Kehidupan di tanah tinggi mundur, tiada elektrik serta tiada saluran air paip. Tasik itu menjadi sumber air dan tempat penduduk kampung menangkap ikan. Namun, mereka gembira dengan kehidupan yang sederhana. Mereka memelihara kambing biri-biri dicelah gunung, membela ayam dan menanam sayuran untuk keperluan harian. Tiada masalah.
Masalahnya mulai timbul apabila dia bertemu kekasih hati. Lalu, berkahwin dalam usia yang muda. Ketika berusia 13 tahun. Dia mengikut suami berhijrah ditengah kota – Glassgow. Suaminya bekerja sebagai seorang pekerja kilang. Dia mengakui tentang kesukarannya menempuh kehidupan baharu yang jauh berbeza.
Di kota, setiap hari segalanya memerlukan wang.
Tempat tinggal mereka terletak dikawasan kos rendah, namun, masih tinggi bagi mereka yang bergaji rendah. Sewa rumah, alat pemanas, bekalan elektrik dan air menjadi keperluan utama. Mereka hanya mampu menyewa rumah pangsa kecil satu bilik sahaja.
Barulah dia sedar, keseronokan semasa bercinta tidak sama seperti realiti kehidupan sebenarnya. Segalanya berubah setelah berumahtangga. Ia hadir dengan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
Dua tahun bersama sebagai suami isteri, mereka dikurniakan dua orang anak. Suaminya menjadi semakin kuat bekerja. Dia bekerja setiap hari, siang dan malam malahan dihujung minggu. Akhirnya, ketentuan tuhan, suaminya meninggal dunia pada suatu malam di musim sejuk. Meninggal semasa tidur. Dia kaku tidak bernafas. Entah apakah penyakit yang dihidapai oleh suami, Kathy sendiri tidak tahu.
Katanya, suami pergi langsung tidak sempat meninggalkan sebarang pesan. Yang paling dikesali, suaminya tidak pernah mendengar walaupun sepatah ucapan terima kasih darinya. Seringkali, yang keluar hanyalah perasaan tidak puas hati seorang isteri.
Setiap kali suami pulang ke rumah, yang keluar hanyalah leteran serta keluh kesah isteri muda. Marah, kerana suami tidak pernah berusaha untuk meluangkan masa bersama keluarga. Walhal, suami bekerja membanting tulang empat kerat untuk menyara anak dan isterinya.
Dengan duit simpanan yang ada, dia berusaha mengebumikan suaminya dengan cara yang cukup daif. Walau bagaimanapun hidup perlu diteruskan. Lantas, anak-anak yang masih kecil dihantar ke rumah ibubapanya yang telah tua.

"Berkahwin lagi? Oh, tiada siapa yang sudi dengan perempuan pencuci tandas ini.."
Assalamualaikum Puan Roza,Apa khabar semuga berada didalam rahmat Allah selalu hendaknya.Sedihnya baca kisah Khathy,kesian betul.Harap hidup dia bertambah baik.Salam hormat dari Dilla.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dilla,
ReplyDeleteSetiap perjalanan hidup insan, ada iktibar yang Allah ingin ajarkan kepada kita.
Sebab itu di dalam Al-Quraan, Allah sering mengakhiri perkataan dengan " untuk mereka yang mahu berfikir"
Assalamualaikum
ReplyDeleteSedihnya...ingatkan "orang putih" hidup senang belaka. Kalau tengok TV tu macam tak de yang susah...
Kak wati