Benar. Perjalanan setiap insan yang diatur oleh Allah, ada iktibar untuk kita fikirkan. Biar siapapun mereka itu - pemimpin besar, artis popular, pensyarah, suri rumah malah si pencuci tandas dan si penyapu jalan.
Itu yang tertulis dalam kitab di Lauh Mahfuz. Yang baik dan buruk itu, ada terselit pengajaran. Sebab itu, Allah meminta kita melihat sesuatu bukan dengan pandangan mata. Lihatlah dengan mata hati.
Lalu, saya menjadi semakin kasih kepada suami. Menghargai setiap pengorbanan dari titik peluh yang dilakukan."Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" [Ar-Rum: ayat 17- 26]
“Ya Allah, janganlah dihilangkan perasaan kasihku ini. Sesungguhnya daku manusia lemah lagi tidak berdaya, untuk mengasihi suamiku sendiripun daku perlu memohon dari-Mu.”
Namun, jauh disudut hati saya ingin sekali melihat kampung Kathy. Saya yakin dengan kuasa Allah, yang membaca gerak hati manusia walaupun tidak dimohon diatas sajadah, walaupun ketika memohon tidak menadahkan tangan, namun Allah pasti perkenankan. Bilakah masanya? Hanya Allah yang maha mengetahui.
Alhamdulillah! Allah memberikan kami rezeki yang cukup ketika di luar negara. Makanan dan pakaian semuanya memadai dengan keperluan kami. Tempat tinggal kami juga lengkap sempurna malah lebih baik berbanding tempat tinggal kami ketika di awal-awal perkahwinan di Malaysia.
Di sini kami diberikan rezeki dan kesempatan untuk memiliki sejenis kereta jenama idaman – BMW! Kereta itu bukanlah keluaran terbaru tetapi ia amat istemewa buat pertama kali memilikinya. Biarpun ia milik dan duit kiriman abah, namun kami berpeluang untuk menikmatinya sementara di luar negara.
Suatu hari, pengurus meminta semua staf membuat perancangan untuk percutian tahunan. Ia penting untuk memastikan kehadiran serta staf mencukupi setiap masa terutama ketika di musim panas nanti. Musim panas adalah musim di mana hampir keseluruhan staf akan bercuti panjang samada di dalam atau ke luar negara.
Saya tidak mempunyai banyak pilihan kerana suami sedang mengikuti kuliah sehingga akhir musim bunga. Musim panas dikatakan masanya agak panjang. Waktu Subuh pada pukul 3 pagi dan diakhiri oleh waktu Isyak ketika hampir pukul 12 tengahmalam. Banyak masa jika kami ingin berjalan-jalan di sekitar Scotland.
Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu pada hujung musim bunga dan bekerja ketika musim panas. Saya juga bersedia untuk mengantikan beberapa jam masa kerja tambahan setiap hari untuk mengantikan tempat kerja beberapa orang rakan serta memberikan laluan kepada mereka untuk bercuti.
Ya Allah. Bukankah itu dikatakan rezeki dari punca yang tidak di sangka-sangka? Lalu, nikmat Allah yang mana satukah lagi hendak saya dustakan kepada-Nya? Apakah tidak terbuka lagi hati saya untuk sujud syukur kepada yang Maha berkuasa?
Salam Roza,
ReplyDeleteApabila kita melihat setiap kejadian dengan mata hati, nescaya tiada gundah gelana, tiada keluh kesah dan tiada duka nestapa. Bersabar apabila diuji dan bersyukur apabila mendapat nikmat. Malah setiap ujian dirasakan nikmat krn akan lebih mendekatkan diri kepadaNya dan setiap kesenangan dianggap ujian krn dikhuatiri akan menjauhkan diri dariNya.
Allah Hu Akhbar.
Assalamualaikum
ReplyDeleteIndahnya kehidupan kalau kita selalu mensyukuri
apa yang kita miliki.
(Iktibar dari cerita Roza)
Kak wati