Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, November 25, 2009

Sepiring keropok lekor

Suatu hari, seperti kebiasaannya selepas selesai kuliah kami singgah di kafe. Petang itu saya telah bernekad untuk merasa salah satu makanan popular di negeri pantai timur iaitu keropok lekor. Saya bawa sekeping duit seringgit dan bercadang membeli bungkus untuk di bawa pulang. Sedang kami menunggu giliran, tiba-tiba sekumpulan pelajar lelaki datang menyerbu. Mereka memotong giliran dan semua keropok lekor yang ada habis di borong oleh mereka.

"Anak boleh tunggu ke? Sekejap sahaja Mak cik pergi goreng lagi keropok lekor itu."

Lalu, kami mengambil tempat duduk di meja berhampiran. Masing-masing melayan perasaan, barangkali kesal dengan perbuatan mereka yang memotong barisan tadi. Tiada apa yang kami bualkan. Sedang kami menunggu, abang Ind datang menghampiri dan abang Lu'E datang menyapa;


"Tengah tunggu apa?"

"Keropok lekor.."

"Makan di sini ke hendak beli untuk di bungkus?"

"Bungkus.."

"Makan disinilah..abang Ind hendak belanja"


Tiba-tiba abang Lu'E memberikan cadangan dan abang Ind terpaksa mengiyakannya. Han, Yat dan abang Ind meminta minuman sejuk, manakala saya dan abang Lu'E meminta minuman panas. Sementara menanti keropok lekor sedang di goreng, abang Ind membawa sepiring pisang goreng.

"Makan goreng pisang dulu. Keropok tu lambat lagi heee..heee..he"

Abang Ind sungguh-sungguh mempelawa kami serta diakhiri dengan tertawa hilaian seperti kudanya. Trademark asli yang dikenali.


"Han dan Yat..minum cepat sikit. Abang Ind hendak tunjukkan sesuatu"

"Saya?"

"Tunggu keropok lekor tu..nanti kami datang semula ke sini....heeee..heee..he"

Lalu, mereka bertiga pergi meninggalkan kami berdua.

13 comments:

  1. Assalamualaikum kak roza..

    Saya peminat baru kak roza.Akak memang xkenal saya tapi saya saudara seislam akak.Kali ini tergerak hati utk memberi komen, kerana tiada komen lagi pagi2 ini, selalunya membaca sahaja dan tergelak. Pagi-pagi lagi saya dah tergelak baca kisah abang Lu'E nak mengorat akak..bawa duit seringgit pun ada hati nak mengorat orang..kahkahkhakah..tergelak baca ayat akak:"Hah? Ada seringgit sahaja yang ada pada dia? Serupa macam saya juga. Ya Allah. Miskinnya.."..memang gelak sakan lah..Seronoklah, akak ada taktik sendiri, suka mengundang suspen di akhir2 siri..membuatkan pembaca resah dan xsabar menunggu, macam menonton cerita 'nurkasih, tv3 gitu'..semoga akak terus menulis ye..kerana saya dan yang lain xsabar nak mengetahui adegan seterusnya...

    Laila

    ReplyDelete
  2. Kak Roza...

    Mimi suspen sangat baca ni. siap invite Kak Tus baca sekali... Btw.. Kak Tus akan pencen by end of this year...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mimi,

    Ya Allah! Muda-muda lagi Kak Tus dah nak pencen. Ambil option pencen awal lah tu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Laila,

    Salam manis dan salam perkenalan. Semuga ada menafaatnya pada setiap cerita..

    ReplyDelete
  5. Cerita semakin panas..
    Lagi panas lagi best..
    Macam makan keropok lekor panas..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Macam2 cara nak mengurat...
    Macam hundustan je.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    boleh tlg jawab, Lu'E tu singkatan nama utk apa..Kalau prof..macam tak kena aje..ke ada makna lain?

    Aya

    ReplyDelete
  8. Assalamulaikum...

    Sebelum ni jadi silent reader je..tapi hari tu saya baca majalah MIDI mak saya, baca tulisan Prof Kamil...yg pasal kek masa hari raya tu...hehehe...masa tu tak perasan nama Prof kamil pun, tapi saya ingat dalam artikel ada cakap nama isteri die Roza....saya buka blog ni, orang yang sama ke...rupanya betul...teruskan cerita lagi...suspen je pasal Lu'E ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam Puan Roza,
    Saya dah lama mengikuti kisah cerita diri puan ,semakin lama saya rasa semakin 'ketagih'macam tak sah kalau dalam sehari tu tak baca kisah ini. Kdg-kdg hampa bila cerita bersiri nii tdk keluar pada setiap hari...bakat penulisan puan memang terserlah,syabas!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Ikutkan hati memang saya ingin menulis setiap hari..namun, kekangannya ada sahaja.

    Sebagai isteri, ibu, anak dan tenaga pengajar...

    ReplyDelete
  11. salam,

    puas saya tahan gelak nie...ikutkan hati nak aje gelak dah nie...tp takut sat lg org keliling nie rasa pelik pula...

    ReplyDelete
  12. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete