Sebelum melangkah ke universiti, saya pernah berjanji kepada diri bahawa suatu hari nanti saya ingin menjadi kebanggaan keluarga terutamanya buat mak, abah dan Mak Wa. Saya ingin melanjutkan pelajaran setinggi mungkin dan kalau boleh di luar negara.
Namun, fenomena yang sedang melanda diri membuatkan saya menjadi takut. Terdapat sedikit "culture shock" terutama apabila berhadapan dengan perubahan mendadak untuk menjadi remaja yang "dewasa". Dikatakan di universiti segala keputusan perlu bertindak sendiri. Berdikari.
Saya perlu menjadi dewasa apabila berhadapan dengan cemuhan orang. Belajar untuk tidak cepat melatah apabila di sergah. Mengenal diri sendiri. Mengimbangi di antara pelajaran dan pergaulan yang tidak lagi di kawal oleh ke dua orang ibubapa. Saya perlu bertindak dan bersikap bijak apabila tekanan perasaan seorang remaja datang melanda.
Mak selalu berpesan agar sentiasa berhati-hati memilih kawan kerana kadang-kadang kawan kita yang paling baik adalah merupakan musuh yang paling ketat. Terutamanya apabila kita sudah tidak lagi sehala. Kawan rapat itulah selalunya yang mengetahui banyak rahsia. Jangan sampai mengharapkan pagar, nanti pagar yang makan padi.
Persepsi orang terhadap kita banyak bergantung kepada siapa yang menjadi rakan-rakan pergaulan kita. Jadi, memang diakui bahawa saya sangat berhati-hati memilih teman sejati.
Suatu hari minggu, bilik saya dikunjungi oleh sesaorang . Saorang kakak yang hanya beberapa semester sahaja senior daripada saya. Masih muda belia. Jika di ukur dengan ketinggian, saya nampak seperti kakaknya.
"Kak Pah dah lama memerhati.. suka tengok awak. Bolehkah kak Pah menjadi kakak angkat?"
Entah kenapalah mesti ada kakak angkat atau adik angkat. Pada pandangan saya jika sekadar perbezaan umur setakad setahun dua, saya menganggapnya sebagai sebaya. Namun, kemungkinan ada baiknya juga jika mempunyai kakak angkat ni..diri terasa lebih muda!
Cuma saya mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan kakak angkat kerana saya sangat tidak suka jika terikat. Saya bimbang tindak tanduk yang bakal saya lakukan nanti hanya kerana terpaksa atau ingin menjaga hati serta air mukanya.
Saya pernah mendengar cerita Kak Long Pidah semasa beliau bersekolah berasrama penuh bagaimana fenomena kakak atau adik angkat itu jika tiada had garisannya ia boleh membawa kepada porak puranda. Kadang-kala hubungan mereka menjadi tersangat akrab hingga melebihi kasih sayang keluarga.
"Emmm..boleh beri saya peluang untuk berfikir dahulu. Bolehkah kak Pah menunggu?"
"Tentu sahaja. Kak Pah berbesar hati jika awak sudi menerimanya"
"Tunggulah..kerana saya juga akan sabar menunggu"
Salam. Pertama kali singgah. Seronok baca blog Roza. Cerita suka, duka, lucu, muhasabah diri etc...diadun dengan sempurna. Tersenyum bila baca tentang juadah hari raya masa di Wales "kalau makan kek ..ingat-ingat laa Ina disini" kik, kik, kik. Sedih bila dapat tahu tentang kesihatan Ayu. Kami sekeluarga mendokan agar Ayu tabah menghadapinya.
ReplyDeleteAssalamualaikum N.M.M Siregar
ReplyDeleteSelamat datang. Terima kasih kerana sudi berkunjung.
Terima kasih kembali. Salam dari Roslan Abdul Hakim utk Prof. Mohd Kamil.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekakak angkat...mengingatkan saya pada zaman sekolah menengah...bila tba aje tahun baru...mula laaa si kakak2 berlumba2 cop adik angkat...boleh berebut2 cop tuk menjadikan adik angkat...lucu bila mengingatkan kembali ....
Assalamualaikum
ReplyDeleteHal yang paling akak tak minat betol masa di hostel. Kakak angkat dan adik angkat.
Pada akak semua yang lebih tua tu kakak yang muda tu adik. Tak de yang ni lebih yang kurang.
Biasanya kalau dah beradik/kakak angkat tu macam kena control pulak. Bila berbaik2 ngan orang lain adalah pulak jealous2. Kan lebih baik berbaik dgn semua orang.
Kak wati
hee..prlu ke ad akk/adk angkat nie??lbih2 lg yg brlainan jntina..
ReplyDeleteenth lh tapi syer teringins ngt seorng akk
Deleteumm, saya teringin sngt nk seorng akk yang blh mnyayangi diri saya.. tapi susah syer ni,, syer bkn jnis yg sker berkongsi
ReplyDelete