDelete
  11. Hehehe...

    Rasa2 cam tau je siapa si batu api tu...kak wati kan? sure kak roza terhutang budi sampai sekarang...

    ReplyDelete