Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, November 4, 2009

Sabotaj

Petang itu suatu keajaiban telah berlaku.

"Baiklah..memandangkan pemain telah bersiap sedia. Pihak pengurusan dan fasilitator berhasrat untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama "Pemain negara"
Subhanallah! Bagaimana mungkin pihak fasilitator mengetahui pelan strategik tektik kotor kami? Sabotaj! Mesti ada "kaki sabotaj" atau "musang berbulu ayam" di kalangan kami. Tetapi isunya adalah siapakah orangnya.

Kalaulah kami tahu siapakah yang punya angkara, mahu rasanya berlari meluru, menerkam serta membuat satu terajangan maut tepat di dada. Atau biar saya sahaja yang menangkap kepala dan mengepit di celah lengan dan memberikan beberapa "sekehan" manja bertubi-tubi di kepalanya!

"Ok..Kita akan memberikan tumpuan kepada acara bola sepak dahulu. Apa kata
kita minta "Ahli sukan negara" kita menyarung kain batik sarung bagi mengurangkan sedikit "bisanya". Lagi pun, sekurang-kurangnya ia memudahkan kita untuk mengenal pasti mana satu pihak lawan.."

Lalu, "ahli sukan" kami tersipu-sipu menyarung kain batik sarung dan mengepak-gepak berlari ke tengah padang bola. Ada yang terjatuh tersembam ke bumi ketika berlari kerana tersandung kaki sendiri. Melihat cara mereka berlari sahaja sudah cukup membuatkan seluruh warga ITM Dungun dan siswa-siawi tidak dapat menahan isi perut dan isi hati!

Suasana menjadi gegak gempita! Bergemuruh dengan hilai tawa. Ketua-ketua kumpulan yang pada mulanya agak tertekan, kini mulai menerima keadaan. Malah, apabila ada pihak pemain siswa yang tercedera mereka mengantikannya dengan siswa yang bukan sahaja "Kaki bangku" malahan " Si Buta dari gua hantu!"

Acara permainan bola jaring dan bola tampar siswi berjalan dengan lancar. Pihak siswi sempat membuat beberapa pertukaran "pemain yang tidak sepatutnya" tanpa di sedari opleh pihak fasilitator.

Siswi menang besar! Siswa? Menang sorak tetapi kampung tergadai...

Malam itu pihak fasilitator meminta ketua-ketua kumpulan dan pemain-pemain samada "ahli sukan negara" atau "ahli kaki bangku" berkumpulan di dalam satu kumpulan. Salah seorang fasilitator yang terdapat di situ adalah "abang biasiswa" atau "abang fasilitator 1" dan abang fasilitator 2. Ucapan abang fasilitator 1..

"Assalamualaikum. Tujuan kami mengumpulkan siswa-siswi yang terpilih ini
adalah kerana kami ingin melahirkan perasaan kegembiraan kerana kejayaan demi kejayaan yang di raih oleh pihak fasilitator. Bukan mudah untuk menjadi seorang yang berjaya. Strategi kena betul! Bagaimana pun kami perlu mengucapkan ribuan terima kasih kepada "si pemberi maklumat" yang telah berjaya mempengaruhi ketua-ketua kumpulan semua..."

Saat itu terasa satu gigitan di hati saya. Mahu rasanya saya mengigit telinga atau memulas perlahan-lahan telinga si empunya angkara.

"Oleh itu..dipersilakan ketua kumpulan "Teruna manja " untuk memberikan sepatah dua kata.."

Saya masih ternampak-nampak bagaimana reaksi muka dan liuk lentok "si pembelot". Dengan wajah yang tersengeh-sengeh lagi memualkan, beliau tampil ke hadapan lalu bersalaman dengan kesemua abang fasilitator. Malah mereka bertepuk-tepuk bahu dan berpeluk-pelukan! Beliau memandang kami semua dan membuat lambaian "Queen of England!"
"Ucapan! ucapan! Bagi ucapan " si belot"!"
Teriak rakan-rakan siswa-siswi di dalam kumpulan kami.

"He..he..he. Mohon ampun. Minta maaf. Tumpang lalu...Siapa yang tidak hendak dapat berpeluk-peluk dengan abang fasilitator.. beb!"

7 comments:

  1. Abang2 faci tu dah lama hidup...lebih dulu makan garam. Dulupun agaknya mereka dah terkena mcm tu.

    Apapun, sabotaj mensabotaj nie mmg sering berlaku di persekitaran kita. Sepjg bekerja hampir 20 thn, dah ramai terjumpa dgn musang berbulu ayam, musuh dalam selimut, tikam menikam di belakang & melepaskan anjing tersepit. Itulah realiti kehidupan...tiada apa yang perlu didukacitakan (baca buka La Tahzan).

    ReplyDelete
  2. hahaha....
    sakit sungguh apabila ada yang belot...

    ReplyDelete
  3. salam,

    Hahahaha...lucuuu...tak boleh nak bayangkan camne depa main bola pakai kain batik tu...hahahaha...
    tp...saya pon geram sungguh ngan pembelot tu....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Sebenarnya memang banyak peristiwa kena beli macam tu...he..he

    cerita sikit-sikit sudahlah.

    ReplyDelete
  5. saya baca berulang-ulang...seronok..teringat jugak masa jadi freshie dulu...
    bila nak buat novel.?

    Aya

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Bila menghadapainya rasa geram sangat.
    Tapi bila mengingatinya sebagai kenangan,
    gelihati dan menyeronokkan.

    Itu pasti ketua kumpulan Teruna Manja yang tinggi lampai tu....he..he..he..


    Kak wati

    ReplyDelete
  7. Geng2 otai mmg camtuh.... tapi kenangan Otai ni yg kalau diingat2 boleh buat pecah perut kan?...

    ReplyDelete