Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Sunday, November 8, 2009

Puteri Ulek Mayang

Senja remang yang menyeramkan.

Ketika sayup-sayup azan maghrib sedang berkumandang, kami masih lagi terkapar-kapar di tepian tasik Teluk Gadung sementara menunggu arahan. Hampir beratus-ratus pelajar siswa dan siswi terjerit-jerit di landa histeria.

Dari dalam parit besar saya mengintai keluar. Kelihatan abang fasilitator 3 bersilat-silat di dalam suasana yang semakin kelam. Di hadapannya terdapat seorang pelajar siswi yang pergerakannya seperti orang sedang terapung-apung dan mendepang-depangkan tangannya. Mereka kelihatanya seperti tepis-menepis, barangkali sedang di dalam pertarungan.
"Puteri Ulek Mayang?"

"Arghhhh...arghhhhhhh"

"Puteri..maaf puteri..."

"Arghhhh....arghhhh..."
Pelajar siswi itu kelihatanya sangat marah sekali kepada abang fasilitator 3. Masing-masing mengeluarkan suara yang tidak begitu jelas di telinga saya. Bagaimana mungkin saya mampu mendengarnya kerana kedua-dua tangan sentiasa saya tekupkan ke telinga.
"Semua pelajar siswa dan siswi sila bergerak pantas! Kita ke Pusat Islam sekarang!"
Abang fasilitator 1 mengambil alih arahan. Beliau dan fasilitator yang lain sibuk sekali memberikan bantuan serta mengarahkan siswa-siswi memapah rakan-rakan mana-mana yang mampu di beri pertolongan.

Saya percaya kebanyakan di antara kami di dalam keadaan yang penuh dengan debaran. Takut! Takut sekali menghadapi suasana yang tidak kami jangka samasekali.

Suasana menjadi sedikit tenang di Pusat Islam. Ramai di antara kami yang menunaikan solat secara bersendirian. Selesai bersolat kami di arahkan agar berkumpulan di kawasan kafe untuk makan malam. Semua acara pada malam tersebut dibatalkan.

Semasa sedang menghadap makanan malam, saya dapat merasakan seluruh tubuh badan saya bergoyang-goyang. Berbuai-buai seperti di pukul badai. Lambungannya memabukkan. Seperti keadaan seorang yang mabuk di lambung ombak. Pening dan mual!
"Awak nampak tak badan saya seperti di lambung ombak?"

"Iya ke. Saya nampak macam biasa sahaja. Awak langsung tidak bergerak"

"Tetapi saya rasa seluruh tubuh saya bergoyang..nampak tak?"
Saya cuba meminta kepastian daripada rakan-rakan yang duduk semeja di meja makan. Saya cuba membaca sebanyak mungkin ayat-ayat lazim. Sesekala membaca ayat-ayat kursi terutamanya apabila melihat beberapa pelajar siswi yang duduk berhampiran kami tiba-tiba tumbang jatuh ke belakang.
"Makkkkkkk.....!"
Saya keraskan hati. Beberapa kali cuba menghabiskan hidangan makan malam, namun terpaksa menghentikannya selepas berapa suapan. Semasa saya pergi membasuh tangan di singki yang berhampiran terasa kaki saya tidak menjejak ke bumi. Cepat-cepat saya menarik sebuah kerusi dan duduk diam. Beristifar, menarik nafas dalam dan bertenang.

Tiba-tiba saya terasa seperti suatu gigitan di hujung jari ibu kaki. Ia bergerak perlahan dan menular ke bahagian betis dan peha menuju ke badan. Kedua-dua kaki saya terasa kebas seperti tidak dapat digerakkan. Kemudian saya dapat merasakan terdapat suatu gerakan pantas menusuk di antara celah-celah sendi tulang rusuk di belakang. Lambungan ombak dirasai semakin ganas dan mengoncang-goncangkan seluruh badan. Terasa peluh panas dingin membasahi di seluruh badan.
"Allah hu Akbar! Allah Hu Akhbar!

"Kenapa? Kenapa?"

"Ahhh...Saya rasa macam hendak tumbang. Nak muntah. Mabuk!"
Gelap.
"Cepatttttt! Sambut..dia hendak tumbang!"
Gelap!

Di antara sedar dengan tidak, saya rasakan ada sesaorang menyambut saya dari belakang. Antara dengar dengan tidak..sayup-sayup kedengaran suatu suara yang seperti biasa saya dengar semasa perdebatan..

"Cepat bawa dia ke kereta.."
Gambar ihsan: Blog warisan tarian melayu

7 comments:

  1. Tik tok tik tok... rasenyer macam tahu aje siapa sang penyelamat si "Raihan Haryati" tu ... ehehehe

    ReplyDelete
  2. Haah la.. saya pun rasa macam tu

    ReplyDelete
  3. Assalamaulaikum

    Siapa lagi kalau bukan Si 'Hero'
    he..he..he..

    (Hindustan sikit)


    Kak wati

    ReplyDelete
  4. salam,
    bila nk sambung cerita ni
    tak sabar dah nak tunggu puan..
    :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum puan Roza,
    Cerita puan makin menarik...tak sabar nak tau yang seterusnya...

    ReplyDelete
  6. nie cter ulik mayang ker!!!x logik lansung...ulik mayang kiash 7 puteri yang mencintai 7 pemuda..n yhen cinta itu cinta terlarang..!!1

    ReplyDelete