Sekejap-sekejap saya pergi bertanya kepada makcik keropok lekor, kemudian duduk kembali. Sebentar kemudian, berpura-pura pula mengacau-ngacau Teh-O panas dengan sudu kecil. Letak- kacau. Letak sudu dan kacau kembali. Sesekali meniup-niupnya..entah! Tidak keruan.
"Duduk elok-elok. Sekejap lagi masaklah keropok tu"
Saya tidak berani memandang muka abang Lu'E. Wajah dan suaranya bersahaja. Saya buntu. Saya kelu, malah tidak tahu apakah topik perbualan yang harus saya bualkan. Saya memerhatikan kiri dan kanan, takut-takut mana tahu ada kakak senior yang memberikan amaran tempohari. Saya tidak sanggup untuk menerima amaran demi amaran berkali-kali. Seolah-olah saya tiada maruah diri.
"Tunggu sekejap ya. Biar abang pergi tenguk"
Saya seperti budak perempuan kecil yang masih hingusan, terpaksa akur kepada arahan. Saya melihat barisan masih panjang dan mereka berkerumun mengelilingi makcik keropok lekor. Namun, dari celah-celah orang ramai, saya melihat abang Lu'E membawa sepiring keropok lekor.
"Ini sahaja yang dapat.."
Saya memerihati rupa makanan yang dinamakan keropok lekor itu. Abang Lu'E mungkin tahu dan dapat membaca dari raut wajah bahawa makanan seperti itu agak asing bagi saya. Barangkali keropok itu asalnya panjang dan berlengkar-lengkar. Lalu, ia disebut dengan sebutan dialek tempatan - kepok leko.
Saya melihat beliau mengambil keropok itu dan mencecahnya dengan sos cair yang manis pedas. Lalu, segera dimakannya. Hati saya berbisik;
Saya melihat beliau mengambil keropok itu dan mencecahnya dengan sos cair yang manis pedas. Lalu, segera dimakannya. Hati saya berbisik;
"Hah? Tidak membaca bismillah...?
Di ambilnya sebatang keropok itu lagi. Kali ini dengan tangan kiri. Lalu, saya menunjukkan isyarat agar makan menggunakan tangan kanan. Secara bersahaja, beliau menukar keropoknya ke tangan kanan pula. Tidak marah malah mendengar kata.
Saya diam tidak terkata. Saya cuba makan dengan tertib. Namun sebenarnya keropok lekor itu tersekat di celah kerongkong. Tidak tertelan oleh tekak saya kerana disebabkan debaran hati seolah-olah di tumbuk bertubi-tubi. Debaran yang berombak-ombak kencang. Kencang sekali!
Saya cepat-cepat menyudahkan minuman. Sementara abang Lu'E mengeluarkan dompetnya untuk membuat bayaran. Dari jauh saya menjeling berapa banyak nota Ringgit yang ada di dalam dompetnya. Jika semasa di minggu orentasi beliau boleh menawarkan biasiswa, pasti banyak duit poketnya.
Saya melihat beliau menyelak-yelak dompetnya. Tiada berapa nampak nota Ringgit yang kelihatan. Hati saya berbisik;
Saya diam tidak terkata. Saya cuba makan dengan tertib. Namun sebenarnya keropok lekor itu tersekat di celah kerongkong. Tidak tertelan oleh tekak saya kerana disebabkan debaran hati seolah-olah di tumbuk bertubi-tubi. Debaran yang berombak-ombak kencang. Kencang sekali!
"Manalah Han dan Yat ni...?"
"Tidak perlu tunggu mereka. Mari kita pergi dahulu"
Saya cepat-cepat menyudahkan minuman. Sementara abang Lu'E mengeluarkan dompetnya untuk membuat bayaran. Dari jauh saya menjeling berapa banyak nota Ringgit yang ada di dalam dompetnya. Jika semasa di minggu orentasi beliau boleh menawarkan biasiswa, pasti banyak duit poketnya.
Saya melihat beliau menyelak-yelak dompetnya. Tiada berapa nampak nota Ringgit yang kelihatan. Hati saya berbisik;
"Alamak! Tidak ada duit ke dia? Habislah kali ini..saya cuma ada seringgit sahaja"Dan akhirnya beliau meraba-raba lantas menyeluk poket seluar, lalu mengeluarkan sekeping nota Ringgit;
"Hah? Ada seringgit sahaja yang ada pada dia? Serupa macam saya juga. Ya Allah. Miskinnya.."
salam,
ReplyDeletehahahaha....puan, saya berdebar2 membaca cerita puan nie...tp kesudahannye membuatkan saya tak tahan gelak sorang...kawan2 pelik pagi2 saya gelak sorang2 dah....hahaha...tahniah puan...penulisan puan berjaya membawa kami yg membaca berada dlm suasana itu...
Assalamualaikum
ReplyDeletekelakonya abang Lu'E tu.
(Sekarang kat 'mana' agaknya dia kan....
harap2 dia bacalah entry ni...he..he...)
Kak wati
Assalamualaikum kak Roza,
ReplyDeleteSaya dah sakit perut lah... adui.. gelak sorang2 ni... keep it up my sister.
Salam Aidil Adha. Agak2 esok ada entry tak?...
Kak Tus pencen wajib bln 7 tahun depan. Opstion awal sket jer.. sebab nak uruskan wedding anak terunanya yg 2 orang itu... =)
Assalamualaikum Kak Roza..
ReplyDeleteHihihi...penat saya mengemas barang lab nak pindah ni hilang...
Mujur alhamdulillah ada jugak terselit RM1 dalam poket abang Lue...heheheh
Assalamualaikum Puan Roza saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya AidilAdha kepada Puan sekeluarga.Dilla
ReplyDeleteSalam Roza,
ReplyDeleteMakin berdebar-debar kak nab...tadi teruja tgk "gmbr" kat blog Prof...heh3
hahaha kelakarnya...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteNak tenguk wajah abang Lu'E dan abang Ind?
Sila layari blog Kehidupan Ringkas tapi Signifikan : Zaman Remaja.
Assalamualaikum
ReplyDeleteRoza, Abang Lu'E tu dah dapat cam mana satu tapi Abg Ind tu tak cam lah.
He..he..he..
Kak wati
Salam..saya seronok membaca entri yang ini, puan. Mengesankan dan sangat 'real'
ReplyDeleteMoga satu hari nanti boleh bertemu puan sekeluarga.
Wassalam,
ritzall, shah alam
kapel muda2 ni. hmm.. x elok taw..
ReplyDeleteYuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
ReplyDeleteDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny