Musim panas.
Waktu siang yang panjang dalam bulan Julai yang indah permai. Tidak pernah saya bersyukur sebegitu rupa kepada Allah taala apabila memberikan haba panas di musim ini.
Rata-rata kaum wanita menyidai pakaian diruang hijau belakang rumah. Kain-baju kelihatan cantik mengering dalam barisan ampai ditiup angin. Pemandangan yang tidak asing dirumah emak sewaktu dikampung halaman.
Waktu sembahyang Subuh masuk seawal pukul 3 pagi dan waktu sembahyang maghrib hampir pukul 11.30 malam tetapi masih lagi terang benderang. Kami tidur hanya beberapa jam sahaja.
Pihak pengurusan benar-benar mengambil berat masa staf yang bekerja. Berkali-kali bertanyakan samada tempoh jam seperti itu memberatkan saya. Beliau bimbang tentang penjagaan anak-anak saya di rumah.
“Ya Allah, puan. Di Malaysia, kami biasa bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga ke pukul 5.00 petang setiap hari. Jangan bimbang. Di sini saya cuma bekerja dari pukul 8 pagi hingga pukul 2 petang sahaja”
Saya menyakinkan pengurus sambil ketawa. Mereka barangkali takut sekali kehilangan pekerja jika di paksa bekerja lebih masa.
Sebagai bonus, pengurus membenarkan saya agar tidak perlu bekerja pada hujung minggu. Hanya masa-masa yang tertentu beliau akan memanggil saya jika diperlukan sahaja. Saya menerima dengan hati yang terbuka dan gembira.
Oleh itu, di hujung minggu kami sekeluarga mengambil kesempatan melawat setiap ceruk pelusuk di bumi Scotland. Musim panas yang panjang membolehkan kami berjalan hingga ke pukul 12 tengah malam dengan cahaya masih lagi terang benderang!
Kami menjelajah hingga ke Loch Ness. Mengelilingi tasik yang dikatakan mempunyai sejenis raksasa yang tersembunyi jauh di lubuknya. Mitosnya seakan lagenda tasik Cini. Ada masa terluang kami menuju hingga ke PeterHead di utara Aberdeen. Kami juga mengelilingi bukit yang memukau di sekitar Highlander – Inverness, Fort William, Ben Navis dan Oban.
Subhanallah! Kami melihat kebesaran dan mengkagumi kehebatan ciptaan Allah.
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Ia menjadikan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. Dan Ia mengadakan
tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka
dapat mengetahui arah yang hendak di tuju. kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk-makhluk yang tidak mencipta sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat
serta memikirkannya?[Surah Al-Nahl : Ayat 16 - 18]
salam,
ReplyDeleteakak selalu juga membaca catatan di blog ini. apa2 yg diceritakan terutama catatan perjalanan menjadikan terasa dekat di ruang mata.
cara penulisan puan juga mengesankan. apa kata puan cuba menceburi bidang penulisan, novel ke, buku motivasi ke..
hasrat akak utk menjelajah bumi luar terutama negara 4 musim moga menjadi kenyataan.
syukur alhamdulillah ala kulli hal..
salam kak roza,
ReplyDeleteseronoknya laila dengar kisah kak roza...
Assalamualaikum wan salmah,
ReplyDeleteInsyaAllah, penulisan saya dibukukan dalam buku Travelog cinta abadi: Masa yang berlalu.
Jilid 1 akan berada dipasaran [dengan izin Allah] dalam masa yang terdekat. Jilid 2 & 3 sedang dalam proses edit.
Wah seronoknya jadi kak roza dpt melalui masa siang yg panjang di negara orang...belum pernah lagi dpt merasa 12 tengah malam masih terang benderang!. Semoga ALLAH jua mendengar bisikan hati saya untuk merasa apa yg kak roza rasa walaupun sekali dlm hidup saya.
ReplyDelete