Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Tuesday, March 16, 2010

Kisah pencuci tandas 3



Dengan duit simpanan yang ada, dia berusaha mengebumikan suaminya dengan cara yang cukup daif. Walaubagaimanapun hidup perlu diteruskan. Lantas, anak-anak yang masih kecil dihantar ke rumah ibubapanya yang telah tua. Cerita Kathy lagi;

Apa yang saya ada?

Saya hanya ada tenaga muda untuk bekerja. Kerja apakah yang sesuai untuk perempuan kampung seperti saya? Banyak kilang menolak, hingga saya hampir berputus asa. Alasan mereka, saya tidak berpengalaman. Berminggu-minggu saya mencuba, sehingga wang simpanan yang ada hanya tinggal beberapa pound sterling sahaja.

Saya hilang punca sehingga suatu hari, saya nekad mencari pekerjaan dari pagi hingga ke petang. Kerana kesejukan, saya memanaskan badan serta mencari perlindungan ditepi tandas. Untuk masuk ke dalam tandas itupun saya tidak mampu kerana ia mengenakan sedikit bayaran masuk.

Ketentuan tuhan, tiba-tiba datang seorang pekerja yang kelihatan marah-marah sebaik sahaja keluar dari tandas itu. Puncanya kerana salah seorang pekerja tandas yang masih muda melakukan pekerjaannya sambil lewa. Dengan pantas saya menawarkan diri, lalu diterima serta merta.

Ujian pertama, saya harus membuktikan kemampuan serta ketahanan diri untuk melakukannya. Menghilangkan perasaan malu malah bersyukur serta berbangga dengan pekerjaan itu. Ia penyelamat saya. Cukup untuk membayar bilik sewa, mengirim duit susu buat anak-anak dan ibubapa yang tua di kampung.

Dalam diam, air mata saya mengalir perlahan. Bersyukur serta menghargai jasa baik suami yang telah memberikan saya tempat tinggal yang selesa lagi selamat, pakaian, makanan yang mencukupi serta kasih sayang yang tiada berbelah bahagi. Apa lagi yang saya inginkan lagi?



“Ya Allah, sesungguhnya daku menyerahkan diri kepada-Mu, mendengar perintahMu dan sebaik mungkin meninggalkan larangan-Mu. Jadikanlah hatiku ini ikhlas melakukan permintaan suami sebagaimana yang diperintahkan oleh-Mu.

“Wahai tuhan, sesungguhnya aku diperintahkan oleh-Mu agar menjaga kebajikan, harta benda serta kehormatanku untuk suamiku. Banyak sekali nikmat rezeki yang dibawa oleh suamiku ke rumah ini. Lalu, nikmat mana satukah lagi yang daku hendak dustakan?”

Di akhir cerita, saya bertanyakan tentang anak-anak Kathy yang ditinggalkan bersama ibubapanya. Terdiam. Lama sekali diperlukan bagi Kathy untuk menjawabnya;

“Barangkali mereka tidak tahu bahawa gaji pencuci tandas tua ini yang membiayai pelajaran mereka di universiti. Barangkali marah dan malu mereka sudah reda setelah berkeluarga. Barangkali mereka fikir, mereka tidak mempunyai ibubapa..”

Kathy, mohon maaf, kerana bertanya soalan itu. Sesungguhnya saya tidak tahu ada peristiwa hitam yang disimpan sekian lama. Ada tangisan dalam diam. Ada hati yang terguris, ada luka yang tercalar. Darah dan nanahnya telah hilang, namun lukanya masih bertanda. Parutnya masih jelas. Jelas sekali.

Teruskanlah bekerja selagi terdaya, Kathy. Lupakan mereka.

Ya. Hubungan kita dengan anak-anak tidak mutlak. Suami, ibubapa dan anak-anak pasti akan pergi meninggalkan kita suatu masa nanti. Yang ada hanya Dia, cinta Allah yang hakiki. Cinta abadi.

9 comments:

  1. sedihnya kisah kathy.. smoga Allah membuka hatinya utk bersama kita d jln Islam,amin..

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Allah memberi peringatan dan pengajaran kepada kita secara langsung atau tidak langsung.

    ReplyDelete
  3. sedihnyaa bila baca cerita ni kak roza..
    betapa saya kadang2 rasa nak marah ngan husband atas perkara yang kecil2..kisah ni sbg iktibar pada diri saya..mmm

    ya benar, cinta kpd Allah jua yang abadi..yang hakiki..

    -siti hanim

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Perjalanan setiap insan yang diatur oleh Allah, ada iktibar untuk kita fikirkan. Biar siapapun mereka itu - pemimpin besar, artis popular, pensyarah, suri rumah malah si pencuci tandas dan si penyapu jalan.

    Itu yang tertulis dalam kitab di Lauh Mahfuz.Yang baik dan buruk itu, ada terselit pengajaran.

    Sebab itu, Allah meminta kita melihat sesuatu bukan dengan pandangan mata. Lihatlah dengan mata hati.

    "Dan di antara kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kamum yang berfikir"

    Bacalah terjemahan Ar-Rum: ayat 17- 26

    ReplyDelete
  5. salam...

    setiap apa yg ada disekeliling kita penuh dgn tarbiyah n pengajaran dr Allah. selalu baca blog k.roza, kalau boleh ada entry tiap2 hari lagi best, sentiasa ternanti2 :) setiap entry k.roza membuka minda utk melihat segala sesuatu dr mata hati, tq -aida-

    ReplyDelete
  6. Salam~
    Puan roza, terima kasih atas penceritaan reality kehidupan ini. Cara puan mengarap cerita memang sampai ke hati.

    ReplyDelete
  7. Saya insaf.. we take things for granted. Thanks for the write-up.

    ReplyDelete
  8. sedih & menginsafkan.....

    ReplyDelete
  9. salam.. praise to Allah for all the beauty in His kingdom..
    such a good entry from you there, keep it up

    ReplyDelete