Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Friday, November 6, 2009

Histeria

Selepas pulang dari solat Jumaat, kami di minta berkumpul di dataran padang kawat. Panas mentari pukul 3.00 petang mengigit-gigit kulit kami dan kian membahang. Namun, Abang fasilitator 3 masih sibuk memaksa menyanyikan lagu "Anak Kecil main api" untuk menyuntik semangat kami.

Beberapa hari lalu, semasa lagu itu dialunkan di dalam dewan besar, ramai siswi yang menangis tersedu-sedan. Ia sememang menyentuh perasaan. Saya membayangkan sawah bendang Mak Wa di kampung halaman yang telah kering kontang. Saya membayangkan bagaimana sejuknya air sungai yang mengalir dari kaki gunung ledang merentasi sawah bendang kini telah hilang. Air sungai yang dulunya separas dada anak-anak kecil kini tinggal di paras buku lali sahaja.

Saya juga merasa sayu pilu apabila membayangkan bagaimana rumah-rumah papan traditional Johor telah dirobohkan dengan rela oleh anak-anak yang tidak lagi tingga di desa. Saya juga merasa semakin hampa apabila mengenangkan kampung halaman kini telah berubah menjadi taman perumahan.

Tiada salahnya lagu itu. Salahnya adalah kami di minta menyanyikan pada ketika yang tidak kena pada masanya! Lagipun arahan yang kami terima seolah-olah arahan untuk kumpulan komando.
"Kamu semua ini tidak ada semangat langsung!! Ok..sebagai dendanya.. saya tidak mahu melihat seorang pun di depan mata saya. Seorang pun tidak dibenarkan memijak bumi ini! 1...2...3.."
Lalu, kami semua bertempiaran lari. Ada yang memanjat pokok-pokok yang berhampiran, bergayut di tiang gol dan kebanyakan daripada kami bersembunyi di dalam parit besar! Ramai di antara para siswi yang calar-calar di kaki dan tangan. Saya boleh memberikan jaminan bahawa ramai di antara kami yang sudah tidak tahan. Kami sudah hilang ketahanan!

Petang itu abang fasilitator 3 menyarungkan uniform komando. Barangkali difikirannya kami selayaknya di layan seperti sekumpulan komando juga. Beliau kelihatan gembira membuli kami semua! Hari semakin menjelang petang tetapi abang fasilitator 3 itu tidak langsung membayangkan untuk pulang. Kebiasaannya waktu-waktu senja seperti itu kami di minta bersiap sedia untuk bersolat Maghrib di Pusat Islam.
"Hah..apa kamu semua rasa? Ok..berkumpul semua. Mari kita menuju ke tepi tasik, Teluk Gadung pula.. Di situ pemandangan lebih indah dan lebih cabarannya"

Kami semua akur dan berkumpul semula. Setiap kumpulan di minta membuat satu barisan yang panjang. Kemudian kami diarahkan berlari-larian anak menuju ke tepi tasik Teluk Gadung di pingiran Sura Hujung.
"Ok..sekali lagi. Mulai sekarang saya tidak mahu seorangpun di antara kamu yang memijak bumi ini. Jangan ada seorangpun di hadapan mata saya! 1..2...3.."
Kami bertempiaran lari sekali lagi. Tetapi sekali ini kami benar-benar terasa bahawa kami sedang di buli. Kebanyakan pelajar siswa memanjat pokok-pokok di sekitar tasik. Manakala pelajar siswi menyembunyikan diri ke dalam longkang besar yang lebih dalam. Ramai siswi yang luka berdarah tersagat batu di tapak tangan dan ramai juga yang jatuh tersembam! Keadaan huru hara di dalam parit besar. Namun, tiada seorang pun yang berbunyi ketika di buli!
"Ok..siswa di atas pokok sebelah sana, tunjukkan diri dengan mengoyangkan pokok itu!"
Lalu, siswa-siswa mengoyang-goyangkan pokok itu sepenuh tenaga.
"Tidak kuat! Goyangkan pokok itu!"
Mereka mengoyangkannya dengan lebih kuat lagi.
"Siswi...saya nampak kepala kamu di dalam longkang itu!"
Lalu, para siswi yang telah sedia berada di dalam keadaan berasak-asak itu terus sahaja membenamkan kepala sedalam mungkin. Tiba-tiba..
"Aaaaaaaahhhhhhh.....!!"

"Eeeeeeeiii......!!
Satu jeritan yang kuat sekali datangnya dari pelajar siswi yang berada di dalam longkang besar. Kemudian seorang lagi . Seorang lagi dan seorang lagi. Ia bersahut-sahutan dan berjangkit-jangkitan dari seorang siswi kepada seorang siswi.

Senja berlabuh. Azan maghrib sedang berkumandang. Seorang demi seorang pelajar siswa dan siswi jatuh rebah bergelimpangan.

8 comments:

  1. we all dulu kena histeria kat sura gate..me included..hehe..serammm

    ReplyDelete
  2. Semakin mengujakan kisah ni... Oo... tak sabar nak tunggu next episode la kak Roza...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Ya Allah..meremang bulu tengkok saya...ngeriiii

    ReplyDelete
  4. dah tau dah, prof ada cerita sikit dulu....pastu roza jugak pengsan dan........

    aya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Dengan abang komando sekali pun di serap oleh
    entah apa yang bersuara wak karto...he..he..he

    Ingat balik best juga, sebab saya tak pengsan jadi dapat tengok berbagai ragam sambil tolong2 apa yang patut.

    dapatlah rehat sikit dari kena buli.


    Kak wati

    ReplyDelete
  6. Salam Roza,

    Gambar tasik tu muara sungai dekat Sura Hujung ke. Mmg cantik tempat tu. Akak & kawan2 dulu selalu duduk dekat tepi muara tu nak release tension. Bila air surut, kami meyeberang ke sebelahnya. Tapi tahun2 selepasnya dengar ada yang meati lemas di situ.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Ya. Gambar tasik di Teluk Gadung berhampiran UiTM Sura Hujung.

    Gambar ihsan daripada blogger.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    abg komando tu rasanya komander kesatria la kot. Saya pun mengalami pengalaman yang sama semasa minggu orientasi pelajar, tak boleh pijak bumi. Jadi, apa yg kami buat ialah kami duduk bersila hehehe. Ramai juga ex-Dungun yang baca blog ini ye. Puan Roza ni satu batch dgn celebriti yg byk rancangan bergosip tu ker? Saya thn 89 baru masuk Dungun.

    ReplyDelete