Bacalah dengan nama tuhanmu yang maha mengetahui..



Wednesday, March 10, 2010

Kerana beg Bally


Semakin kuat perasaan untuk mendapatkan kebendaan, semakin kuat otak saya bekerja.

Bekerja keras bagaimana untuk mendapatkan lebihan pendapatan. Kerana apa? Kerana beg jenama BALLY.

Saya lupa pesanan Allah;


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan pada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (131) Surah Ta-Ha


Suatu ketika suami membawa kami sekeluarga ke Edinburg. Ibu negeri dan juga bandar terbesar di Scotland. Kami melihat taman Botanical yang terdapat pelbagai jenis tanaman, kami berehat di taman batu-batuan [ Rock Garden], kami melawat Edinburg Castle yang tersergam megah serta indah di tengah-tengah bandar dan akhirnya kami bersantai di High Street [kawasan membeli belah].

Sambil duduk menikmati Fish and Chips sebagai hidangan makan tengahari, mata saya terpandangkan sebuah kedai beg tangan. Ia terletak bertentangan kedai di seberang jalan. Di papan tandanama kedainya tertera tulisan yang tidak asing dan sering menjadi igauan saya – BALLY!

“Yang, selepas makan bolehkah kita ke kedai beg tangan itu?”

“Awak hendak beli beg tangan?”

“Tidak. Tengok-tengok sahaja. Boleh?”

Suami mengangguk.

Sejurus sahaja suami bersetuju, terasa seperti masa begitu lambat berlalu. Mahu rasanya meminta mereka cepat-cepat menyudahkan atau meninggalkan sahaja hidangan mereka! Ayuh, kita segera ke kedai beg tangan itu.

Sejak terpandangkan jenama itu yang di sandang oleh seorang pelanggan ketika mengunjungi kedai tempat saya bekerja, hati saya telah menjadi gundah gulana. Ya Allah! Betapa saya tidak malu kepada-Mu dengan perlakuan seperti itu. Pasti syaitan terbahak-bahak ketawakan saya.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kedai beg tangan itu, mata saya terpaku kepada salah satu beg tangan yang dipapar. Namun, ia terbantut kerana saya terkejut melihat tanda harganya.

“Ya Allah, 200 pound sterling harga sebuah beg sandang seperti itu?”

“Adakah awak bawa duit?”

“Hari ini tidak ada. Tetapi, nanti saya datang semula”

4 comments:

  1. Puan Roza, Satu perkara yg tak boleh kita elak adalah keinginan untuk menkmati kesenangan dunia. Cuma satu perkara yg dapat membantut keinginan itu adalah melihat kembali kpd idola kita Nabi Muhammad. Tidurnya tidak pernah di tilam empok. Pakai dan makannya cukup sederhana. Bila ingatkan Rasul, hati ini jadi malu ....kalaulah dia manusia terpuji di langit dan bumi cukup sederhana, pasti malu itu boleh menahan gejolak keinginan nafsu di jiwa. Positifnya sehingga kini seurat emas pun tak pernah lekat di jari....Maha suci Allah yg mengilhamkan segalanya.

    ReplyDelete
  2. Salam Roza,

    Masa belajar dulu, kawan perkenalkan kpd saya jenama BALLY.

    Bila mula bekerja & sebelum berkahwin , saya mmg suka dgn barang2 berjenama Eropah nie, BALLY, St Michael ntah apa2 lagi. Habis beratus2 pun tak kisah sekadar untuk kepuasan diri sendiri. Kini, tak teringin lagi dah pandang benda2 'branded' nie. Nak beli jenama local yg harga lebih RM100 pun fikir beribu2 kali...rasa membazir dan rugi. Masa (& kematangan diri) telah mengubah segalanya.

    ReplyDelete
  3. Mungkin masa bisa merubah segalanya. Moga kita termasuk dalam golongan yang bersyukur.Kekadang tu tertewas juga dek pujuk rayu hawa nafsu.

    ReplyDelete
  4. Di Malaysia, orang kita terlalu menggilai barang branded - 'biar papa asal bergaya'? Saya ingat pesanan seorang teman, "kalau mampu, teruskan. Kalau tak mampu, lupakan."

    Saya? tak minat!

    ReplyDelete