Saya pernah menulis entri ini semasa mendapat khabar yang adik perempuan bungsu kami disahkan oleh doktor menghidapi kanser payu dara. Berita itu diketahuinya 3 hari sebelum perayaan hari natal tahun 2008. Ketika itu dia masih menyusukan anak bungsunya yang berusia 10 bulan. Entri itu berbunyi begini:
Ayu adalah adik perempuan bungsu kami. Anak ke enam daripada tujuh beradik. Di dalam keluarga, semasa kecil dia paling petah bercakap, paling comel dan paling keras hati. Kalau dia kata hitam, ia tidak mungkin menjadi putih.
Semasa di sekolah tadika, dia sering menyanyi sebuah lagu yang berbunyi:
Tepi gunung, air terjun
tempat orang bermain..
Tempat tinggal tukang kebun dan anaknya Rohani,
Sungguh cantik rupa Ani, hidung mancung seludang..
Betis bagai GUNTING PADI tidak jemu di pandang
Tidur malam, mimpi-mimpi Ani datang ke rumah
Siang hari bila pergi, hati Ani berubah"
Walaupun kami cuba membetulkan kepada "Bunting padi", Ayu tetap bekeras mempertahankannya.
Bila malam hari, Ayu akan tidur dengan dikelilingi bantal. Satu di kepala, dua biji di kiri-kanan dan sebiji buat alas kakinya. Dia kelihatan seperti seorang puteri yang comel tapi kedekut. Kami kakak-kakak akan menunggu dan hanya mengambil bantal itu apabila Ayu telah tidur dengan nyenyak. Selalunya dia tidak sedar akan kehilangan bantalnya.
Suatu malam, saya dan Tuti seperti biasa akan mengangkat kakinya perlahan-lahan untuk mengambil bantal alas kakinya.
Suatu malam, saya dan Tuti seperti biasa akan mengangkat kakinya perlahan-lahan untuk mengambil bantal alas kakinya.
Tiba-tiba,
"Uuwaaaaaa! Uwaaaaaa! Bantal Ayu! Bantal Ayu!"Dia menjerit sekuat hati!
Saya melihat, abah datang meluru ke arah kami adik-beradik lalu beri kami habuan seorang satu das tali pinggang. Tanpa soalan, tiada soal jawab. Kami adik beradik cuma ketap bibir menahan kesakitan, tidak pernah mengalirkan air mata. Kami juga tidak pernah marah Ayu dengan sikapnya itu.
Hari ini, jika Ayu masih lagi memerlukan bantal yang banyak di sekelilingnya, kami adik-beradik akan akur. Malah Ayu boleh minta apa sahaja jenama bantal yang paling empuk.. Kakak-kakak akan cuba tunaikan..
Tahun 2011.
Benar, Ayu memerlukan bantal agar dia dapat tidur secara menyandar 45 darjah. Kalau tidur terlentang seluruh air akan memenuhi muka dan membuatnya sembab. Dua hari selepas pemergiaan abah, kami suami isteri bergegas menemui Ayu di Kedah. Dia terlantar di atas katil dikelilingi bantalnya. Dihidungnya ada wayar yang disambung dengan mesin. Tidak banyak yang boleh dilakukan.
Namun, wajahnya ceria penuh redha. Banyak sekali yang ingin diceritakannya kepada kami. Lalu, saya tadahkan telinga..senyum, mengangguk-angguk dan sesekali tertawa. Sedangkan sebenarnya saya tidak memahami apakah butir bicaranya. Termenggah-menggah dia bercerita dengan kumitan bibir tanpa suara sambil menunjuk-nunjuk ke kepalanya yang hampir botak. Barangkali katanya;
"Kak Ngah, kata doktor kanser Ayu sudah sampai ke otak.."
Kali terakhir, mak menelefon menyatakan serangan kanser menyerang otak dan membuatkan Ayu kejang seluruh badan. Sesekali apabila dia separuh sedar, mak mengajar agar dia menyebut dan mengingati Allah. Kata Ayu;
"Baik abah...Ya abah."
Sesekali memandang mak dan menyebut,"Jom kita balik abah."
Ketika sedang di lap dan ditukarkan diapers oleh suami dengan penuh kasih sayang, dalam sedar Ayu meminta izin untuk disemadikan disebelah pusara abah. Suami Ayu mengangguk penuh sedar yang isterinya pasti akan pergi dan tidak akan kembali.
15 April 2011, suami Ayu, anak-anak dan mak membawa Ayu pulang ke rumah kami di Jementah. Kali ini..dia tidak memerlukan bantal lagi. Yang memerlukan bantal adalah anak-anak kecilnya yang bermata bundar. Sambil bergolek-golek memeluk bantal dan sebotol susu suam, anak kecil yang berusia 3 tahun itu bertanya abahnya;
"Abah..Fiki sudah tiada umi? Fiki anak yatim ya abah..?"
Pesan kami, Ayu janganlah bimbang. Berehatlah dengan tenang. Anak-anak, suami, mak, abah dan adik-beradik bukanlah suatu perhubungan yang mutlak. Mereka tidak dapat menolong lagi. Pasti kita semua bakal menemui Allah yang menciptakan langit dan bumi serta di antara keduanya. Pasti kita menemui-Nya sendirian.
Tiada hidup yang kekal abadi. Segalanya kepada Allah tempat kita kembali.
Al- Fatihah buat adik perempuan bungsu kami... Rahayu binti Roslan.

Assalam Pn Roza,
ReplyDeleteMasih terkenang-kenang, dlm kurang sihatnya dulu dia masih sudi berinteraksi lalu blognya, masih sudi berkunjung ke blog saya..sehingga dia lama menyepi dan kini pulang menemui Illahi..
Innalillah.. dan al fatihah buat Ayu.
Salam sejahtera,
ReplyDeleteTerima kasih puan. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya.
Assalamualaikum WBT Pn. Roza,
ReplyDeleteSalam takziah buat Puan sekeluarga, Allah lebih menyayangi beliau dari kita semua. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah..
Al fatihah buat Ayu & takziah buat seisi keluarga.
ReplyDeleteAmat setuju kita akan bersendirian akhirnya kerana kita adalah milikNya. Saya baru sahaja kehilangan seorg kawan yg sangat dikasihi, namun Allahlah yang lebih mengasihi.
Assalam'kum Puan Roza.
ReplyDeleteSalam ta'ziah buat Puan sekeluarga dan Alfatihah buat adik Ayu. Semoga roh adik Ayu ditempatkan di kalangan orang2 yg diberi nikmat. Amin.
Salam takziah buat Pn. Roza seisi keluarga....
ReplyDeleteDarinya kita datang kepadanya kita kembali...Semoga rohnya sentiasa mendapat rahmat Allah...Al-fatihah..
Assalamualaikum Kak Roza,
ReplyDeleteSalam takziah....menitis airmata saya baca entri ini. Semoga roh Ayu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Salam~
ReplyDeleteSaya juga menitis air mata membaca entri ini.Adik lelaki saya berumur 43 tahun meninggal 1 minggu sebelum Allahyarham Haji Roslan. Semasa itu saya berada di bandung. Benar puan ...hubungan adik beradik tidak mutlak...tetapi ibu saya masih rasa kehilangan anak lelakinya itu..mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat keatas mereka yang telah meninggalkan dunia yang fana ini.
Salam Sejahtera Pn Roza,
ReplyDeleteTakziah...itulah yang TERBAIK untuk Ayu.Semoga yang TERBAIK untuknya di Alam Barzah dan seterusnya yang TERBAIK untuknya di Alam Akhirat.Apakah ketentuan Ilahi ini bakal membuka ruang untuk ibu Pn Roza mengikuti Pn Roza seisi keluarga berhijrah ke Madinah?
hzm
Salam sejahtera,
ReplyDeleteInsyaAllah..Barangkali itu yang terbaik bagi mak. Biar pulih perasaan dan semua semangat yang hilang. Biar mak lepaskan segala lelah serta luluh hatinya kepada Allah..
Biar setiap hari dia dapat sujud di Raudhah.
pn ;
ReplyDeletetakziah utk pn & keluarga :(
Assalam'kum Puan Roza,
ReplyDeleteSalam takziah kepada puan dan keluarga. Semoga roh Ayu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Supiah Ahmad
Takziah buat keluarga puan.. anak2 dan suami arwah Ayu.
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah semoga roh di cucuri rahmat.
Dari awal sy membaca kisah arwah dlm blog puan akhirnya begini kesudahan ketentuan ALLAH.Bahagian dan nasib kita je belum di ketahui lagi.
Sampaikan salam saya kpd anak ayu.. "ADIK BEN 10"
Salam Puan,
ReplyDeleteSayu membaca entri kali ini.
Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang yg beriman. Amin!
Puan Roza,
ReplyDeleteSudah selama 6 bulan, saya tertanya-tanya pada setiap pagi hari Jumaat, adakah ini hari akhir Ayu?
Ucapan takziah untuk keluarga Puan, dan Al-Fatihah untuk Ayu. Pada persepsi saya, Ayu cukup bertuah, dan sudah tentu agaknya Allah menyayangi beliau.
Thank you for sharing about her. Kini makin ramai yang sama berjuang yang tidak lagi akan membuat entry baharu di blog. Sungguh sepi...
KakRoza
ReplyDeleteamat amat sedih ...
Salam Takziah,
ReplyDeletesaya juga amat, amat ,amat sedih. Ya Allah betapa aku beruntung kerana diberi masa lagi untuk terus berbakti kepada anak2 ku...Ya Allah ampunkan aku!
Salam
ReplyDeleteSaya mengikuti blog Ayu sehinggalah dia tidak berupaya menulis lagi...Sedikit sebanyak saya mendapat kekuatan dari kata-katanya.
Semoga Allah cucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.
Al-fatihah
salam,
ReplyDeletetakziah buat kak roza sekeluarga.
Salam,
ReplyDeleteAl-fatihah, mengalir airmata sedih mengenang si kecil2, tapi InsyaAllah mereka ada keluarga yang menyolong kuat.....
Membaca entry akak membuatkan saya mengalirkan air mata. Setiap kali teringat entry ni rase sayu sesayu-sayunye. Moga roh nye di cucuri rahmat kak... Amin
ReplyDeletesalam pn roza,
ReplyDeletesalam takziah buat seisi family dan AL FATIHAH buat almarhumah ayu...Damailah dia di sana. Semuga ALLAH menganjari rahmat berterusan. Bertuahnya dia pergi dalam restu dan redza suami, emak anak2 dan semua family...
kita juga dalam satu prjalanan..muga bahagia disana..Amin